Meriahnya Jom Raya Bersama Residensi @ UTM KL

2:48 AM

Rasanya masih belum terlambat saya sampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari Residensi @ UTM KL kepada seluruh umat Islam di Malaysia 

Pada 2 Julai 2018 pihak UTM KL telah mengadakan Rumah Terbuka bertema "Jom Raya @ Residensi UTMKL 2018". Ini kali pertama UTM KL, UTM Holding dan UTM Space berganding bahu meraikan warga pengurusan tertinggi UTM, pelajar, rakan niaga serta media dalam suasana beraya dalam bulan syawal.


Lebih 2000 orang pelajar universiti dan penuntut UTM Space turut memeriahkan open house "JOM RAYA @ Residensi UTM". Banyak aktiviti best seperti pertandingan mengayam ketupat, ootd di prop raya, cabutan bertuah serta persembahan band terkenal, Epul Drama Band. Malah 51 orang asnaf terdiri dari pelajar menerima sumbangan aidilfitri dari Pengerusi UTM iaitu Tan Sri Abdl. Halim bin Ali dan Pengerusi UTM Space, Dato Abu Bakar bin Mohd Nor.


Macam biasa pelbagai menu juadah raya sempat BBL nikmati bersama teman blogger lain. Alah raya kan sebulan. Sedap betul lontong dan sate ayam pihak UTM sediakan. Lembut je isi ayam. 


Residensi UTMKL Ikon Kebanggaan UTM

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini menempa sejarah sekali lagi sebagai universiti awam pertama yang membangunkan kompleks membeli-belah dan hotel dalam kampus di Malaysia. Kompleks ini dikenali sebagai Residensi UTMKL dibangunkan oleh UTM bermula tahun 2013 dan telah beroperasi sejak pertengahan 2017. Bangunan bersepadu dengan 4 menara - 3 menara hotel dan 1 menara penginapan pelajar. Malah turut menempatkan Kolej SPACE, sebuah kolej dibawah UTM. Paling menarik kami semestinya sebuah mall dikenal sebagai Gurney Mall. Oh kenapa Gurney bukan UTM Mall?

Kerana nama asal kawasan sekitar Jalan Semarak ialah Gurney. Kemudian ditukar kepada nama Jalan Semarak sebelum kini ia lebih dikenali sebagai Jalan Sultan Yahya Petra. Namun masih wujud lagi nama Jalan Gurney dalam kawasan perumahan sekiatar universiti UTM. Ha bukan Gurney Mall kat Pulau Pinang ye.



Kemudahan lain termasuk
⚪️ Dewan Bankuet dengan kapisiti 500 hingga 1000 orang tetamu
⚪️ Kolam renang dewasa & kanak-kanak
⚪️ Duah buah hotel - The Royal Widad Residence (4 bintang) & The Regency Scholar Hotel (3 bintang)


Yang penting rate kedua-dua hotel cukup berpatutan bermula serendah RM250 dengan panorama bilik mengadap KLCC serta ibukota Kuala Lumpur. Ha senang la mak ayah datang konvo anak study UTM boleh menginap kat sini sahaja. Malah anda yang kebetulan datang outstation atau bercuti ke KL boleh jadikan Hotel Regency & Hotel Royal Widad sebagai pilihan pertama korang. 


⚪️ Gurney Mall - 36 buah kedai seperti Burger King, KFC, Old Town White Coffee, Speedmart 99, Richiamo Coffee, Bento Street Cafe, MyNews.com dan pelbagai perkhidamatan lain


Seronok la student UTM dan komuniti berdekatan kampus kerana mereka ada tempat menarik untuk datang hangout bersama rakan-rakan sambil membeli belah. Well done UTM Holding!

⚪️ Bowling dengan 10 lorong


Tidak ketinggalan semestinya student residensi tak ubah seperti kondominum kampus. Pihak kampus menawarkan 3 pilihan jenis rumah kediaman iaitu jenis 3 bedroom, 2 bedroom & studio. Harga 3 bedroom cuma RM1800 sebulan fasiliti asas seperti katil, air-cond, dapur serta ruang tamu. Semestinya para residensi boleh menikmati kemudahan keselamatan 24 jam, gym, kolam renang selain mall dibawah rumah sahaja.

dua bilik single

 master bedroom

Sejujur BBL boleh bagitahu memang kemudahan ini setaraf seperti universiti luar negara atau private universiti lain dalam negara. Jeles betul dengan student UTM ada mall sendiri dalam kampus. Tak payah keluar jauh semata nak santai dengan classmate lepas habis kelas. 

Kalu rindu zaman study, boleh singgah ke Gurney Mall di Residensi @ UTM KL. Boleh nikmati pelbagai juadah makanan tersedia sepanjang Street Food kat sini. Nak tempah hotel boleh terus je booking melalui website www.guurneymall.com 


You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici