Food Test : Deen Burger Bakar Lebih Terbakor

7:39 AM



Alhamdulilah kenyang perut lepas pekena Deen Burger Bakar. Murah, terbakar & sedap sekali. Menurut sejarah, Deen Burger Bakar di asaskan dari Tampin, Negeri Sembilan pada 2011. Selepas mendapat perhatian menbakor ala-ala Hantu Kak Limah Balik Rumah di kalangan penduduk Tamping & terus menyebar virus burger bakar ke  Alor Gajah serta Rembau. Hasilnya Deen Burger Bakar membuka peluang perniagaan kepada umum tapi ini bukan bisness francais sebab lebih kepada rakan niaga. Stop pasal sejarah meh terjah burger bakar ni.


Ada 12 menu burger bakar termasuk Deen Meatball. Kalu korang tak makan daging, boleh tukar kepada ayam. Untuk food test, BBL mencuba Mozarella Burger & Deen Meatball. Nak extra topping seperti chesse, onion ring atau chicken slices pun boleh. 10 minit kemudian pesanan tiba & ini dia. Tada....



Burger Mozarella sangat sedap dengan daging bakar tebal selain sos meleleh. Memang puas makan burger tu sorang. Daging yang digunakan pun rasa segar tak macam frozen (mungkin stok daging baru sampai agaknya) & senang nak kunyah. Compare daging burger biasa kan macam susah nak kunyah & amik masa nak hancur sebelum telan. Maklumlah kena amal kunyah 44 kali sebelum telan kan. Meatball tu jangan feeling syahdu seperti korang makan meatball Ikea. Deen Meatball ni lain sikit sebab daging di bakar terlebih dahulu sebelum di meriahkan dengan chesse. Meatball agak kurang umph compare burger bakar. 


Untuk food test malam ini, burger passed dengan jayanya. Kepada Deen Burger Bakar, meatball tu kena improve mungkin boleh ditambah served dengan mashed potato, kentang goreng atau wedges potato. Kami customer tak kisah soal harga asal boleh tambah lemak sedia ada. 



Korang nak cuba Deen Burger Bakar atau berminat nak buat business berasaskan burger bakar, boleh terjah http://bisnesburgerbakar.com/ & LIKE laju-laju facebook.com/deenburgerbakar 
psst..bersama kita menyokong orang melayu berniaga. Amin. 

BBL ~ esok hari isnin, kenapa mesti isnin selepas ahad?
[^.^] 




Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

4 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wah bbl ..food review..dean burge bakar..pnah mkan skali kat burn berge bakar... dkat deen x pnah lg....good review..daripada gambar nampak sedap dan mnyelerakan..yap meatball tu mungkin bleh dperbaiki lg..mcm bbl ckap

    ReplyDelete
  2. x pernah lagi makan beger bakar. biasa makan beger yg tepi jalan tu je ha. beger bakar yg dekat pasar malam tu pernah la makan sekali hahaha.

    ReplyDelete
  3. perghh..bila tgk burger tu..meleleh je ni..

    ReplyDelete