Kad Raya Dari Bloggger

3:23 AM




Hari ni masuk raya ke 4 tapi tak sangka dapat kad raya hari ni. Ingatkan dah tak sampai kad raya selepas kad raya pertama 2014 minggu lepas. Ini antara kad raya blogger BBL terima.

Kad raya pertama hari ini datang dari kak mia. Pinky kad raya tahun ni macam tema blog mialiana.com. Dapat kad raya pun sebab menang giveaway raya. Terima kasih kak Mia.


Tahun lepas terkedu tengok blogger terima kad raya fizgraphic walaupun BBL rajin terjah & komen macam keyboardninja haiya! tapi tahun ni paling syok sekali bila fizgraphic sendiri PM kat facebook mintak alamat rumah. Laju-laju je terus balas, perasaan retis sekejap. Insyallah tahun depan boleh plan order kad raya dengan fizgraphic. Terima kasih untuk kad raya dengan surah Al-Kahfi

3. Afzalsukasuki


Kawan dalam facebook, Tak silap minggu ke 2 Afza offer siapa nak kad raya kena PM dia, terus PM sepantas kilat risau kuota kad raya habis & hari ni kad raya dia dah sampai. Terima kasih.

4. GobokStylo


Ni kad raya dari tokey Gladiator Raya 2014. Tak cukup upah jual sandle gladiator raya dapat pulak kad raya tahun ni. Merasa jugak kad raya dari abang posmen yang dah kerja hari raya ke 4. 

Sekatakat ini sahaja kad raya blogger tahun ni, kad raya dari kawan-kawan pun ramai masih rajin hantar. Korang macam mana? banyak dapat kad raya tahun ni?

BBL ~ open house tahun ni macam kurang je
[=.=] "


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Wah... banyak jugak kad raya dia drpd saya.. hehe.. saya satu je. :D

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL