#MovieReview : Polis Evo Memang Terbaik

11:53 PM


Assalamualaikum & hello there,

Dah lama rasanya tak tengok movie melayu selepas Ombak Rindu hari tu. Walupun orang lain dah tengok sejak 17 Sept lalu, baru sempat tengok. Itu pun kawan ajak selepas 4 5 kali datang tiket sold out. BBL ada je TGV Movie Club tapi saja malas nak amik port sangat movie Polis Evo. Jadi semalam kami 8 orang dapat akhirnya tengok cerita one and three, one two jaga. Itu pun dapat seat belakang, well BBL tak tahu kenapa orang Terengganu suka tengok movie bahagian depan. 

Trailler Polis Evo



Sinopsis Polis Evo

Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Bekerjasama itu paling penting untuk misi menumpaskan geng syabu naga.
Atas dasar sayang keluarga, Inspektor Sani sangup pengadai nyawa demi menyelamatkan adiknya, Anis yang diculik oleh kumpulan geng syabu naga.
Selepas tertarung peluru dengan ahli geng syabu naga, akhirnya pasukan polis berjaya nemawan kembali Anis & sindiket syabu naga tumpas.

- Tamat -


Komen BBL

1. Aksi sebenar oleh Shaheizy Sam

Oh maafkan BBL sebab dah lama sangat sangat sangat tak tonton movie melayu. Dalam movie Polis Evo ini lakonan Shaheizy Sam membawa watak inspektor polis sangat hidup. Bermula aksi bertarung dengan ahli gengster sampailah geng syabu naga merah agak menarik. Paling win, aksi kejar mengejar, langgar kereta & letupan super bagus. Mungkin bajet lebih sebab tu mampu terbalikkan Proton Preve semata untuk scene langgar kereta. Ofcourse terkejut jugak bila van terbalik & meletup. Overall BBL sangat teruja nak tengok sampai habis Polis Evo


2. Aksi + komedi + loghat Terengganu

Gadingan Shaheizy Sam & Zizan terlalu ngam. Ada saja lawak Zizan walaupun agak santai. Memang tak kering gusi BBL gelak bila Nora Danish cakap loghat Terengganu. Mostly Polis Evo menggunakan loghat kl, terengganu & kelantan sebagai platform pertuturan. Bahasa thai ada tapi hujung cerita la. Tak hairan la setiap hari slot Polis Evo sold out sampai kutipan setakat 11 hari dah RM8 juta. 


Rating BBL



Apa pun ini cerita Melayu paling havco untuk tahun 2015. Korang yang dah tengok Polis Evo tu, apa kata suggest kat kawan yang belum tengok pi tengok cepat before sold out lagi. 




BBL ~ Bakpe dop tahu
(◣_◢)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Aduss nak tengok juga tapi tak sempat lagiiiiT_T

    ReplyDelete
  2. Hebat tu rekod kutipan movie ni. Fuh!

    ReplyDelete
  3. Yess...polis evo memang superb...memang ngam gabungan sam dan zizan...masing2 nak tunjuk siapa lagi hebat mula2 tu...hehe...

    Haa, sebab tu tak hairan la kutipan untuk tayangan movie boleh cecah 8 juta dalam masa 11 hari....rekod baru tu untuk filem melayu...dan asyik sold out je kalau nak tengok masa awal dulu...huhu

    ReplyDelete