Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Saturday, November 14, 2015

Borang Permohonan & Kemaskini BR1M 2016


Assalamualaikum & hello there,


Borang Permohonan & Kemaskini BRIM 2016 boleh didapati mulai 1 Disember 2015. Pendaftaran hanya perlu dilakukan kepada yang bukan penerima BRIM pada tahun-tahun yang lepas. Sekiranya anda sudahpun merupakan seorang penerima BRIM, anda hanya perlu memastikan anda telah kemaskini maklumat. Kepada yang gagal dalam rayuan BRIM dan masih tidak mendapat apa-apa wang bantuan, sekiranya syarat baru BRIM 2016 mengizinkan, boleh teruskan dengan pendaftaran baharu.

Disyorkan pemohon baru tahun ini boleh menyediakan maklumat bank akaun untuk isian online. Pemohon yang memberi bank akaun akan dapat wang bantuan terus ke dalam akaun bank semasa tempoh pembayaran. Berbanding dengan yang menerima baucar, pembayaran untuk pemohon jenis akaun bank adalah lebih cepat dan selamat.
BR1M 2016 Online
*klik untuk besarkan

Kadar Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2016 

Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
  • Ansuran pertama: RM350 pada Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
  • Ansuran Ketiga :RM 350 pada September 2016
Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
  • Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
  • Ansuran Ketiga: RM 350 pada September 2016
Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
  • Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada Mei 2016
  • Ansuran Ketiga: RM 300 pada September 2016
Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
  • RM400 pada Januari 2016

Syarat memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2016 
Syarat kelayakan Isi rumah
- Telah berkahwin
- Merupakan seorang tunggal yang mempunyai tanggungan
- Seorang janda atau duda yang mempunyai tanggungan ahli keluarga
- Warga emas (seorang diri) yang berumur 60 tahun dan ke atas
Syarat kelayakan BRIM Bujang
- Seorang yang belum berumahtangga, berumur 21 tahun ke atas
- Gaji kasar tidak melebihi RM2,000 sebulan
- Bukan murid/pelajar kepada mana-mana unit pengajian (Murid akan diberi Baucar Buku 1Malaysia – BB1M)
Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2016

Anda boleh mengisi borang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2016 melalui dua cara berikut sama ada :-


2. Secara manual dengan mengisi borang BR1M
Borang BRIM 2016 boleh didapati di tempat-tempat yang dinyatakan di bawah:
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN)
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan
  • Agensi-agensi kerajaan seperti wakil rakyat
*Borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan

Tempoh Permohonan dan Kemaskini Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2016

Pemohon baru BR1M 2016 boleh memohon atau penerima BR1M sebelum ini boleh mengemaskini maklumat mereka bermula tarikh :

5 Disember 2015 hingga 31 Disember 2015 (satu bulan SAHAJA)

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2016

Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my Berhubung terus ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan

*Di kemaskini pada 4 Disember 2015 (akan di update dari semasa ke semasa)

BBL ~ kena kemaskini je nanti
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...