Check List Majlis Perkahwinan

7:33 PM


Assalamualaikum & hello there,

Setiap saat berlalu semakin dekat hari bahagian pasangan mempelai. Semakin stress & takut dah nak hampir tarikh berkahwin. Mesti terasa macam ada je tak cukup itu, terkurang ini atau tertinggal sesuatu. Kalu boleh biarlah perfect walaupun sekadar ala kadar atau on budget asalkan cukup lengkap kedua belah pihak lelaki & perempuan kan. Jadi, perancangan sebelum tarikh majlis kahwin sangat penting untuk make sure tiada ada yang tertinggal. Ini ada planning schedule khas buat bakal pengantin menuju gerbang perkahwinan. Check out ya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
12 Bulan Sebelumnya

⧉ Berbincang dengan tunang & kedua belah ibu bapa tentang tarikh dan waktu bernikah
⧉ Mengatur bajet yang diperlukan
⧉ Meneliti lokasi majlis (rumah pasangan mempelai/dewan/hotel)
⧉ Merancang jenis jamuan yang dihidangkan (jenis menu/masakan/doorgift) 

11 Bulan Sebelumnya

⧉ Menetapkan tarikh & waktu bernikah
⧉ Mengikuti kursus perkahwina
⧉ Membeli barang hantaran seperti kasut, beg tangan, perfume & lain-lain
⧉ Survey pakaian perkahwinan

10 Bulan Sebelumnya

⧉ Memilih pengapit
⧉ Merancang warna tema untuk majlis
⧉ Mencari lokasi perkahwinan yang sesuai dengan bajet (hotel/dewan/taman)

9 Bulan Sebelumnya

⧉ Mengumpul nama tetamu
⧉ Memilih katering atau masak sendiri
⧉ Pilih jurukamera dan juruvideo

8 Bulan Sebelumnya

⧉ Menempah lokasi & tarikh majlis untuk dewan/hotel/taman
⧉ Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir
⧉ Menyelesaikan segala temujanji bersama doktor

7 Bulan Sebelumnya

⧉ Menentukan pakaian perkahwinan & aksesori
⧉ Menetapkan pakaian untuk pengiring penganting
⧉ Memilih jurusolek

6 Bulan Sebelumnya

⧉ Mula menempah kad perkahwinan
⧉ Menghubungi kadi & pejabat agama
⧉ Menjalani ujian darah HIV jika diperlukan

5 Bulan Sebelumnya

⧉ Menyelesaikan urusan persandingan (bayar deposit)
⧉ Pilih & tentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek, bunga pegang)
⧉ Menempah doorgift untuk tetamu (jika perlu)

4 Bulan Sebelumnya

⧉ Menyiapkan gubahan hantaran (D.I.Y/custom made)
⧉ Memilih cincin

3 Bulan Sebelumnya

⧉ Memastikan kelengkapan PA sistem seperti deejay, iringan lagu & sebagainya
⧉ Mengatur penginapan bagi saudara & rakan terdekat yang datang dari jauh (homestay/hotel)

2 Bulan Sebelumnya

⧉ Menulis & mengurus kad perkahwinan kepada tetamu
⧉ Bersama bakal pasangan mencuba pakaian agar tampak anggun dihari bahagia
⧉ Hadir ke sesi cubaan menu (jika memilih khidmat katering)

Sebulan Sebelumnya

⧉ Melakukan rawatan sebelum perkahwinan (lulur, mandi bunga & sauna)
⧉ Pastikan cincin ukuran yang betul
⧉ Pastikan segala tempahan pelamin, jurusolek, jurugambar & segala keperluan perkahwinan berjalan dengan lancar
⧉ Pastikan aksesori tersedia seperti gelang kasut, anting-anting & lain-lain
⧉ Pilih lagu iringan & orang yang di percayai untuk menjaga muzik

2 Minggu Sebelumnya

⧉ Bertemu dengan urus setia (pelamin/katering/sewaan dewan@hotel) agar segalanya berjalan baik
⧉ Ambil pakaian & perhiasan yang ditempah
⧉ Berada di lokasi lebih awal untuk mendapatkan mood majlis

Seminggu Sebelumnya

⧉ Meneliti perancangan yang telah dilakukan & memaklumkan urus setia jika terdapat perubahan
⧉ Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti
⧉ Hindari konflik & ceriakan hati

Di Hari Perkahwinan

⧉ Pastikan mengisi perut terlebih dahulu
⧉ Mandi sebersihnya agar kelihatan segar
⧉ Berdandan cantik, senyum & berdoalah agar segalanya berjalan lancar serta dipermudakan urusan oleh Allah S.W.T amin.

                -----------------------------------------------------------------------------------------------
Diharap dengan check list di atas memudahkan persiapan perkahwinan anda semua. Jangan lupa print, tick apa dah setel & tampal pada peti ais. Nanti senang nak check progrees semua perkara. Oh selamat menjadi raja sehari tau.



BBL ~ meriah hujung tahun dengan kenduri kawin
(◡ ‿ ◡ ✿)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

8 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. uish...tak sangka checklist majlis kahwin kena ambil masa setahun...susah jugak...

    nice sharing!

    ReplyDelete
  2. Nk jugak buat checklist ni, tp kahwinnya lambat lagi kuikuikui

    ReplyDelete
  3. Lagi 3 bln jek..ap pn xsettle..

    ReplyDelete
  4. Lagi 3 bln jek..ap pn xsettle..

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL