Jom Jalan-Jalan : Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, Terengganu

6:38 AM


Assalamualaikum & hello there,

Hari Isnin datang lagi!

Lemau kena siapkan banyak task atau duty hari ini. Jangan kusut kepala kerana BBL nak bawa korang ke alam natural di Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, Terengganu.Very the natural kawasan Chemerong. Okay lets go!

Air Terjun Tertinggi di Asia Tenggara

Dari jauh korang dah boleh tengok Air Terjun Chemerong sepanjang jalan menuju Hutan Lipur Chemerong. Air terjun ini setinggi 305 meter bagai memanggil suruh cepat-cepat drive. Kawasan rekeasi ini dibuka bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja & ditutup pada musim tengkujuh. Jika korang berminat untuk aktiviti berkhemah, pendakian, bermalam atau jungle tracking, boleh mendaftarkan diri di Pejabat Renjer Hutan Chemerong. Setiap pelawat akan dikenakan bayaran RM2.00 untuk dewasa & RM1.00 bagi kanak-kanak. Wang terkumpul akan digunakan bagi menjaga kebersihan & menyediakan kemudahan lain. 


Yeay dah sampai ke Hutan Lipur Chemerong. Jangan lupa snap gambar dulu kerana confirm korang akan penat bila dah puas berendam dalam air nanti. Percayalah cakap BBL. Berbaloi bila penat drive dari jauh akhirnya dapat jejak kaki kat sini. Macam biasa, check-in dulu footage dalam Instagram!

Kemudahan Asas

Banyak kemudahan disediakn untuk kegunaan para pengunjung termasuk tandas, bilik persalinan baju, pondok rehat, surau, menara pandang, taman permainan kanak-kanak, dewan serba guna dan denai ke Gunung Berembun. 

Masa untuk mandi!

Ada banyak kawasan mandi-manda. Jika anda datang berkumpulan besar, seeloknya mandi kawasan air terjun bawah kerana kawasan sekitar agak landai untuk sesi berkelah atau BBQ. Namun tiada masalah untuk korang memilih tempat lain tapi kena melalui denai disediakan untuk ke kawasan lebih cantik & mempunyai tadahan air lebih selesa. 
BBL mandi di kawasan agak jauh dari tumpuan orang ramai kerana mesti melalui laluan denai menuju puncak air Terjun Chemerong. Itu pun dah penat berjalan akhirnya kami sepakat untuk berehat & menikmati sejuknya air Chemerong di persimpangan Sungai Y. Jangan terkejut atas bukit atas sungai tau. Ini kerana air terjun mengalir & menyebabkan laluan berpecah kepada dua lalu menjadi nama sungai.


Paling seronok kawasan ini air agak cetek & berbatu. Sangat sesuai untuk aktiviti terapi diri dari masalah. Berendam dalam air sambil mendengar lagu - nasib baik telefon waterproof. Tak sangka dalam Terengganu ada tempat menarik seperti Chemerong. Satu khazanah sanagt semulajadi.


Kat check point ini jalan terus ke puncak air Terjun Chemerong tapi BBL bukan nak hiking mount. Cukup sekadar selfie sahaja. Ada rezeki boleh berkhemah atas puncak sana. Sebelum ini, TheVocket pernah keluarkan artikel mengenai kejernihan Sungai Bangan & Air Terjun Langsir (singkatan CBL) - rujuk entri ini.

Hutan Lipur Chemerong sangat kaya dengan pokok herba & hidupan fauna lain. Sepanjang denai ada saja pokok hutan yang dilindungi spesisnya termasuk Cengal, Merbau, Meranti, Seraya & pelbagai lagi. Oh, jika korang nak tahu Hutan Chemerong terdapat pokok Cengal terbesar & tertua di dunia. Jika ditebang, 27 buah lori diperlukan untuk mengangkut kayunya. Can you imaging how bigger the size of this tree. Lagi pun usianya tak tua mana - 1,300 tahun je. 


Lokasi Hutan Lipur Chemerong

Terletak di Hutan simpanan Pasir Raja dalam Daerah Dungun. Ia merangkumi kawasan seluas 292 hektar Hulu Dungun. Jika dari Bandar Dungun / UiTM Dungun memakan masa 1 jam 7 minit melalui Jalan Bukit Besi sejauh 67.5 km. Dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) cuma 30km & 100km dari Bandar Kuala Terengganu menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur II exit Bukit Besi.




Jadi, spot this point jika berkesempatan datang melawat Terengganu terutama di daerah Dungun. Tak rugi rasanya selepas meluangkan masa berada di hutan teristimewa Terengganu ini. So what next?

BBL ~ very the natural
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Aku pun ada tulis pasal chemerong nie.. g la baca kat blog aku wei.. entry lama dah tahun 2013 kot kalau x silap.. hahahaha


    Baca sini http://www.hafizhafizol.my/2012/04/picnic-di-hutan-lipur-chemerong-bersama.html

    ReplyDelete