Bestnya Betul Makan the Great Australian BBQ Buffet Dinner Di Kontiki, Hotel Federal Kuala Lumpur

8:21 AM

Yes weekend datang lagi! Tak perlu risau working email, text dari boss atau file kerja atas meja. Ada cara paling seronok nak start weekend - tak lain tak bukan mestilah makan! Kali ni BBL nak kongsi satu tempat menarik untuk anda datang enjoy menu BBQ dengan ahli keluarga atau kawan-kawan.


Discover Australia - A Taste of Australia
Bermula 13-29 Julai, restoren Kontiki Hotel Federal Kuala Lumpur sedang hangat menawarkan aneka sajian BBQ dengan sentuhan chef Australia tersohor yang cukup berpengalaman dalam bidang masakan dari The Grace Hotel Sydney. Ha baru kena dengan gaya kan. 


Meraikan ulang tahun 63 Hotel Federal Kuala Lumpur sejak dibuka pertama kali sebagai hotel rasmi tetamu asing sempena Hari Kemerdekaan Negara 1957, restoren Kontiki mahu berkongsi kenangan menjadi tuan rumah kepada perdana menteri Australia, Sir Robert Menzies yang menjadikan Hotel Federal sebagai penginapan rasmi bersama legasi pada tahun 1959. Istimewa kali ini lebih 100 jenis menu tersedia dari juadah BBQ dan minuman untuk dinikmati oleh para pelanggan. 


Antara masakan menarik perhatian saya ialah Rack of Lamb marinated with Rosemary & Garlic, short beef rib with smokey BBQ lacquer, Rump Steak with Devilled Onions, Gourmet Sausages with Tomaoto & Chili Jam, Chicken Kebabs with Lemongrass, Ginger & Garlic Relish dan beberapa lagi hidangan pasti membuat korang tak sabar untuk next dish. 


Harga  the Great Australian BBQ Buffet Dinner
Pastinya kepada penggemar BBQ ini satu promosi tak wajar anda lepaskan. Buat masa terhad dari 13-29 Julai 2018 pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad, 13-15 Julai, 20-22 Julai dan 27-29 Julai bermula jam 6.00 petang hingga 10.30 malam dan bawa seisi keluarga datang ke Restoren Kontiki, Hotel Federal Kuala Lumpur untuk pengembaraan masakan tak perlu terbang merentas benua Australia. Harga cukup berpatutan RM 148 nett (dewasa), RM 55 (kanak-kanak) dan RM 74 (warga emas).

Rebut peluang untuk menang pakej penginapan 3H2M untuk 2 orang di The Grace Hotel Sydney dan pelbagai hadiah menarik lain. Siapa tahu rezeki korang makan BBQ Buffet Dinner dapat menang staycation kat Australia! 


Nak buat tempahan boleh call 03-2148 9166 atau layari www.fhihotel.com sebelum tempoh promosi tamat. 

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici