Happy Birthday Ke 35 G-Shock!

7:00 AM

Antara jam tangan favorite BBL mestilah G-Shock. Lagi style pakai untuk aktiviti outdoor atau sebagai OOTD pergi kerja/kuliah. Tahun ini G-Shock meraikan ulang tahun ke 35 sejak mula menghasilkan jam tangan pertama G-Shock pada tahun 1983. Happy birthday G-Shock!


Meraikan hari bersejarah ini, Casio Malaysia mengajak anda semua datang ke roadshow dari 30 Julai hingga 5 Ogos 2018 bertempat di Centre Court Pavilion Kuala Lumpur. Siang tadi berlansung grand lunch party bersama selebriti sosial media dan pengamal media. Menariknya backdrop utama mendapat sentuhan artis graffti Kenji Chai dengan lakaran jam G-Shock Absolute Toughness sesuai dengan reka bentuk G-Shock sendiri tahan lasak dengan apa jua keadaan extreme. Tak percaya tengok video Guinness World Records bawah.


Selama 7 hari tempoh produk show ini korang boleh melihat evolusi dari siri classic 5600 juga dikenali sebagai Origin Series yang mana termasuk G-Shock DW-5000C. Malah kesemua koleksi G-Shock the Origin Series dipertontonkan kepada awam. Sesuai dengan reputasi G-Shock yang Absolute Toughness dari segi struktur, fungsi, reka bentuk dan bahan untuk kemasan jam tangan G-Shock.


Ha jangan lupa cabar diri korang dengan aktiviti disediakan oleh Casio Malaysia untuk menguji tahap fizikal seperti Human Claw Challenge - anda akan bergayut untuk tangkap belon yang mungkin mengandungi hadiah berupa jam G-Shock dan King of Hammer - inilah peluang mencuba sendiri untuk menguji tahap kelasakkan jam ini. Siapa tahu anda bakal pulang dengan jam G-Shock terbaharu kan.


Update terkini boleh follow ig @gshockamalaysia.my dan hastag #GShock35MY & #IAmAbsoluteToughness

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici