COWAY Run 2018 Kembali Lagi

2:50 AM

Rasanya dah lama BBL tak join fun run. Tahun lepas boleh tahan kerap masuk run sebab saja collect medal. Nak jadi atlet tak mampu so bila dapat finisher medal rasa bangga berjaya acah-acah winner gituh. Tahun ni semangat nak berlari datang balik bila tengok cun betul design medal run event sepanjang 2018. Sebagai permulaan, BBL register untuk COWAY Run 2018 pada 7 Oktober nanti di MAEPS, Serdang.


Harga Tiket COWAY Run 2018

Kali ini masuk tahun ke 2 Coway Malaysia menganjurkan COWAY Run & masih mengekalkan kategori sama iaitu 5km & 10km bagi lelaki dan wanita. Hari ni hingga 18 Julai ada promosi ealier bird RM50 (5km) & RM55 (10km) sebelum kembali pada harga asal. Cepat register guys!

Setiap peserta akan dapat new brand t-shirt Coway Run, tuala, drawstring bag & finisher medal. Yang bestnya t-shirt 2018 lebih berkualiti & sedap pakai. Boleh pakai jogging petang-petang kan.


Menariknya RM10 dari harga jualan tiket akan disumbangkan kepada Happy Water Project - satu program CSR Coway membantu menyediakan saluran air bersih kepada masyarakat Orang Asli di Pahang memandangkan sesetengah kawasan terpencil sukar mendapat bekalan air. Sasarannya 1 000 keluarga dalam masa 5 tahun. Sesuai la dengan julukan syarikat Coway sebagai 'pakar air' terutama dalam membekal air tulen.


Selebriti fitness terkenal, Jordon Yeoh akan turut bersama korang time Coway Run nanti. Baru bersemangat sikit nak berlari kan. Malah special tahun ni, Coway bakal menyediakan Korean Village persis food truck, photo props dan live band untuk hiburan semua pelari. Jadi jangan buang masa lagi, segera register diri untuk COWAY Run 2018 & bawa anak, ahli keluarga dan rakan bersama-sama okay.

> Register COWAY Run 2018 - www.cowayrun.com.my <


Happy...healty....COWAY!

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici