F&B Incubator Pertama Di Malaysia Oleh Galeeveurs

7:50 PM

Sewaktu zaman study diploma BBL ada 3 4 buah kedai favorite. Boleh cakap seminggu mesti 2 3 kali datang singgah makan kedai tu. Rasa authentic selera melayu kedai tersebut buat diri rasa rindu bila dah habis study. Sedihnya kedai makan turun temurun ni sudah ditutup mungkin sebab persaingan perniagaan atau tiada pewaris anak muda yang mahu meneruskan legasi warisan ini. Rasanya ini satu dilema pemilik kedai zaman sekarangbila bercakap soal siapa yang akan meneruskan seni makanan jika pemilik sudah tiada suatu hari nanti.


Sebab itu Galeeveurs memperkenalkan food & baverage incubator pertama di Malaysia sebagai asas melindungi citarasa makanan tempatan agar boleh terus dinikmati oleh generasi akan datang. Bukan setakat restoren, kedai malah gerai juga boleh mendapatkan sokongan incubator ini. Makanan antara cara menyatukan penduduk Malaysia selain ia menaikan nama Malaysia di mata dunia. 

Kim Lian Kee, Dato Henry Lee percaya makan tempatan inilah menyatukan hati rakyat Malaysia dan ia mempunyai potensi sangat besar terutama di pentas antarabangsa. Dengan lebih 80 tahun pengalaman dunia perniagaan F&B, Dato Henry Lee yakin boleh membantu legasi ini ke tahap seterusnya. Tak hairan jenama Kim Lian Tee, Ten Years, Sunny Cha dan beberapa lagi brand bawah kumpulan Galeeveurs boleh mengekalkan warisan walaupun lebih berdekad lamanya. 


Hub F&B Incubator Malaysia

Tidak terhenti setakat itu, Galeeveurs akan membuka Hub F&B Incubator penghujung tahun ini dan bakal menjadi pusat sehenti bagi food lovers. Dengan sembilan ikon fungsi utama hub ini menjadi satu pilihan buat pemilik legasi makanan mendapatkan khidmat nasihat untuk memastikan perniagaan mereka kekal utuh.


Sebagai contoh, dengan kepakaran Branf Strategy & Marketing oleh team Galeeveurs anda boleh mendapatkan bantuan sokongan untuk mencipta brand story, identify for F&B, redefined F&B business model, assist on brand establishing strategy & marketing serta video shooting services. Semua ini mungkin membantu menaikan jenama anda selain memperluaskan capaian kepada pelanggan sasaran. 


Model kat atas bakal digunakan oleh Galeeveurs dalam membawa perniagaan anda ke tahap berikutnya. Pastinya dengan one stop center hub incubator akan menjadikan ia lebih mudah dicapai kerana semuanya ada. Menariknya di hub ini korang boleh menyewa lab research by hour, membuat F&B showcase, tempat launching produk makanan baru dan pelbagai bawah satu bumbung tanpa perlu bersusah payah ke dua tiga tempat

Tambahan dengan kerjasama dengan pelbagai penyedia perkidmatan seperti BigHub Education, Golden Pencil, Mark Food Solution, Andamiro dan Culturology yang akan memainkan peranan membantu membina, bantuan sokongan dan mengekalkan ekosistem encubator ini. Dijangka ada beberapa lagi jenama F&B bakal bergabung dibawah Galeeveurs selewatnya penghujung tahun 2019. 


Galeeveurs mempelawa lebih ramai F&B start-up dan pemilik perniagaan untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa ditawarkan oleh incubator hub dengan menghubungi team mereka di joinus@galeeveurs.com


Galeeveurs - taste of legacy
No 27, Jalan Budiman, Budiman
Business Park, Kajang, Malaysia
03-8730 8622 / 012-3718 001


You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici