Tidur Lena Di Hotel de Art USJ 21, Subang Berinspirasi Taman Inggeris

9:26 AM

Hai semua! Lega betul last weekend dapat bercuti sebentar dari masalah office. Walaupun hanya menginap kat Hotel de Art USJ 21, Subang ternyata saya rasa cukup fresh dan puas hati time chek out. Sebenarnya BBL sangka Hotel de Art cuma ada di Shah Alam sahaja, siapa sangka rupanya ada branch di USJ Subang. 


Lokasi Hotel de Art Subang
Terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), PLUS (exit Plaza Tol USJ), Puchong, Subang Jaya, Sunway dan semestinya sempadan Shah Alam membuatkan hotel ini ideal sebagai pilihan untuk menginap memandangkan ia paling hampir dengan jalan utama. Malas nak drive? naik sahaja LRT dan turun di stesen USJ 21. 

Bagi korang yang lapar atau mahu membeli belah, ada mall iaitu Main Place USJ cuma 5 minit masa berjalan kaki. Ada banyak pilihan butik pakaian dan aneka restoren boleh anda singah. 


Bertema Dekorasi English Garden
Melangkah masuk ke ruang lobi utama hotel rasa cukup teruja dengan dekorasi berinspirasi taman inggeris. Wujudnya sebatang pokok bersama buaian tergantung menambah seri seolah berada dalam taman. Tak hairan ramai pelanggan terutama kaum ibu sangat suka datang menginap ke Hotel de Art branch USJ 21. Biasalah mak-mak memang addict dengan theme classic english.  


Setiap dinding floor hotel juga penuh dengan lukisan mural. Jangan lupa bergambar atau selfie sebagai tanda kenangan datang tidur kat Hotel de Art. Kalau kena dengan pose beserta angel sesuai mungkin ramai rakan laman sosial like gambar anda. Suka tak?


5 Pilihan Bilik Harga Berpatutan
Setiap dekorasi bilik berbeza antara satu sama lain bagi memberi mood unik setiap kali pelanggan datang tidur dan berehat. Motif bunga, flora fauna tropika serta suasana desa plus katil queen berciri istana klasik memberi mood tenang saat masuk dalam bilik. 

Sesuai dengan kehendak pelanggan yang berbeza latar belakang seperti bujang, pasangan berkahwin dan family, semestinya bilik Hotel de Art memang memenuhi keperluan setiap tetamu datang. Boleh tempah bilik kesukaan anda terus melalui website hotel - usj21.hoteldeart.com.my .

🌟 Art Queen tanpa tingkap RM 118 (RM 138)
🌟 Art Twin tanpa tingkap RM 118 (RM 138)
🌟 Art Queen Deluxe RM 138 (RM 158)
🌟 Art Twin Deluxe RM 138 (RM 158)
🌟 Art Family Deluxe RM 208 (RM 228)

- Bilik Art Twin -

- Bilik Art Queen Deluxe -

- Bilik Art Family Deluxe -

Kunci bilik dah dapat apa tunggu lagi, jom masuk bilik untuk bergambar. BBL memilih bilik 208 dengan tema alice in wonderland


Sembang tentang fasiliti bilik, usah risau Hotel de Art menyedikan kemudahan lengkap untuk kegunaan tetamu seperti
🌟 bilik mandi luas, tuala, pemanas air, sabun & shampoo rambut serta berus gigi
🌟 coffee maker dan air mineral dalam bilik
🌟 television LCD
🌟 meja menulis & kerusi
🌟 Wifi internet

Bilik BBL ni ada pintu cermin tingkap mengadap cahaya matahari petang. Boleh la tengok sunset turun. Kebetulan waktu tu cahaya matahari tengah nice, bergambar dalam bilik pun cantik je result. Memang instaworth la


Malah sebagai tambahan turut tersedia surau untuk keselesaan solat dan pantry incase anda ingin panaskan makanan. Semua ini terdapat di ground floor berhampiran lobby reception. Tidak ketinggalan satu set iron board juga boleh digunakan setiap floor.

microwave & water filter pun ada okay

 surau lengkap tempat wuduk didalam..tak payah kaum hawa keluar masuk ke bilik air

 seperti saya mention tadi, iron board luar bilik je

Sekarang ada PROMOSI - Stay 10 malam & dapatkan 1 malam PERCUMA! sesuai sangat untuk anda yang sering outstation atau mencari hotel unik sekitar Shah Alam atau berdekatan USJ Subang. Datang je bermalam di Hotel de Art pasti tersenyum waktu tidur. 


Hotel de Art USJ 21, Subang
21, Jalan USJ21/6, USJ21, 47630 Subang Jaya, Selangor
No Telefon : +603 5888 9099
Waze: Hotel de Art @ USJ21

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici