FLERR Nama Baharu FLEUR - Pewangi No 1 Malaysia

8:55 AM

Hi korang. Pernah dengar jenama FLEUR yang sangat terkenal dengan pewangi kereta bertudung kayu tu? Ha kini FLUER telah dijenamakan dengan nama baru yang masih mengekalkan sebutan yang sama cuma berbeza huruf sahaja iaitu FLERR. Btw FLEUR bermaksud bunga dalam bahasa perancis. 


Pada 6 Oktober lepas secara rasmi nama baharu FLERR secara rasmi diguna pakai untuk semua produk FLERR. Malah tanda nama FLERR juga telah didaftar sebagai Registered Name.

Info tentang FLEUR
Jika anda nak tahu, FLEUR adalah salah satu jenama tempatan di bawah syarikat DISA SYNERGY SDN BHD yang telah di tubuhkan pada 24 Ogos 2016. Di asaskan oleh En Suhaimi Saiful bersama En Rafik Dill, kini mempunyai staf tetap seramai 17 orang. 

FLEUR adalah jenama bagi pewangi kereta yang pada awalnya mempunyai hanya 5 pilihan bau dan sekarang mempunyai lebih 20 bauan. Pewangi kereta FLEUR ini menggunakan cecair yang di import khas dari Eropah dan di bungkus dan di edarkan di seluruh Malaysia. Konsep jualan jenama FLEUR ini menggunakan sistem Agen yang di reka untuk membantu usahawan - usahawan baru yang ingin berjinak jinak dalam dunia perniagaan melalui modal yang rendah. 


Kini setelah 2 tahun, FLEUR berjaya membantu usahawan usahawan baru dalam menambah pendapatan dan juga mencetus fenomena dalam industri pewangi kereta. Setakat tahun 2018 sahaja FLEUR mempunyai lebih 300 stokis dan 2,000 ejen seluruh Malaysia. Super impresive lah! Melalui FLEUR, ia berjaya menembusi pasaran luar di Asia Tenggara, di mana ianya boleh di dapati di Singapura, Indonesia, Brunei dan juga Filipina. 

Misi FLEUR ingin menjadi jenama tempatan NO 1 di Malaysia menjelang tahun 2020. Kini FLEUR berubah kepada FLERR bagi mengukuhkan lagi penjenamaan di dalam industri pewangi udara di Malaysia.


Dalam majlis yang sama FLERR melancarkan produk baru iaitu pewangi kereta Le'Clipse sesuai mewangikan kereta korang yang dah hilang bau kilang serta boleh bertahan hingga 30 hari. Ada lima variasi boleh anda pilih sesuai dengan citarasa personaliti sama ada lelaki atau perempuan seperti -

🌟 Citrine
🌟 Emerald
🌟 Amethyst
🌟 Sapphire 
🌟 Aurora

Harganya cuma RM15.90 dengan kuantiti 6ml setiap satu pek. Mur mur betul la..


Sekarang ni BBL sendiri dah guna Le'Clipse flavour Aurora untuk kereta. Masuk je dalam kereta rasa fresh dan happy sepanjang jalan otw nak pergi kerja. Betullah orang kata, tak try maka tak cinta. Siapa sangka pewangi kereta ni setanding dengan jenama car perfume ternama lain. Macam tak percaya brand Malaysia pun hebat jugak. 


Khas untuk pengguna setia FLERR jangan lupa datangkan produk terbaru perfume despanser yang boleh didapati seawal Januari 2019 nanti untuk rumah anda. Baru lah complete wangian FLERR dari dalam kereta, almari baju hingga ruang tamu atau bilik tidur. Oh lupa nak kongsi berita gembira untuk anda, FLERR bakal mempunyai butik air freshener khusus menjual produk berasaskan wangian semata-mata selewatnya penghujung 2019. Sama-sama kita nantikan okay.  

Berminat untuk membeli wangian FLERR atau menjadi ejen boleh contact link tertera 

DISA SYNERGY SDN BHD
No 7 (1st Floor), Lorong Tiara 1A,
41150 Klang Selangor

FB : flerrHQ | IG : @flerrhq
Twitter : @flerrhq | YouTube : Flerr TV Malaysia
Telefon : 03-33587480 | Website : www.flerr.com

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici