Pakej Perkhawinan Ekslusif Serendah RM25 Seorang Oleh Enak Rasa Katering Di Hype Motorsport Hotel KL

9:20 AM

Assalamualaikum & hye semua! 

Tak lama lagi nak masuk musim cuti sekolah. Rasanya bakal pengantin seperti anda mesti sibuk survey mencari katering untuk hari berbahgia nanti. Kebetulan BBL sekarang agak rajin pergi food test untuk majlis kenduri kendara. Tak salah amik berkat mana tahu nanti dah ada calon sesuai boleh propose katering. Yang penting entri sangat berguna untuk korang melangsungkan majlis perkahwinan.


Hype Motorsports Hotel Kuala Lumpur (sebelum ni dikenali sebagai Nouvelle Hotel) bekerjasama Enak Rasa Katering melancarkan Pakej Perkahwinan Ekslusif dengan harga bermula RM25 seorang. Semasa grand open day, dapat la merasai pengalaman suasana majlis perkahwinan dalam ballroom cukup besar. Boleh muat hingga 400 orang tetamu dalam satu masa. Saya rasa cukup berbaloi dengan tawaran harga sangat menarik. Kat tempat lain belum tentu boleh dapat kan.

Benda paling penting mestilah food test makanan untuk tetamu. Enak Rasa Katering memang pakar menyediakan sajian buat jemputan anda. Berpengalaman lebih 12 tahun sejak 2006 rasanya katering ini cukup berpengalaman dalam penyediaan menu terutama majlis perkahwinan. Satu menu cukup menarik perhatian BBL mestilah Nasi Liwet dbalut dengan daun pisang persis nasi kukus dan dimakan bersama ayam bakar. Aduh kecur mulut dibuatnya.


Menu makanan lain macam biasa harus dihidangkan semasa majlis hari perkahwinan berlangsung. Senarai penuh menu rujuk pakej di bawah ye


Pakej Ekslusif Raja Sehari oleh Enak Rasa


Hidangan Tetamu

Nasi Briyani Basmathi
Nasi Putih
Ayam Masak Merah
Daging Masak Manis
Dalca Sayur
Papedom
Buah-Buahan
Air Kodial Buah


Peralatan Dewan

40 Meja Bulat Beralas Kain
400 Kerusi Bersarung
2 Set Buffet
2 Set Meja Cenderahati
1 Set Meja Makan Beradap (Berhias)
1 Set Basic Pa Sistem
2 Microphone Tanpa Wayar
Karpet Merah


Sudut Minuman

The Tarik & Kopi O
2 Jenis Kuih Tradisional
Bubur

Makan Beradap 10 Pax

Udang Masak Nenas
Sotong Masak Blackpaper
Siakap Masak Masam Manis
Ayam Panggang
Koktel Buah
Menu-Menu Tetamu


Kelengkapan Pengantin

1 Set Pelamin (20 Kaki)
1 Pasang Baju Pengantin (L&P)
Dekorasi Pintu Masuk
6 Set Dekorasi Laluan Masuk
Hiasan Tengah Dewan
Make Up Pengantin (1 Kali)




Perkhidmatan Jurugambar

1 Jurugambar Professional
1 Crystal Storybook Album (8x12)
1 Bingkai Besar Bersama Gambar (12x8)
Sesi Bergambar Outdoor (Hari Sama)
Premium Album Box
USB Pendrive (Semu Gambar)
Unlimited Shoot
Gambar Berkualiti Tinggi

*PERCUMA*
3 tingkat kek pengantin
Deejay
4 set VIP Dome

Perkhidmatan Lain:
2 VIP Parking untuk pengantin
Harga bilik istimewa untuk pengantin & keluarga 
VIP Access untuk pengantin

Nak tengok dekorasi suasana dewan dan pelamin hari bahagia. Meh saya preview apa pihak Enak Rasa Katering tawarkan istimewa buat pasangan pelamin semasa majlis perkahwinan sebagai raja sehari. 


BBL ada rakam video nak bagi korang full review tentang suasana dewan serta hiasan deko oleh Enak Rasa Katering. Bertuah siapa yang datang semasa grand open day dapat diskaun banyak untuk tempahan pakej perkahwinan selain dapat hadiah lucky draw. 


Lagi pun lokasi Hotel Hype Motorsport sangat strategik di Kuala Lumpur dan ia bersebelahan dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban Sungai Besi. Boleh je waze/google map : Hype Motorsport KL. Hotel bertaraf 3 bintang ini bukan sahaja mempunyai tiga buah dewan yang serba cantik dan mewah. Menjadikan hotel ini sangat sesuai untuk sebarang keraian seperti majlis perkahwinan, majlis koprat atau majlis tertutup. Selain tu, kemudahan parkir kenderaan yang boleh memuatkan hampir 500 kenderaan, dewan ini juga mampu menampung hampir 500 tetamu dalam satu masa. 

Saya sendiri cukup berpuas hati dan tertarik dengan tawaran pakej mahrain ni. Diharap lebih ramai bakal pengantin seperti anda dapat merealisasikan impian untuk melaksanakan majlis walimatururus dengan suasana elegan dan ekslusif tercapai. Oh ya lupa nak mention pakej ini sah hingga 31 Disember 2018 sahaja. So rebut segera peluang keemasan ini.

Berminat boleh terus buat tempahan
Pn. Salmi > 010-2250734
Tn. Aidil > 010-2580734
Tn. Rusdi > 011-35579805
atau whataspp > enakrasa.wasap.my


Selamat Pengantin Baru BBL ucapkan!

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici