Hujung Minggu Makan Steamboat Kat Pak John Steamboat & Grill IOI City Mall Putrajaya

7:36 AM

Assalamualaikum & hello internet!

Macam mana weekend korang? Fun tak hangout sana sini. Well lain cerita dengan si BBL ni, bukan pergi berjalan tapi pi makan steamboat kat Pak John Steamboat & Grill IOI City Mall Putrajaya. Sekali sekala belanja diri makan sambil tu dapat praktise masak steamboat dan grill ayam daging. Ceh skill memasak dah berkarat, tu kena asah balik.


Lokasi Pak John Steamboat & BBQ di Ground Floor, satu baris dengan Starbucks dan Coffee Bean. Apposite dengan outdoor bay entrance tu. So korang boleh pilih nak enjoy makan kat meja luar atau aircond bahagian dalam. Kalu buat gathering satu batch kelas elok makan kat dalam. Lagi pun senang nak berulang amik bahan-bahan steamboat kat rak display. 

Dah bayar kat kaunter dan pilih meja jom kita start memasak!. Untuk pilihan sup steamboat anda boleh memilih dari 5 jenis sup sama ada prawn soup, curry soup, chicken soup, miso soup dan tomyam soup. Kemudian jom pilih apa korang nak masak dan rebus. Dengan lebih 160 pilihan terdiri dari makanan laut seperti ikan, udang, ketam, sotong, kerang, lala, kerang, kepah, pilihan panggang sama ada ayam/daging diperap dengan sos bbq, kari, madu, peri-peri dan bermacam lagi. Aduh pening nak pilih mana satu. Semua nampak sedap. 


Tak cukup dengan tu, ada lagi sayur untuk meriahkan periuk sup. Dari cendawan, telur, sawi, tauhu, kangkung, kobis, brokoli, tomato, jagung dan pelbagai boleh korang pilih serta repeat makan. Of course paling BBL banyak amik telur puyuh sebab senang nak makan. Tak cukup tu, ada choice mee, meegi dan laksa in case nak rebus dalam sup tu.


Kepada peminat daging, boleh request premium beef/lamb slice, smoked duck dan abalone slices kat kaunter belakang. Tempoh hari staff Pak John bagi semua, padahal mintak lamb slices je. Macam faham je BBL malu nak mintak banyak. 


Sementara tu, boleh makan dulu main dish nasi goreng, mee goreng, kuey teow atau makanan bergoreng like nugget, fries, sosej sebelum start makan apa yang korang letak dalam sup tadi. Alah orang kata buat alas perut gituh. 


Dah puas makan, repeat & makan lagi sampai tersandar kat kerusi usah pulang lagi. Pak John Steamboat & BBQ dah sediakan pencuci mulut seperti jagung rebus, aiskrim, waffle dan air batu campur. Yang bestnya pilihan air pun banyak dari minuman sejuk hingga panas. Pilih saja soft drink, jus buah, kopi, teh, kopi atau air sejuk incase tak suka minuman manis kan. 


Seronok dapat makan sambil tunggu seafood masak dan bbq ayam dengan kawan atau family. Pak John steamboat & BBQ memang lokasi sesuai nak gathering dengan ahli keluarga. Time ni kerja mengarah je si housemate tolong amik itu ini sebab dah tak larat nak bergerak ke display rak. 

Harga Pak John Steamboat Buffet


Nak buat tempahan meja boleh call je 012-7050684. Kan senang sampai-sampai Pak John Steamboat & BBQ dah ada meja tersedia. Lagi pun boleh elak dari menunggu lama incase customer ramai. Siapa tahu kan.

So bila kali terakhir anda makan steamboat & grill ni? Jom repeat makan lagi kat Pak John Steamboat & BBQ cawangan terbaharu di IOI City Mall Putrajaya. Tag sekali member yang suka makan tu. Biar dorang kecur mulut tengok korang enjoy makan steamboat sampai kenyang. 

Pak John Steamboat & BBQ
GE-11, Ground Floor, IOI City Mall
62502 Putrajaya, WP Putrajaya
Tel : 03-89571128 /012-2518289

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. adoi memang bersandar di kerusi dan tangan tepuk dahi jugak ni. haha. banyak pilihan rambang mata nak pilih dan kena check nilai kalori. hahahahahhaha -_-

    ReplyDelete