Samsung A9 (2018) Pertama Di Dunia Dengan 4 Kamera!

3:41 AM

Hai semua. Semalam BBL menyertai Samsung Unpacked pertama di Malaysia dengan kejutan pelancaran siri Galaxy A9 - 4 kamera belakang & A7 - 3 kamera. So rumors mengatakan Galaxy A akan ada 4 kamera tu betul-betul real. Terus rasa outdated pakai smartphone dual kamera. Sob sob..


Galaxy A9 2018 tampil perubahan cukup besar sebagai smarphone pertama di dunia dengan 4 kamera belakang. Menyokong Ultra-Wide-Angle untuk korang snap gambar seumpama panorama tetapi masih mood statik. Paling menarik skin bersaiz 6.3 inci untuk kepuasan menonton video atau bermain game. Harga jualan masih misteri dan akan mula dijual pada November 2018 ini. 

BBL sangat tertarik kemampuan Galaxy A9 boleh merakam gambar Ultra-Wide. Sesuai nak snap view background kumpulan besar atau pemandangan luas.



Spesifikasi Galaxy A9 (2018)


                                        Samsung A9 2018 
         
Saiz peranti
TBC
Saiz Skrin
6.3 inch SAMOLED QHD+
Procesor
Snapdragon 660
Operasi Peranti
Andriod 8.0 Oreo
Kamera
4 Kamera 24+10+8+5MP
*24MP [Mod snap biasa]
*10MP [Zoom optikal 2X]
*8MP [Lensa mood lebar 120 darjah]
*5MP [Sensor Depth]
Kamera Hadapan 24MP
Memori
RAM 6GB/8GB + 128GB internal
Bateri
3800mAh, sokongan pengecas pantas
Warna
Caviar Black, Lemonade Blue, Bubblegum Pink
Manakala A7 mempunyai Triple kamera bahagian belakang. Malah fungsi blur dan Pro-lighting pada gambar memang menarik perhatian saya. Hasilnya gambar lebih cerah dan handsome gituh. Kepada peminat selfie, inilah kamera perlu anda miliki. Tidak ketinggalan ia turut menyokong dual-sim. 

Spesifikasi Galaxy A7 (2018)


                                        Samsung A7 2018   
       
Saiz peranti
Tinggi – 158.9mm
Lebar – 75.8mm
Tebal – 7.5mm
Berat – 168g
Saiz Skrin
6 inch Super SAMOLED
Procesor
Snapdragon 660
Operasi Peranti
Andriod 8.0 Oreo
Kamera
3 Kamera 24+8+5MP
*24MP [Mod snap biasa]
*8MP [Lensa mood lebar 120 darjah]
*5MP [Sensor Depth]
Kamera Hadapan 24MP
Memori
RAM 4GB + 64GB internal
Bateri
3300mAh, sokongan pengecas pantas
Warna
Blue, Black, Gold
Samsung Galaxy A7 2018 berharga RM1,299 kat semua pengedar Samsung Malaysia.

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici