Menjerit Masuk Rumah Hantu Sunway Lagoon Nights of Fright 6

1:31 AM

Hye guys. Tahu tak sekarang dah masuk bulan Oktober dan ada celebration Halloween hujung bulan ini. Rasanya dah lama sangat tak masuk rumah hantu, last pun waktu SPM tahun 2007 time funfair kat Terengganu. Itu pun tak berapa nak horor sebab hantu melayu pakai topeng semata-mata. Haha kalu korang nak uji semangat keberanian atau level takut elok datang ke Night of Fright yang masuk tahun 6 kali ini. 


Pengalaman Kena Sakat Dengan Hantu NOF6
Ni 1st time BBL datang ke Nights of Fright walaupun  bandar Sunway dengan rumah dekat je pun. Tahun lepas member dah ajak datang tapi sibuk kerja sampai ke sudah tak pergi. So tahun ni decide nak datang jugak. Lagi excited jadi antara terawal dapat rasmi Nights of Fright 6 sebelum korang. Padahal dalam hati berdebar-debar risau menjerit time berjalan dalam rumah hantu. 

jangan lupa redeem air darah Lemon Ache dengan setiap pembelian tiket

tiket dah ada jom kita masuk!

Ada 8 buah rumah hantu mesti korang terjah semua
👻Phobia (Hantu bertopeng)
👻 Ghost Face
👻 Wendigo - the Legend in the Mist
👻 Slaughter House 13
👻 Scarytales Theather
👻 Zombie Zoo
👻 Ghostbusters Halloween in New York
👻 Horrorwood Studios

Well BBL suggest korang try masuk semua sekali. Baru puas hati cuma better beli tiket express line. Kalu tak buang masa menunggu que  panjang nanti tak sempat nak refill perasaan takut masuk next ghost house.


Ada benda kelakar nak story. First kami geng budies masuk rumah hantu Phobia - rumah hantu khas untuk topeng, patung, clown atau Annabella. Satu batch 6 orang masuk so BBL orang ke dua berjalan depan Emi. Tahu tak time nak lepas satu lorong nak menuju tangga naik, belum sempat 4 langkah berjalan terus saya lari ke depan sebab takut kena segah dengan hantu clown tepi lorong. Budies kat belakang dah start tergelak tengok berlari macam tak cukup tanah. 


Lagi story kelakar bila Zharif (jejakakaula.com) sempat ruqyah hantu dalam Slaugther 13 House. Terkejut punya pasal boleh pulak dia azan. Lepas tu bagitau well done buat saya terkejut. Hahaha..mesti hantu tu terpinga-pinga. 


Scarytales Theather pun MESTI korang masuk. Dalam hall ni ada preview movie Hell Fest dan tayangan cerita hantu dari producer Lynton V Harris. Serius scary hall dengan suasana rumah kedai kena tinggal plus ada pocong setiap seat. Itu belum time tengah khusyuk tengok skrin tetiba ada benda lain duduk sebelah kau. Au seram
4
perasan tak apa saya nampak sekarang....

Selain rumah hantu ni, bersedialah kena tegur dengan hantu-hantu berkeliaran satu taman ni. Setiap discreet ada berlainan hantu seperti clown, Valak, pontianak, coco, zombie, hantu kampung pisang, hantu suka potong kaki tangan, hantu cina dan hantu pelik tetiba-tiba je lalu tepi. Senang citer semua jenis hantu dalam dunia ada kat Sunway Lagoon. Biasa tengok dalam movie je. Terkejut tau kita. Nasib baik tak menjerit. Hahaha


Ni ada sneak video sempat saya rakam walaupun tangan berketar-ketar pegang kamera sambil jalan. Nak lagi real experience sila plug in earphone supaya dengar kami menjerit berjemaah dan sound effect in deep. Jangan risau lagu background best. Tak puas hati boleh datang sendiri ke Sunway Lagoon Nights of Frights 6 weekend ni. Ada brand?


Harga Tiket 
👻 RM 69 seorang (bersama Blood bag & Devil's Horn)
👻 RM 79 seorang Hell Fest Combo (Tiket wayang Hell Fest, tiket masuk NOF, Blood bag & Devil's Horn)
👻 RM 114 seorang Express Line (bersama Blood bag & Devil's Horn)

Nak lagi jimat boleh beli tiket dengan promosi khas. Mana tahu nak ajak classmate/officemate ramai-ramai. Boleh menyakat dalam rumah hantu kan.

👻 Maybank QRPay RM 90 seorang (tiket NOF + Express Line)
👻 Aeon Credit Services RM 55 seorang
👻 OUB Bank RM 55 seorang
 👻Hong Leong Bank RM 55
👻 Celcom RM 55
👻 Digi RM 55

Tiket masuk korang boleh beli secara walk-in kat pintu masuk atau website Sunway Lagoon
bermula 28 September hingga 31 Oktober ini, hanya pada hari Jumaat - Ahad. Pintu dibuka seawal jam 6.30 petang sampai 11.30 malam untuk korang merasai dunia hantu Night of Fright. Biarkan misteri menyelubunyi anda..hihihi

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wow nmpak menarik tp i mmg xkan masuk lerrr hehehe mmg xberani..

    ReplyDelete