Mulakan Pagi Dengan Susu Dutch Lady #StrongStart Breakfast Challenge

8:43 AM

Assalamulaikum & hi korang,

Pagi tadi breakfast makan apa je? Tepuk tangan sikit bagi anda yang tak lupa makan sarapan pagi. Btw minggu ni ada minum susu tak waktu breakfast? Ke dah lama tak minum susu?


Tahu tak sebenarnya banyak kebaikan yang boleh anda dapat dengan meminum segelas susu time breakfast? 

1. Memberi tenaga untuk sepanjang hari
Sarapan dengan segelas susu ketika waktu pagi bagus untuk beri tenaga dan stamina untuk memulakan hari tak kisah la pergi bekerja atau sekolah. Walaupun hanya bersama roti ia cukup sebagai nutrisi selain alternatif bagi anda yang mahu menikmati sarapan sedap, cepat dan mudah

2. Menguatkan tulang
Susu juga memberi kalsium yang baik untuk kesihatan tulang terutama bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Malah berkesan menaikan tinggi badan. Orang dewasa juga perlu minum segelas susus setiap hari untuk make sure tulang sentiasa kuat dan sihat. Nanti baru mudah nak angkat barang, naik tangga, berlari atau kemas rumah. Lelaki dan perempuan kena take note. 

3. Baik untuk gigi
Siapa tak mahu gigi yang kuat dan sihat kan. Cara paling mudah, amalkan minum susu bagi memastikan gigi mendapatkan kalsium cukup serta mengelakkan gigi berlubang, gusi berdarah atau kerandangan. 

4. Menaikan berat badan
Bagi anda yang mempunyai masalah kurang berat badan boleh diatasi dengan pengambilan segelas susu pada waktu pagi. Sangat membantu meningkatkan kemampuan serapan organ pencernaan kepada vitamin dan khasiat dari makanan. Protein dalam susu elok membina sel otot badan. 

5. Bagus mencantikan kulit
Tabiat minum susu setiap hari dapat membantu kulit sentiasa cantik. Sebab itu golongan hawa di zaman mesir mengamalkan mandi susu demi memastikan kulit sentiasa gebu, lembut dan putih. Tapi korang tak payah la tuang susu ke badan, cukup minum susu setiap pagi untuk maintain kulit sihat dan lembut. 

6. Kurangkan stress
Kalu ada masalah tekanan kerja, cuba minum segelas susu suam untuk mengurangkan stress dalam diri. Enzim dalam susu berkesan untuk meningkatkan hormone kortisol penyebab stress. Selepas minum susu, badan akan terasa relax serta otot-otot tidak lagi tegang. 


Sebab itu BBL sentiasa pastikan setiap pagi mesti minum segelas susu sebelum keluar rumah pergi kerja. Lagi bagus dapat macthing dengan sarapan untuk perut. Ha bercakap pasal breakfast tahu tak kenapa pentingnya makan pagi sebelum start buat apa jua aktiviti. No wonder mat salleh panggil "break fast" yang merujuk kepada berbuka puasa selepas 8 jam anda tidur waktu malam. Yelah dah tidur badan masih lagi berkerja seperti biasa dan bila bangun kita akan berasa lapar. Makan pagi dan minum susu memang combinasi cukup ngam untuk permulaan hari baru. 

So sepanjang last week BBL sangat rajin buat breakfast. Walupun simple tapi kenyang memandangkan freshly home-made. Ni lima hari menu sarapan saya dengan segelas susu Ducth Lady Full Cream.


Hari Pertama (Jumaat) : Susu Dutch Lady Pure Farm + Mee Goreng Ayam 
Bawa bekal mee goreng dan minum dengan susu. Ni sempat lagi breakfast sebelum masuk meeting jam 9 pagi. Siapa kata sibuk bekerja tak sempat makan dulu.


Hari Kedua (Sabtu) : Susu Dutch Lady Pure Farm + Roti Penuh Bijiran Kapit Ikan Tuna bersama Salad
Cewah english breakfast pagi weekend. Malam sebelum pergi beli barang groceries so sempat grab bahan-bahan untuk makan pagi. Simple dan penuh khasiat sayur-sayuran. Mungkin boleh buat sandwich ini bersama anak hujung minggu nanti. 


Hari Ketiga (Ahad) : Susu Dutch Lady Pure Farm + Nasi Goreng Teruna
Ahad bukan hari nak bermalas. Tengok lah agak rajin masak nasi goreng dan makan dengan susu sambil tonton YouTube. Bila pagi dah bersemangat, whole day jadi rajin nak basuh baju, kemas rumah dan siapkan entri blog.


Hari Keempat (Isnin) : Susu Dutch Lady Pure Farm + Bijiran Sarapan Koko + Pisang
Sebelum gerak pergi kerja, makan sikit buat alas perut dengan susu. Nak senang susu boleh tuang dalam bijirin dan minum. Tak lupa pisang buat makan masa turun lif ke kereta. Senang kan?


Hari Kelima (Selasa) : Susu Dutch Lady Pure Farm + Telur Separuh Masak campur kicap + Pisang
Ni breakfast paling simple saya buat last week. Dua biji telur rendam dengan air panas (5 minit) kemudian pecahkan dalam mangkuk. Tuang sikit kicap dah boleh makan panas-panas. 

Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!


Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah.

Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting. Saya dah minum, anda bila nak start minum susu?

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici