Gol & Gincu Vol 2 Memang Best! MESTI TONTON

8:42 AM

Assalamualaikum & hello internet.

Zaman sekolah menengah memang BBL follow rancangan Gol & Gincu sampai the movie. Kini selepas hampir 13 tahun, Gol & Gincu vol. 2 kembali lagi dengan cerita baharu tetapi masih mengekalkan jalan cerita berkisar 3F (friendship, futsal & fashion). Semalam saya dapat invatation untuk premier screening Gol & Gincu 2 bersama pelakon movie ini. Wah excited habis. Save the date 25 Oktober depan untuk tengok filem ini. 


Sinopsis Gol & Gincu Vol 2
Zakiah (Zak) dan Zakiah (Yaya) adalah dua pelajar universiti yang sama nama namun mempunyai personaliti yang jauh berbeza. Akibat tercetusnya pergaduhan di khalayak ramai kedua-dua gadis telah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pengurusan universiti untuk melakukan kerja-kerja amal sebagai teladan kepada pelajar-pelajar lain. 


Zak dan Yaya telah memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie. Sangkaan mereka meleset setelah menyedari bahawa kerja amal bukanlah mudah. Mampukah mereka ketepikan sikap prejudis mereka dan membantu Jijie dan gadis-gadis remaja tersebut atau adakah kehadiran mereka hanya memburukkan keadaan? Kenalah tengok sendiri di pawagan berdekatan.

Review BBL
Ini bukan sekual Gol & Gincu pertama tau tetapi masih mengekalkan jalan cerita lebih kurang movie pertama yang mana kalangan kawan mereka ada masalah berkaitan dengan kehidupan. Rasa throwback kenangan study uni tengok Zak & Yaya register masa first day dan time orientasi.


Awal cerita smooth je belum start konflik cuma kedua watak utama memang dari awal saling haters sebab dorang tak sebulu. Dah la masing-masing first day dah gaduh, then dapat sebilik bersama. Huru-hara dibuatnya. Babak kat rumah 3R barulah elemen friendship timbul. 

Yang best bila Sazzy Falak buat comeback jadi coach futsal. Satu hall bertepuk tangan tengok senior Gol & Gincu. Best part semestinya time charity fashion show dengan kehadiran real icon Gol & Gincu Vol 2. Nak tahu siapa yang datang kena tengok sendiri. 


To be honest BBL mengalir air mata sebab terharu tengok Gol & Gincu Vol 2 ni. Please standby tisu kot-kot korang pun sama menagis nanti. Hahaha well ni ada senarai ost Gol & Gincu 2

Rating BBL
🌟🌟🌟🌟

Promosi khas buat Movieclub, korang boleh dapatkan tiket Gol & Gincu Vol 2 serendah RM10 sahaja. Peminat-peminat yang mahu menjadi penonton awal filem Gol & Gincu Vol 2, tempahan tiket bagi tayangan awal filem ini di TGV pada 20 & 20 Oktober depan. 


Opss jangan lupa follow @GolGincu2 hastag #GolGincu2 di Facebook, Instagram & Twitter. Jom buat reunion tengok Gol & Gincu Vol 2 nak? BBL pun rasanya next week repeat tengok sekali lagi sebab tak boleh move on la.

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici