Rembat Minion Design Minggu Terakhir

12:18 AM

HANGAT! - Serbu karnival Cadbury di tesco Damansara
HANGAT! - Mandi sabun Lifebouy sambil menderma
HANGAT! - Nak Faizal Tahir datang beraya rumah korang



Mintak maaf lambat update entri ni. Sepatutnya lepas berjaya beli Minion BBL nak terus update tapi internet pulak buat ha. Geram betol.
Paling penting BBL dah rembat Minion rekaan minggu terakhir.
Fuh penat nak beratur malam tu. Tepat jam 10.47 malam BBL sampai di McD Dungun.
Waktu tu dah ramai cina tunggu Minion.
Terus cepat BBL duduk tempat paling dekat dengan pintu masuk, 
nanti senang nak masuk dalam.
Semakin dekat pukul 12 tengah malam, bertambah ramai customer datang semata-mata
untuk Minion ni. Masing-masing sibuk gelabah nak beratur depan sekali.

Yeah, waktu untuk Minion dah dekat. 15 minit sebelum jam 12 malam,
kaunter Happy Meal dibuka & semua yang ada terus terjah, nasib baik tak gaduh
macam kat Selangor sampai rosak pintu.
Untuk edisi terakhir, setiap pelanggan akan di beri 2 kupon.
2 kupon untuk membeli 2 set Happy Meal bersama 2 design Minion.


Pada kupon ada tertulis option untuk customer menderma Happy Meal jika
dorang hanya nak Minion semata. Tapi BBL beli & bawa balik buat sahur.
Paling syok, BBL antara 200 pelanggan bertuah dapat beli Minion ni 
sebab stok hanya cukup-cukup untuk 200 orang. 
Nasib baik datang awal, kalu tidak, melepas lah sudah


Bila dah sampai giliran BBL terus cepat-cepat buat payment & rembat Happy Meal
sebab tak sabar nak tengok Minion. Akhirnya Minion di tangan BBL!


Dalam masa 1 jam semua Minion habis di jual.
Memang sedih siapa yang datang lambat. 
Hahaha..


BBL ~ tak comel mana pun
[-'-]


HANGAT! - Mandi sabun Lifebouy sambil menderma
HANGAT! - Nak Faizal Tahir datang beraya rumah korang
HANGAT! - Serbu karnival Cadbury di Tesco Damansara


Suka entri ini? Jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan di...

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL