Jalan-Jalan Bersama BBL - Kota Singapura

1:00 AM



Fuh penat tapi seronok tak terkata.
BBL baru je balik dari trip ke Singapura hujung bulan Mei.
Walaupun hanya 4 hari 3 malam bermula 26 -29 Mei 2013
ternyata penat lelah handle trip kelas semester ini berbaloi-baloi.
Ringkasnya, jom check out diari sepanjang BBL di kota singa.

Hari Pertama : Rabu (26 Mei 2013)

Tepat jam 8.00 pagi kami bergerak dari UiTM Terengganu dengan
muka sangat teruja nak pergi jalan jauh.
Perjalanan dari Terengganu memakan masa 7-8 jam,
itu pun campur dengan berhenti makan & rehat.
Dalam pukul 7 .00 petang kami tiba di Johor Bharu.
BBL tidur semalaman di JB sebelum masuk ke Singapura keesokannya.
Kat JB banyak hotel murah tapi paling penting buat servay dulu
di internet untuk harga hotel paling murah mengikut bajet korang.

Sebelah malam kami singgah ke JB sentral untuk tukar duit Malaysia ke Dollar Singapore.
Fuh, jadi miskin kejap bila kadar tukaran Singapore lebih tinggi berbanding Ringgit.
Soal duit letak tepi asalkan tahu nak berjimat cermat.
Buat permulaan BBL tukar RM250 & dapat SD $102.00
 tapi esoknya tukar lagi RM500.


Hari Kedua : Khamis (27 Mei 2013)

Penat duduk dalam bas tak habis lagi dah kena bangun awal 
untuk ke JB Sentral. Nasihat BBL, lebih baik pergi awal untuk elak dari bersesak.
Untuk trip Singapore, BBL guna pasport berkumpulan sebab BBL tak ada passport sendiri.
Menyesal tak buat untuk diri sendiri. Rasa macam budak sekolah nak kena beratur
depan imegresen sebab depa nak tengok muka sorang-sorang.


Sejurus urusan pasport selesai, kami bergegas ke terminal bas di tingkat bawah
untuk ke Singapore. Tambang RM1.30 untuk setiap penumpang.
Paling leceh bila sampai di imegresen Woodland sebab proses nak cop pasport sangat ketat.
Biasalah kalu nak masuk negara orang kenalah ikut peraturan.

Alhamdulilah semua rombongan lepas pemeriksaan imegresen.
Destinasi pertama kami di sana ialah Woodland MRT Stesen.
Waktu sampai kat sini rasa macam terpinga kejap sebab
terfikir macam mana nak guna benda alah ni (MRT)
tapi jangan risau, orang Singapura sangat mesra dengan pelancong.
Proses beli tiket MRT sama macam beli tiker LRT/Monorel.
Masukkan duit dalam mesin self services & keluarlah pass.


Tutorial nak guna MRT :

1. Tekan destinasi pilihan
2. BBL lebih prefer pilih destinasi mengikut nama stesen 
dari korang pilih stesen mengikut MRT map. (nanti pening)
3. Masukkan jumlah - maksimum 3 pas boleh dibeli dalam satu transaksi
4. Tada, pas akan keluar sekali dengan baki (kalu korang masuk lebih dari jumlah tertera)
5. SIMPAN elok-elok pas MRT ni sebab korang nanti hanya top up untuk ke
stesen berikutnya.

Contoh : 

Tiket Woodland Stesen ke Jurong East Stesen - SD $2.00
Bila dah sampai Jurong East Stesen mestilah keluar kan &
korang akan kembali ke Jurong East Stesen untuk ke stesen lain.
Kemudian korang nak pergi pulak Marina Bay Stesen,
hanya pergi ke mesin self services, touch pas korang pada pad khas,
tekan Marian Bay Stesen & masukan SD $2.00.
Automatik pas tu dah boleh guna semula.
Kalu tak, harga tiket jadi $2.30 tak silap & $.030 untuk caj tiket.

check list harga MRT --> www.smrt.com.sg/Trains/NetworkMap


Sepanjang perjalanan korang akan lihat pelbagai bangunan unik &
rumah warga Singapore. Sayang BBL tak sempat nak snap.
Tempat pertama kami lawati ialah Nyanyang Technologycal University (NTU).
Saiz universiti ini sangat besar & walaupun hanya mempunyai 2 lorong jalan raya
tapi sistem aliran trafik sangat lancar. Kebanyakan pelajar NTU guna bas awam atau
bas universiti yang berkeliaran dalam kampus.


Tengok bus double dacker dalam kampus sahaja, tak payah terbang pergi London.
 Kami dibawa melawat sekitar fakulti perniagaan.
Suasana kelas sama macam Malaysia cuma pensyarah kebanyakan 
adalah dari luar Singapura. Paling seronok cafe fakulti, makan murah & sedap.
Harga fresh juice cuma $1.20 & mee kari $1.50.
Pesan BBL, jangan covert setiap barang korang nak beli, alamatnya tak makan la.
Buat-buat macam membeli dengan harga Ringgit. Itu lebih senang.

Selesai destinasi pertama, kami berpatah balik stesen MRT untuk ke
ChinaTown, misi mencari hotel. Tak sabar nak baring atas katil nanti.
Di Singapura kami tinggal di Backpaker's Inn.




Kadar sewa sehari $25 seorang. Lagi pun BBL rasa cukup selesa
dengan fasiliti yang ada & paling penting wifi percuma.
Korang boleh telefon untuk booking terlebih dahulu.
Jangan lupa untuk tawar menawar jika korang tempah untuk berkumpulan

  Telefon --> www.backpackersinn.com.sg

Bila dah sampai negara orang tak sah kalu tak cuci mata
tengok kereta orang Singapura.


Pada sebelah malam, kami melawat sekitar Marina Bay.
Paling penting map & rancang tempat akan dilawati.


Paling seronok bila dapat pergi Mustafa Centre.
Pusat membeli belah yang dibuka 24jam sehari 7 hari seminggu 265 hari setahun.
Ibaratnya kat Malaysia macam 7Eleven tapi Mustafa Centre sangat besar.
Mungkin sebesar Aeon Terbau City Mall atau Aeon Melaka atau Perangin Mall
atau separuh Mid Velly Megamall. BBL masuk pukul 9.30 malam &
bila keluar tengok jam dah 2 pagi. Serius BBL cakap tak puas berjalan
dari tingkat bawah sampai tingkat paling atas. 


Pelbagai barang boleh korang beli di sini seperti minyak wangi (original), jam tangan,
kain, baju, kasut, barang eletronik sehingga barang dapur.
Kat sini pun syurga coklat macam Langkawi.
BBL nak beli coklat tapi was-was Halal ke tidak.

Orait. Cukup dulu untuk hari pertama BBL di Singapura.
Tunggu episode 2 pulak ye.


BBL ~ kali ke 2 jejak negara orang
[=.=]




suka entri ini? jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan di...

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici