iPad Mini 2 Dari Salam Media

8:30 AM



Assalamualaikum blogger terhebat BBL!
Tengok tajuk entri mesti excited habis kan.
Ya, Salam Media nak bagi iPad Mini 2 secara percuma.


Tapi kejap, Salam Media tu apa ye.

Untuk pengetahuan terbaru korang, Salam Media adalah sebuah agensi pengiklanan media
berlandaskan syariah lebih kepada Islamic Marketing Agency.
Sekarang ini iklan kat blog pun dah berpaksikan syiar Islam. Alhamdulilah.
Paling penting ia miliki sepenuhnya oleh Muhamad Edwin Masripan dari blog Noktahhitam.

Paling penting, Salam Media bertindak sebagai komuniti blogger & pengguna media
yang sentiasa bersedia berkongsi sesuatu jenama mereka suka bersama pembaca blog
terutama pengguna Islam. Matlamat Salam Media adalah untuk menjadi 
platform pengiklanan mematuhi syariah, telus & dipercayai di Malaysia.
Buktinya, Salam Media tidak akan menyiarkan iklan-iklan atau event berunsurkan
alkohol & diskriminasi terhadap wanita atau kanak-kanak.

Salam Media juga memberi keistimewaan kepada blogger untuk 
menyertai event, menulis entri review termasuk entri berbayar (advertorial)
sekaligus memberi duit poket lebih yang semestinya halal.

Rasanya Salam Media boleh berjaya memandangkan lebih 1,000 blogger
dengan 10 juta pageviews setiap bulan menerusi platform masing-masing.
Masa depan pemasaran produk kini sangat bergantung kepada media digital.
Dengan beribu-ribu blogger yang berdaftar di bawah satu bumbung,
Salam Media boleh memanfaatkan pembaca, stalker, kawan-kawan,
pak cik, mak long atau sesiapa saja yang melihat iklan melalui cara berkesan,
iaitu promosi dari mulut ke mulut.


Bagi BBL, satu kewajipan untuk blogger terutama blogger Islam mencari sumber rezeki halal
termasuk dunia blogging ini. Kini apa saja aktiviti kita lakukan mestilah
berpaksikan Islam supaya setiap nilai wang ringgit di perolehi berkat di sisi-Nya.


Lupa nak bagitahu, sehingga 31 Disember 2013 Salam Media membuka 
pintu seluas-luas untuk pendaftaran blogger selain cabutan bertuah sebuah Mini iPad 2.

Syarat pun cukup senang, cuma buat satu entri mengenai Salam Media &
 lengkapkan pendaftaran. Jangan buang masa sebab dah nak hujung tahun ni,
kan melepas pulak iPad Mini.

Ini borang pendaftaran --> Borang pendaftaran Salam Media

BBL ~ rezeki makin bertambah berkat
[^-^] ~*~ amin

HANGAT! Rasai pengalaman berjalan dengan Dinasour

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di... 

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. http://myrujukan.com/salam-media-pengiklanan-islamik-terbaru-blogger-malaysia/

    saya dah join dah, ramai betul yg join

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana menyertai peraduan ini.

    Kami akan cuba yang terbaik untuk membawa advertorial kepada bloggers.

    ReplyDelete