Duit Raya Dari Kerajaan Terengganu

11:28 PM


Assalamualaikum & hello there, 

Alhamdulilah dapat lagi duit raya selepas duit raya dari Churp-Churp 2 minggu lepas. Kali ini duit raya Dana Remaja khas buat remaja Terengganu berumur 21 tahun hingga 40 tahun yang masih bujang. Ahak BBL masih lagi single jadi layak mohon dana raya ni. Bantuan RM200  setiap belia di agihkan bermula minggu pertama Ramadhan tapi baru semalam dapat baucer ni. Orang nak kasi duit raya tak kan nak jual mahal tak nak terima duit raya kan. Boleh buat beli sepasang baju lagi tapi rasanya dah cukup baju raya tahun ni. Macam biasalah, buat pekasam dalam ASB la. Terima kasih ya Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman

Paling havoc waktu nak beratur claim duit di Bank Simpanan Nasional. Tu dia ramainya orang nak claim duit. Ini pun BBL dah terpacak jam 8.00 pagi walaupun bank mula dibuka jam 9.00 pagi. Bukan sebab mata duitan tapi lecehlah datang lambat nak tunggu lama-lama macam buang masa. Lebih baik duduk rumah blogwalking kan.


Lega berjaya jugak claim duit raya walaupun tersesak nafas ala cerita Running Man. Lepas tu terus deposit dalam ABS di Maybank. Habis cerita hari ni.


BBL ~ terima kasih MB
*\( ̄ρ ̄)/*


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

5 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wah..oklah tuh..menabunglah demi masa depan..hehehe..selamat hari raya in advance :)

    ReplyDelete
  2. wah ! nak dok ganu lah ... alhamdulillah , rezeki ramadhan .

    ReplyDelete