Koronolgi Nahas Pesawat Malaysia Airlines MH17

9:42 AM



12.03 am : 17 Julai 2014 Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan kejadian terbaru menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine. Menurut tweet MAS, pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 295 penumpang. 


Pesawat malang tersebut dijangka mendarat di KLIA pada 18 Julai 2014 jam 6.09 pagi (waktu tempatan) namun telah terputus hubungan dengan menara kawalan & kedudukan terakhir di ruang udara Ukrainine. Boeing 777 terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko. 


Sementara itu, BBC Breaking News melaporkan kejadian tersebut sejurus pesawat MH17 terhempas & kini menjadi viral video kepulan asap dikatakan datang dari pesawat malang itu. 



12.51 am : Update terkini status Malaysia Airlines & sidang media akan diadakan sekitar jam 4.00 pagi di bilik gerakan kecemasan bertempat di KLIA.


Jurucakap Malaysia Airlines telah mengesahkan "insiden" berkenaan telah menerima pemberitahuan daripada Ukraine ATC bahawa ia telah terputus hubungan dengan penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) pada 30km dari Tamak waypoint, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine. 

Penerbangan MH17 beroperasi pada Boeing 777 berlepas Amsterdam pada 12:15 (waktu tempatan Amsterdam) dan dianggarkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di 06:10 (waktu tempatan Malaysia) pada hari berikutnya. 

Sementara itu penduduk tempatan mengambil gambar serpihan pesawat MH17 sekitar kawasan kemalangan. 


12.53 am : Update senarai para krew pesawat MH17 seramai 15 orang & kesemua warganegara Malaysia. 




1.10 am : Update keadaan kawasan kemalangan di  Ukraine dekat sempadan Rusia





1.36 am : kapal terbang lain sedang menjauhi kawasan udara Ukraine. Pihak Malaysia Airlines membatalkan 10 jadual pergi balik melibatkan penerbangan pelepasan yang dibatalkan adalah Krabi, Kuala Namu, Kota Kinabalu, Taipei & Langkawi manakala penerbangan ketibaan yang dibatalkan adalah dari Beijing, Langkawi, Dubai, Kuching & Guangzhou.


1.40 am : Tweet dari Intan Maizura mengenai nahas MH17 sangat menyentuh hati 


1.49 am : Berapa pasport milik penumpang MH17 di jumpai sekitar kawasan kemalangan oleh penduduk tempatan. Namum agak menghairankan pasport masih dalam keadaan elok walaupun hampir seluruh badan pesawat musnah terbakar.



2.00 am 3 Penumpang Pertama Yang Disahkan Meninggal Dunia

1. VDM Sophie Charlotte 2001 Netherlands
2. V. K. Allard Tomas Netherlands in 1997
3. Sanjid Singh Sandhu Jijar Singh in 1973 in Malaysia.





2.15 am : Video amatur rakaman bagaimana pesawat MH17 terhempas.



2.45 amAntara penumpang cilik yang sempat berselfie & berapa status update penumpang sebelum pesawat terhempas & terbakar serta mengorbankan semua penumpang sekali.



3.18 amSenarai tidak rasmi penumpang MH17:
Belanda 143
Australia 27
Malaysia 20 ( 2 bayi)
Indonesia 11 (1 bayi)
British 6
Jerman 4
Belgium 3
Filipina 3
Kanada 1
Tidak diketahui 62
Jumlah 280
Kru teknikal 4 lelaki
Kru kabin 11 (3 lelaki / 8 wanita)
Semua kru warga Malaysia
Jumlah keseluruhan 295
Jumlah warga Malaysia 35

10.00 am : Biografi Beiong 777 serta senarai penuh jumlah krew & penumpang MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur



1.11 pm : Video Instgram yang sempat diupload oleh penumpang pesawat MH17 sebelum berlepas ke KLIA semalam. Kelihatan pramugari sibuk mengangkat beg penumpang ke kabin board & suara ketua kapten memaklumkan destinasi penerbangan.



Turut menjadi perhatian berapa gambar tiket penerbangan MH17 yang sepatutnya dinaiki oleh penumpang namun kuasa Allah mengatasi segala-Nya.



IMEJ satelit menunjukkan lokasi Pesawat Penerbangan MAS MH17 yang terhempas di Ukraine. 


Nanti update terkini seterusnya.


Sesungguhnya dari Allah kami datang & kepada-Nya kami kembali. Bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat krew & para penumpang beragama Islam. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin.

                                                           BBL ~ #PrayForMH17
( ̄ρ ̄)


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Sesuatu yg kita pelajari tentang kehilangan dan yang ditinggalkan adalah kekuasan Allah dalam setiap perjalanan hidup kita. Alfatihah.

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah dan takziah buat smua keluarga mangsa..:)

    ReplyDelete
  3. semoga keluarga mangsa MH17 tabah menghadapi ujian dari ALLAH S.W.T

    ReplyDelete