Menangis Tengok Big Hero 6

7:18 PM

Assalamualaikum & hello there,



Siapa dah tengok movie Big Hero 6? Sila jangan angkat tangan. Hahaha semalam baru BBL sempat tengok Big Hero 6 walaupun lambat sikit dari korang. Wishlist akhir tertunai jugak nak tengok movie percuma. Terima kasih Maxis untuk hadiah free TGV movie ticket. 


Sedikit sinopsis Big Hero 6

Movie ini menceritakan kisah seorang remaja super pintar, Hiro Hamada yang sering melibatkan diri dalam permainan robot haram di bandar San Fransokyo (inspirasi oleh San Francisco & Tokyo). Abangnya, Tadashi sangat risau perangai adiknya lalu mengajak Hiro ke makmal robotik & bertemu dengan kawan-kawan Tadashi yang super genius. Bila dah tengok Fred, Wasabi, Honey & Go Go Tomago bersama ciptaan luar biasa termasuk robot ciptaan abangnya, Baymax - robot nurse peribadi. Si Hiro menjadi sangat teruja nak belajar di universiti robotik. 

Ciptaan mikrobot oleh Hiro telah menarik minat Professor Callaghan & Krier. Akhirnya Hiro berjaya melayakkan diri ke sekolah tersebut. Namun tidak disangka abangnya telah mati dalam kebakaran apabila Tadashi cuba untuk menyelamatkan Professor Callaghan yang terperangkap dalam kebakaran. Hiro berasa amat tertekan dan sedih dengan kematian abangnya. Tidak disangka abangnya telah meninggalkan ciptaan robotnya yang bernama 'Baymax'. - ini part paling sedih & kelakar.

Hiro berasa hairan microbot ciptaan cuba untuk menunjukkan sesuatu yang pelik dan dia bersama Baymax telah pergi ke suatu tempat. Ditempat itulah Hiro telah menemukan ada orang lain yang telah mengklon microbot ciptaannya. Barulah Hiro sedar kematian abangnya bukan satu kemalangan tetapi pembunuhan. 

Bersama-sama rakan abangnya Fred, Wasabi, Honey dan Go Go Tomago, Hiro telah menubuhkan kumpulan Wira berteknologi iaitu Big Hero 6. Hiro telah mencipta baju dan alatan khas termasuk Baymax yang mampu untuk terbang untuk mencari pembunuh tersebut. Tetiba jadi cerita superhero nak melawan penjahat. 

End of story ialah...eh mana boleh cerita. Tu kena tengok sendiri. Korang dah tengok Big Hero 6 sila diam, shhy... jangan bagitau.


Kejap gelak ketawa & kejap menagis

Ada 2 part BBL menagis mengalahkan tengok drama korea. First waktu Hiro mengamuk nak bunuh Professor Callaghan tapi Baymax berjaya tenangkan Hiro dengan video rakaman abangnya mencipta Baymax. Second last part waktu Baymax nak let go Hiro & anak Professor Callaghan (dah lupa nama la) dalam mesin merentas masa ala black hole gitu. Weh, tersentuh hati kejap. Pandai betul pengarah main feeling penonton. 

Kenapa korang patut tengok Big Hero Six?

Memandangkan cuti sekolah dah bermula, so its the best time bawa adik-adik hangout tonton movie dari pengarah most viral movie 2014, Frozen, Tangled & Wreck-it Ralph. Seriuz tak rugi tonton movie ni. Latar belakang movie inpirasi Jepun sebagai negara aktif dengan robot kiut miut. 

Rating BBL - 4 bintang


BBL ~ aduhai si belon Baymax
(^,^)/O

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

18 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. bestkan! Azwar semalam baru tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baymax sangat comel kan.. nak je peluk ketat2

      Delete
  2. last week dh tgk...
    mmg sdih la gak sbb... hehehehehe... xleh bgtau lak tkut spoiler kat org lain..
    tp crite nie mmg best la.. wjib tgk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh laju je tengok movie ni... memang sedih kalah tengok drama korea..

      Delete
  3. memang best cerita macam ni. Sesuai tengok seisi keluarga.

    ReplyDelete
  4. sy tengok ni dua kali. tak menangis tapi sebak je. scene paling sedih bila hiro mengamuk dgn baymax sbb baymax selalu mention kat dia pasal abg dia. yg second bila dia tengok video abg dia tu. and last scene masa baymax terpaksa sacrifice himself huhuhu. sedihhhhhh. tapi nasib baik dia ada lagi :D

    ReplyDelete
  5. kalau sedey sangat tak nak tengok la... huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala cik Lily tak lah sedey sangat pun.. sedey manja2 je

      Delete
  6. memang seronok tgk cerita nie.. i felt what u feel

    ReplyDelete
  7. x sempat nk tengok.. klau citer wreck it ralph tu, mmg minat giler.. menangis gak tengok citer tu.. lepas ni nk kena cari download la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer wreck it ralph best giler tapi big hero 6 super best giler.. kalu download tu tak sure boleh menagis ke tak hehe

      Delete
  8. Waaa tak dapat lagi tengok cerita ni T_T Nak tengokkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi je tengok kat TGV, tiket RM8 je Rabu ni

      Delete
  9. Replies
    1. cuti sekolah kan dah start, jom tengok ramai-ramai

      Delete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL