Whatsapp Kena Bayor!

10:14 PM

Assalamualaikum & hello there,

2 3 hari ni BLL asyik terima mesej whatsapp macam gambar ni. Korang ada terima tak?



Kalu sorang je hantar tak jadi masalah tapi bila hantar 567 juta kali mesej ni tak hang jadinya si telefon tu. Okay ini tindakan korang bila berhadapan isu whatsapp kena bayar.


1. UNINSTALL Whatsapp & INSTALL balik.

Taktik ni BBL pernah buat tahun lepas. Sama jugak kaedah spam, hantar mesej kononya Whatsapp dah over doss hang & kena bayar kalu nak teruskan guna whatsapp. Hasilnya expired date whatsapp BBL pada 31 May 2015. Ops. nanti nak expired kita uninstall je balik lepas tu dapat sambung lagi 1 tahun.


2. LINE, WeChat, BeeTalk, Telegram, Viber, Kik, Link, Tinder kan hado

Please jangan seolah esok last day boleh whatsapp, apa nak kalut? Banyak lagi apps chating dalam Google Play & Apps Store. Cuba chat pakai Telegram yang almost sama fuction seperti Whatsapp. Biar padam muka Mak Zukerberg nak sangat caj guna Whatsapp.


3. Kembali ke dunia SMS

Bila kali terakhir korang SMS kawan baik? cuba ingat balik..adakah semalam? minggu lepas atau 3 bulan lepas? ke dah tak ingat sejak guna Whatsapp ni.. so, bukan masalah besar bila whatsapp sudah tak free. Guna je sms nak chat gosip. 

Untuk infomasi korang, whatsapp ni dah lama hang sebelum Mark Zuckerberg beli lagi. Tahun 2014 saja ada 420 juta orang guna whatsapp untuk chit chat, gosip, hantar video & sembang dalam group. Maka tak hairan bila spam kononya whatsapp dah over dos dengan mesej korang. 


Kredit : statista.com
BBL ~ huru hara betul
[o.o]''

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

18 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. yes. mmg ade org hantar mesej gini.. kosser la nak layan.. baca pun tak.. hahahahaa

    ReplyDelete
  2. virus ni dah mula balik....ramai sangat orang sent aku mesej macam ni...adoi...stress pula kadang-kadang tu...

    ReplyDelete
  3. Dah berapa kali dah dpt mesej cani.. Dari tahun2 lepas lagi.. Wat tak tau je.. Haha!
    RosmizaAliDotCom

    ReplyDelete
  4. dah biasa guna sms ... telegram baru lagi n mmg sama pun functionnya .... sepatutnya klu dah tukar pemilik tu , upgrade lah yg lbh awesoma kan ...

    ReplyDelete
  5. tak pernah pulak dapat mesej macam nih.huhu.

    ReplyDelete
  6. hish..dpt jgk! xsuke btol..huhu..rse semak inbox.

    ReplyDelete
  7. setakat ni tak dapat lagi spam macam ni

    ReplyDelete
  8. dapat mesej ni jugak tapi pedulikan hahaa.. dia soh bayar kita guna cara lain.. bukan nye susah pun..
    tapi CT tak penah plak uninstall.. selalu buat tatau aje

    ReplyDelete