Penguins of Madagascar Movie - Hanya Untuk Budak-Budak

11:39 AM

Assalamualaikum & hello there,

BBL memang suka movie genre kartun..nak-nak hasil kerja DreamWoks Animation cuma Penguins of Madagascar kali ni kurang umph. Itu pandangan BBL ye.



Trailer Penguins of Madagascar Movie 



Sinopsis Penguins of Madagascar Movie


Mengisahkan 3 ekor penguin, Skipper, Kowalski, & Rico. Mereka ni dah bosan asyik hidup mengikut kitaran alam semula jadi hinggalah terjumpa sebiji telur penguin kebetulan lalu tepi sekumpulan penguin. Di situ Skipper (ketua kumpulan) mula memberi arahan menyelamatkan telur tu secara tidak sengaja lahirlah Private (si telur tu) & terus menjadi ahli anggota mereka. Sebelum tamat cerita Madagascar 3 : Europe's Most Wanted, si penguin berempat ni decide terbang dari sarkas tu untuk celebrate birthday Private di Fort Knox dengan menghadiahkan Private jajan Cheesy Dibbles. Malangnya mereka berempat diculik oleh Dave, seekor sotong kurita menyamar sebagai Dr. Octavius Brine.


Di sini The Penguins baru tahu bahawa si Dave ni nak balas dendam kes jelly bean (jealous). Sebelum ni si Dave sangat famous amous dalam Central Park Zoo sebelum The Penguins datang merampas semua peminat setia si Dave. Maka bermula niat jahat si Dave menukar kecomelan penguin-penguin ala zombie minion (yang warna purple) dengan serum squid henchmen. 


Bertuah nasib badan, mereka berempat diselamatkan oleh North Wind - sekumpulan ejen rahsia elit bertindak menyelamat binatang yang lemah. Ahli North Wind terdiri seekor serigala bernama Classified, anjing laut bernama Short Fuse, beruang kutub utara bernama Corporal & seekor burung hantu bermata cantik bernama Eva. Si penguins di bawak ke pangkalan rahsia North Wind & titiba si Dave video call dengan mereka untuk memberi amaran akan menculik semua spesis penguin di dalam zoo seluruh dunia dalam misi membalas dendam. Waktu ni team North Wind & The Penguins bergaduh nak show off siapa agen rahsia paling hebat menghalang si Dave dari meneruskan misi jahat membalas dendam & menculik semua penguin dalam zoo. 

End of story tu.... eh kena tengok sendiri okay kat cinema.

--------------------------------------------------------------------------------------
Komen BBL

Mungkin kepala BBL masih di hantui movie Big Hero 6 minggu lepas. Expectation BBL movie The Penguins lebih hebat dari Big Hero 6 ternyata salah. Seriuz semalam tengok movie dalam TGV mostly semua seat adalah kanak-kanak. Orang dewasa pun mak ayah, abang atau kakak teman budak-budak nak tengok cerita penguin ni. Lagi pun movie penguin The Feet lebih ohsem dari Penguin of Madagascar. Oh tidak, hilang mood nak gelak sakan. Ada beberapa scene kelakar tapi banyak juga tak menepati standard biasa movie kartun. Mungkin target DreamWork Animation kanak-kanak bawah 12 tahun yang tak tahu apa. Ha, semalam pun tengok movie pun bising suara budak-budak jerit alahai kesian dia sampai satu hall gelak dek suara cute penonton cilik tu.

Untuk sapa-sapa nak bawak anak atau adik sila suruh dorang tonton movie Penguin of Madagascar ni. Sure melompat lompat atas seat cinema tu. 

Rating : 3.5 bintang

BBL ~ tunggu Spongebob the movie la
(¬、¬)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

10 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Hei lama dah x layan kartin dekat wayang. Last rasanya tgk madagascar 2tahun lepas wahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, last madagascar : europe most wanted tu last kan

      Delete
    2. tu tengok 3D rasa nak join sekaki dalam movie

      Delete
  2. Replies
    1. comel tapi tak comel la waktu the penguins kecik..

      Delete
  3. BIG HERO THE BEST MOVIE . KARTUN TERBAIK MAYBE

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. starting tu macam excited nak tengok tapi lama2 terus bosan..

      Delete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL