Jalan-Jalan : Teluk Bidara, Dungun Terengganu
5:39 PMAssalamualaikum & hello there,
Dungun is my hometown. Terengganu sangat terkenal dengan persisir pantai yang cukup menarik terutama kawasan teluk. Kat area Kampung Seberang ada satu teluk paling win dalam daerah Dungun terutama untuk sesi berkelah & mandi laut. Hari Jumaat. Sabtu & cuti umum confirm penuh dengan pengunjung termasuk pelancong luar. Kadang-kadang ada mat salleh berjemur di kawasan pantai Teluk Bidara, lagi pun jarak dari teluk ke Tanjong Jaya cuma 8 minit je.
Waktu sesuai mandi, berkelah & sesi pre-wedding
- Awal Febuari hingga akhir September (tidak digalakkan mandi pada musin tengkujuh)
- Waktu pagi hingga petang (bergantung pasang surut air)
- Jangan mandi berseorangan kecuali dengan pelampung
Cara nak pergi Teluk Bidara
- 10 minit perjalanan dari UiTM Dungun & Politeknik Dungun
- 15 minit perjalanan dari Rantau Abang
- Cari Kampung Seberang & ikut laluan persisir pantai. Dah boleh jumpa teluk
Waktu BBL datang teluk ni pukul 11 pagi hari Selasa. Tak ada orang kecuali pak cik tengah menjala ikan tepi pantai. Air pantai sangat jernih tapi awas kadang-kadang dalam jugak. Tu namanya pembiasan cahaya. Pasir sangat putih tambah lagi cuaca terik matahari seeloknya pakai sunblock dulu sebelum datang sini. Orang kampung tak payah pakai sunblock termasuk BBL. Tu yang burn terbakor sikit. Hahaha
Hujung Teluk Bidara adalah kawasan bukit batu, texture batu sangat cantik macam kena hiris dengan pisau. Awas, batu ni sangat tajam. Boleh luka tapak kaki kalu jalan ala catwalk.
Side paling cantik bila korang ke sebelah bukit. Ada 2 cara nak ke sebelah bukit samaada ikut laluan gua (jika air surut) atau ikut laluan denai tepi bukit. Kawasan ni agak berbatu tapi kalu korang nak mandi boleh tapi berhati-hati dengan arus air laut ya.
Kalu korang nak tengok sunrise pun boleh tapi kena datang awal la. Kawasan persisir pantai yang agak panjang sesuai untuk aktiviti berjoging waktu petang. Kalu terasa lapar atau dahaga jangan risau sebab ada banyak gerai mak cik jual goreng pisang & air kelapa.
Itu salah satu tempat menarik di Dungun. Ada beberapa lagi tempat mesti terjah bila sampai ke Dungun. Nanti BBL update lagi okay
BBL ~ 1...2....3.... lompat!
୧(﹒︠^^﹒︡)୨
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
18 Budak Suka Minum Bandung Laici
cantiknya pantai sana kan...air pun cantik..sedap ni mandi manda
ReplyDeletemusim panas sekarang ni seronok dapat mandi laut
Deleterindunya my hometown T_T
ReplyDeletesabor sabor ye
Deletewah ada buai! best tu buat berangan! haha
ReplyDeletekan.. terus tak sedar dah magrib
Deletecantiknya view dia...ke camera taktik je ..hehehe..prenah g dungun tapi tak sampai sana lagi
ReplyDeleteView pantai sangat cantik.. edit bagi warna jadi contra je
Deletecantiknyaaaaa. kene pergi ni. mesti!. hehe
ReplyDeletedatang Dungun jemput singgah ye
DeleteSally baru skali je ke Dungun...itu pun masa kecik (tak kecik mana) hhahahaha
ReplyDeleteada masa nanti bercuti ke Terengganu jangan lupa singgah ye
DeletesubhanAllah, cantiknya pemandangan. tak pernah lagi sampai sana. kalau pergi tengah tak ramai orang baru feel lebih sikit :)
ReplyDeletebetul tu. bila tak ramai orang baru seronok nak mandi manda
DeleteCantik giler tempat ni!
ReplyDeletekan.. best dapat mandi manda
Deletecantik sangat pemandangan nya.
ReplyDeletepergh.. siap ada 'segmen' jom jalan2 bersama bbl..
ReplyDelete