Keriangan Berganda Bloggers Pool Side BBQ Party

4:55 AM


Assalamualaikum & hello there,

Semalam ada Bloggers Pool Side BBQ Party di Opal Damansara anjuran blogger Sidney Kan. Fuh meriah petang semalam dengan ramai blogger siap bawak suami, isteri plus anak-anak. Dah jadi family gathering pulak. Antara selebriti blogger hadir termasuklah Fatin Bella, Kifly, Tatie, Mahamahu termasuk BBL yang malu-malu kucing parsi. Waktu BBL sampai pukul 2 petang cuaca elok lagi tapi sejam lepas tu awan mendung dah datang. Sekali bergema lagu sudirman..

"Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang"

Nasib baik hujan kejap je & barulah bermula episode keriangan kami BBQ sambil santai tepi kolam Opal Damansara. Kecoh satu area pool dengan suara budak-budak berlari terjun dalam kolam. Suara blogger bersembang tak payah cerita la, nasib baik residence kat atas tak jerit bising.

Keriangan Makanan

Majlis petang tu di sponser oleh Bakarlah BBQ. Amik hang, semua menu BBQ ada, ayam, daging, udang, ikan besar & kecik. Tak cukup krew Bakarlah duk bakar makanan, sekali blogger masuk jadi tukang bakar. Yelah siapa tak tahan bau ayam bakar menusuk kalbu. Siapa boleh tahan kan. Thumbs up daging BBQ yang lembut super sedap. Maaflah kalu muka kami je asyik beratur ambil makanan. Hahaha


*Bos besar Bakarlah BBQ tengah bakar daging. Wallah!


Bekalan seafood dari GST Group sangat banyak sampai penat mulut nak habiskan semua. Mulanya BBL pun pelik kenapa ada GST Group jadi tukang sponser. Hebat betul Sidney mintak sponser dengan kerajaan. Rupanya GST ialah nama komersial bagi Goh Siong Tee Marine Sdn Bhd. Haha maklumlah GST kan dengan famous sekarang.

 

Eastin Hotel ada sponser 3 biji kek. Semua sedap tapi sayang tak sempat nak rasa. Nasib baik sempat snap gambar. Adoi sedihnya.

 
  

Keringan Face painting & Kids Jewellery

Face Painting by Fannie pun ada sampai panjang que budak-budak beratur nak buat painting muka. Pre-tester mesti mak blogger dulu painting muka. Meriah muka nak selfie nanti. Make-up dah terlalu mainstream kan. 

  

Booth ELS & Kelvin Gems meriah dengan kids jewellery. Masing-masing berebut nak pilih pearls, diamonds & aksesori untuk buat rantai leher & gelang tangan. On the spot boleh pakai terus. Bergaya betul anak blogger mandi kolam dengan pearls kat leher. 

 

Keriangan Berganda Sesi Photoshot

Yeah ini part paling havoc sepanjang party BBQ semalam. Kami sangat bertuah kerana Zung the Ninja Photographer sudi menjadi gold sponser merakam detik kami mencekik   seafood BBQ. Zung ni sangat terkenal dengan seni photo twilight & black white. Dah banyak orang kenamaan & selebriti mengabdikan gambar dengan khidmat Zung termasuk Donald Trump, Dalai Lama, Andrea Bocelli, Michelle Yeoh, Tun Abdullah (bekas perdana menteri ke 5 Malaysia), Yang Di Pertuan Agong ke 9 Sultan Azlan Muhibuddin Shah, Richard Branson atau baca sini - Zung The Ninja Photographer. Terbaru Zung muncul dalam iklan terbaru Samsung S6 Edge mengenai mutu kamera & hasil gambar dengan S6. Cayalah!


*que panjang benor nak Zung ambil gambar Twilight..


Semalam ada 2 sesi iaitu twilight potret & black white. Part gambar black white kena tunggu minggu depan baru boleh tengok hasil gambar. Yes! tak sabarnya.


*Sumpah terus jadi kayu depan kamera!


Hehe tak sangka muka BBL terpilih sebagai sample Twilight photo semalam. Amik hang, ada iras-iras Kyle XY. Hahaha perasaan betul.

Hasilnya 

 

Terima kasih, terima kasih & terima kasih..

Tuan rumah :
Sidney Kan 

Katering BBQ :
Bakarlah BBQ & Rental

Seafood :
GST Group

Face Painting:
Face Art by Fannie

Jewellery Studio :
EJS & Kelvin Gems

Belon-belon :
Ballon Buzz USJ Taipan 

Hadiah Guidebag :
Shills & NY Streakshack

BBL ~ perut kenyang hati pun senang
(。◕‿◕。)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

9 Budak Suka Minum Bandung Laici