Tutorial Buat Email Signature Sendiri

10:28 PM

Assalamualaikum & hello there,


Wahai blogger sekalian alam, nak tak signature begini dalam email korang? 



Apa! nak jugak? Meh sini baca sampai habis tutorial senang macam makan Mamiee monster. Biasanya company besar-besar mesti ada email khas untuk setiap pekerja kan? Dalam personal workers email mesti dah siap lengkap dengan nama, position, no telefon, no fax & semua info bagai. Nanti clients atau customer dapat email terus boleh tahu dengan siapa mereka nak contact so on. Tapi blogger cepisan macam BBL perlu ke buat email signature bagai nak rak?

Jawapan: PERLU

Sebabnya dalam email signature tu dah complete info pasal diri sendiri termasuk link sosial media Facebook, Twitter, Instagram, Google Plus termasuk korang yang ada channel YouTube. So, client tak payah send email 2 3 kali nak tanya link sosial media korang tu. Paling penting nampak sangat professional walaupun sekadar blogger suam milo kosong. 

Even walaupun korang bukan blogger, mana tahu kotnya ada instashop & berniaga dalam Facebook nanti nak email kepada customers nampak gah sikit walaupun meniaga kecil-kecilan. Tak begitu?

Okay. Proceed to tutorial

Langkah 1: Buka laman web https://webapp.wisestamp.com/ 

Langkah 2 : Boleh pilih nak daftar akaun atau connect dengan account Facebook. BBL connect dengan FB je. Senang cerita.


Langkah 3 : Pilih email mana korang nak link signature ni. BBL guna Yahoo Mail sebagai offcial email.


Langkah 4 : Isi semua maklumat korang nak letak


Langkah 5 : Masukkan gambar sendiri. Pastikan jelas ye



Langkah 6 : Letak semua link sosial media


Langkah 7 : Preview dulu. Check ejaan betul-betul.


Langkah 8 : BBL pakai Google Crome so kena add on widget Wisestamp (auto add-on)

Langkah 9 : Refresh balik email korang & make sure time compase new email keluar signature terbaru ni.

Langkah 10 : Cuba send email kepada kawan. Try test la. Jika bawah email terpampang signature korang buat tu maka berjayalah.



Ingat ye. Ini trail edition sahaja. Korang boleh buat sekali sahaja atau kena bayar untuk next signature atau register dengan akaun lain. BBL gunakan Yahoo Mail untuk email dengan client (client la sangat adoi) so berbaloi la nak guna signature ni. Jika korang campur aduk email tu untuk blogger, email kepada lecture ke apa, mungkin susah sikit sebab setiap email korang hantar akan beserta signature tadi. 

Nak edit balik atau tambah maklumat lain, boleh edit balik di Wisestamp tu. Senang.

*Ini adalah tutorial sahaja. Apa-apa kesilapan BBL tidak bertanggungjawab keatas sebarang perubahan email korang. Sila baca & fahami setiap step korang buat dengan berhati-hati. Beware dengan sebarang installing software kerana Wisestamp hanya perlu add-on widget sahaja. 

Terima kasih.

BBL ~ Baru seronok nak email Nuffnang
ヘ(◕。◕ヘ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

16 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Wow...Tips yang sangat menarik & berguna hehehe

    ReplyDelete
  2. nice.. dah try, tapi x beberapa nk jadi.. x pe la.. nnti try buat lain.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. uh tak menjadi? Kena double check balik

      Delete
    2. okay, dah jadi.. alhamdulillah.. :)

      Delete
    3. tahniah.. boleh la try email ni

      Delete
  3. Signature utk email ni sgt penting. Dah guna utk email berkaitan dgn kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sesuai sangat untuk mereka ada business kecil & akan growth up

      Delete
  4. thanx sharing! wajib bookmark ni....

    ReplyDelete
  5. wahhh, menarik ni. tq tutorial ni. nak try buat la. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut step BBL ajar kat atas, insyallah akan menjadi nanti

      Delete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL