Taman Tema BoboiBoy Di MAPS, Ipoh

11:38 PM

Assalamualaikum & hello there,


Berita baik khas warga Ipoh termasuk semua penduduk utara. Ni nak habaq mai, cheq ada berita seronok. Sebuah taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) sedang dibina & bakal beroperasi bermula tahun depan. Yeay!

Ia bakal meliputi lebih 40 permainan (ride), pertunjukan & tarikan termasuk zon khusus untuk DreamWorks Animation yang pertama di Malaysia, drop tower tertinggi di Malaysia, pertunjukan aksi (stunt) kereta secara siaran langsung  & pelbagai makanan & minuman serta kedai-kedai menarik. 

Paling best, MAPS akan menjadi  'rumah' siri animasi BoboiBoy. Lagi seronok dapat jumpa semua karekter BoboiBoy, Yaya, Tok Aba sambil minum air koko di Kopitiam Tok Aba. 
Berucap pada majlis pengumuman tersebut, Pengerusi dan Pengasas RSG, Ramelle Ramli berkata: “Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS Perak, semestinya ia akan menjadi daya tarik yang besar memandangkan ia merupakan animasi yang begitu dekat dan amat dikenali kanak-kanak Malaysia.”


“Animasi Malaysia BoBoiBoy kini akan ditempatkan bersama-sama karakter-karakter francais ternama antarabangsa daripada sebuah studio animasi berprestij dunia, DreamWorks Animation yang berpangkalan di Los Angeles. Kami amat teruja kerana para peminat animasi BoBoiBoy juga dapat menikmati keseronokan bersama karakter-karakter kesayangan ramai daripada Mr. Peabody & Sherman, Megamind, The Croods dan Casper the Friendly Ghost,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Animation Theme Park Sdn. Bhd. (ATP), Darren McLean.

Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS, ia mampu menawarkan pengunjung taman tema ini dengan pelbagai aktiviti menarik berdasarkan karakter-karakter popular BoBoiBoy. Pengunjung dapat menyaksikan sendiri BoBoiBoy dijelmakan di MAPS menerusi filem pengembaraan 4D yang dihasilkan secara eksklusif yang hanya dapat disaksikan di MAPS. Para pengunjung, terutamanya kanak-kanak  boleh melawat BoBoiBoy Animation & Sound FX sebuah tarikan yang memberikan mereka pengalaman seperti seorang superhero dengan teknologi 3D.  Kokotiam Tok Aba juga antara tarikan yang mesti dikunjungi kerana ia akan menyajikan makanan dan minuman yang terkenal dengan minuman koko panasnya. Cenderahati BoBoiBoy turut dijual di Kokotiam.


Ini adalah gambaran artis MAPS nanti. Mesti syok kaki nak berjalan pusing satu taman tema ni.
Pintu masuk Movie Animation Park Studios


3D Dreamworks Studio 


Animation Square bakal menempatkan BoboiBoy 4D Adventure, BoboiBoy Animation &Sound FX, BoboiBoy Animation stage show & kedai cenderahati



 Fantasy Forest Zone akan menyediakan Indy's Treehouse HQ, Upside-Down Piramid, Red Barron Flyer, Wet Play area, Forest Carousel & Fun factory



Stunt Lagend Show akan menjadi Thrilling car & bike stunt show pertama di Asia Tenggara


Video gambaran penuh MAPS Ipoh nanti


Tak sabar nak pergi ke MAPS bila buka nanti. Yeay!


Untuk keterangan lanjut berkenaan MAPS Perak, 

BBL ~ Oh BoboiBoy
\( ̄ρ ̄)/

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici