Mudahnya Shopping Di GoShop

6:11 AM

48hours sponsored post

Assalamualaikum & hello there,

Ada PC Boleh Beli, Ada TABLET Boleh Beli, Ada FON Boleh Beli, Ada TV Boleh Beli

Sekarang ni, ada TV pun dah cukup untuk shopping. Tak perlu habis duit isi minyak petrol kereta & buang masa cari parking kereta. Dengan GoShop korang boleh shopping bila-bila masa tak kisah di mana pun.

Apa itu GoShop?

GoShop tu satu platform yang menyediakan pengalaman menarik & menyeronokkan sambil membeli belah. Yelah korang boleh tengok pengacara bergelak sakan berdemostrasi dengan pelbagai produk. Paling best GoShop merupakan destinasi shopping lifestyle 24/7 & 365 hari. Buka je tv Astro channel 118 dah boleh shopping. Tak kisahlah shopping pukul 4 pagi pun. Menarik kan! Macam-macam ada di GoShop termasuk kosmetik, barang elektrik, kelengkapan rumah, makanan, gadget & banyak lagi.


Sabtu hujung minggu lalu BBL bersama  Nuffnangers lain berpeluang ke studio GoShop di Astro Broadcast Centre Bukit Jalil. Kami merupakan kumpulan pertama dibawa masuk ke studio GoShop untuk menyaksikan live GoShop demo.


Kecoh studio dengan gelagat pengacara GoShop, Jimmy Shanley , Syakirin Husnal & Syamin Farid buat demostasi bersama bloggerati Kasih Alya, BeutifulNara & Kampunboyitygal. Kami diperkenalkan dengan 4 jenis produk paling laris & hangit dalam GoShop iaitu



    -  Yogurberry Yogurt Maker -

Biasanya beli yogurt dipasaraya dalam kuantiti sedikit kan. Dengan adanya Yogurberry Yogurt Maker, korang boleh buat sendiri yogurt di rumah. Hasilnya, kuantiti lebih banyak untuk pelbagai hidangan seperti makan dengan salad, di campur buah-buah segar, kek atau cupcake yogurt. Paling havoc, Yogurberry tak guna elektriknya. Dah jimat bil elektrik kan. Cara nak buat yogurt ni pun sangat mudah. Petik jari 1, 2, 3!


Sangat sesuai untuk para ibu, kaum wanita & gadis yang mementingkan pengambilan makanan semulajadi tapi dengan cara simple. Cukup mudah, hanya masukkan yogurt ke dalam bekas, tuang susu penuh krim, tuang air panas disekeliling bekas yogurt & biarkan selama 8-10 jam untuk hasil terbaik.


Video penyediaan Yogurberry Yogurt Maker


Peringatan : Sila gunakan susu penuh berkirm (full cream milk). Tidak digalakkan menggunakan susu rendah lemak (low fact milk) atau susu siap di proses (berperisa, mengandungi DHA & vitamin)

-  Hurom Slow Juicer -

Oh BBL suka minum jus segar dari buah tapi masalahnya blender bunyi bising setiap kali nak blend buah selain bercampur dengan hampagas kulit buah. Rasa sedap tapi tak pure nikmat vitamin & mineral buah. Dengan adanya Hurom Slow Juice korang akan tercari bunyi mesin bila Hurom Slow Juice memerah buah atau sayuran. Senyap, pantas & paling penting hanya mengeluarkan air buah penuh dengan khasiat semulajadi terkeluar. Tidak bercampur dengan sisa hampagas buah jika blend dengan blender.


Cara nak bersihkan pun cukup mudah, hanya masukkan air ke dalam Hurom Slow Juicer dah bersih & bersedia untuk korang masukkan buah & sayuran lain. Hurom Slow Juice ibarat satu alat magic untuk penyediaan jus segar. Hari-hari  boleh buat sendiri jus buah atau sayuran. Tak payah beli di pasaraya untuk menyediakan jus. Yang pasti permulaan pagi korang akan sangat istimewa dengan perahan jus Hurom Slow Juice.



   Steam Q Iron 

Kerja iron baju satu kerja paling leceh terutama jika jenis kain cepat berkedut atau sensetif dengan iron baju conventional lain. Penat nak kena iron berhati-hati selain haba yang keluar dari iron sangat panas. Boleh berpeluh-peluh untuk iron baju kerja je.



Jangan bimbang kerana Steam Q Iron boleh membantu menyelesaikan masalah korang tu. Steam Q Iron boleh digunakan macam iron biasa atau steam iron. Setiap kotak Steam Q Iron akan mengandungi Steam Q Iron, Stand (pemegang), cup sukatan air, berus fabric, berus Velcro, beg sarung & berus membersih. Okay BBL akan terangkan cara pergunaan.


Langkah 1 : 
Masukkan air mengikut cup sukatan ke dalam Steam Q Iron

Langkah 2 : 
Tetapkan tahap kepanasan haba & tunggu air mendidih

Langkah 3 : 
Dekatkan Steam Q Iron dengan baju & tekankan button untuk megeluarkan asap steam

Langkah 4 : 
Lakukan proses yang sama untuk semua bahagian sehingga baju siap di iron

Ha, mudah bukan. Size Steam Q Iron yang kecil membolehkan korang bawa iron ini ke mana-mana pun. Untuk pergi berkursus, balik raya di kampong, atau pun bercuti. Barulah rasa confident tu ada nak berjalan dengan baju kemas beriron.

Selain tu, kegunaan berus Fabric untuk membersikan baju Bieje, sweater berbulu atau teddy bear. Yelah pakai sweater berbulu ala-ala bulu kucing parsi tu sangat selesa tapi nak basuh sangat cerewet terutama korang yang alah dengan bulu & hama. Itu sebabnya BBL syorkan Steam Q Iron, boleh guna untuk membersihkan hama atau kuman terlekat pada bahagian bulu teddy bear atau sweater. Caranya pun sama seperti di atas, hanya perlu semburkan steam pada bahagian di kehendaki. Lepas ni, boleh iron kusyen perabut, bantal peluk, tilam, langsir pun boleh. Tiada masalah.



   -  Originalraw 10 Cushion Foundation 

Minat tengok drama Korea atau artis K-Pop? Perasan tak jika tengok make-up artis K-Pop lebih macam ada effect shining. Dengan 10 kebaikan dalam 1 foundation pasti dah tak beli produk lain. Oh lupa nak cakap, Originalraw 10 Cushion Foundation ni tahan berseri hingga 10 jam & kalis air. Tak payah risau jika terkena air hujan lepas ni. Dengan 50 PA+++ tak payah risau kena terkena cahaya matahari.


Setiap pembelian Originalraw 10 Cushion Foundation korang akan mendapat 2pcs Originalraw 10 Cushion Foundation & 2pcs Foundation isian semula. Dah jimat kat situ. Sesuai sangat kalu beli secara tong-tong atau beli satu untuk diri sendiri & satu lagi untuk ibu tersayang. Dah jimat. Nak refill pun cukup mudah hanya push case Originalraw 10 Cushion Foundation dari belakang & tukar saja. Mudah sangat.



Jika korang tengok review & komen feedback dari pelanggan yang dah beli Originalraw 10 Cushion Foundation ratanya sangat berpuas hati dengan hasil penggunaan foundation ni. 


Cara nak shopping di GoShop

Cara 1 : 
Buka saja channel 118 Astro & telefon talian bebas toll 1-800-82-0088 untuk tempahan

Cara 2 : 
Klik www.GoShop.com.my dengan PC, TABLET atau FON

Cara nak buat pembelian pun sangat mudah, korang register dulu untuk mengisi maklumat peribadi, alamat & cara pembayaran (debit kad, kredit kad, Easy Payment Programmme (Maybank atau CitiBank) atau cash-on delivery. Nak bayar secara transfer duit bank pun boleh. Kemudian, barulah boleh shopping!.

Satu yang unik tentang GoShop ialah korang boleh tengok live demostrasi oleh pengacara & selebriti jemputan. Lebih kurang macam tutorial nak menggunakan produk la. Kan nanti dah beli tak tahu cara penggunaan yang betul. Tak pasal-pasal rosak produk tu.

Nak tengok produk lain lagi?

Apa lagi tekan saja channel 118 Astro (Astro TV, NJOI & Astro On The Go)

Nak senang telefon saja 1-800-82-0088

Jom #ShopAtGoShop www.GoShop.com.my


Beberapa hari sebelum tu, GoShop ada buat peraduan gambar paling kreatif dengan caption i love to #ShopatGoShop. Alhamdulilah BBL menang hadiah utama, sebuah tv LED Aquas 39' inci. Rezeki pindah rumah baru ni. Tak payah beli tv baru.

Hadiah pemenang termasuklah

Hadiah utama : 2 Sharp TV 39'
Hadiah kedua : 2 Philips Air Fryer
Hadiah ketiga : Gintel Foot Massager

Dan ini pemenangnya. Semua senyum lebar dengan hadiah. Foot Massager paling besar.



Oh terima kasih GoShop untuk hadiah tv besar ni. Boleh buat dekstop laptop.
Baru seronok nak blogwalking kan



BBL ~ i love to #shopatGoShop
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

21 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. macam best jer.. barang barang pn menarik..

    ReplyDelete
  2. Mak aku dah beli satu barang daripada Go Shop. Kitorang guna COD. Barang sampai rumah baru bayar. Mmg sgt efisien...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara COD paling selamat sebelum terima barang. Lebih kurang macam kat kedai tu..

      Delete
  3. selalu tengok..memang best kalau dapat beli..biasala..perempuan memang suka rancangan2 macam ni..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuci mata pun boleh sekarang kat depan tv.. haha

      Delete
  4. Yoghurt maker tu macam menarik je! woot!

    ReplyDelete
  5. nak iron tu.. jimat masa nak iron baju .. haha

    ReplyDelete
  6. Kadang-kadang tgk tu mmg nak beli...tapi tetiba mahal lupakan...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada duit lebih nanti boleh la shopping dalam GoShop

      Delete
  7. yey! gambar saya ada dalam BBL :)

    ReplyDelete
  8. peehh,, dpt tv tuu.... tahniah2.. :D

    ReplyDelete
  9. mcm mana nk bayar guna bank trnsfer?

    ReplyDelete
  10. Boleh bgtai x berus velcro y sebetulnya jenis y mcm mana kain ka plastik

    ReplyDelete
  11. Boleh bgtai x berus velcro y sebetulnya jenis y mcm mana kain ka plastik

    ReplyDelete