Yeay! Sticker GoPro Be Hero Dari LA Dah Sampai

8:10 PM

Assalamualaikum & hello there,
Ingat tak lagi entri ini?

Dan hari ini, sticker ori GoPro dari GoPro Studio Los Angles dah sampai. Tak sampai sebulan pun. Ada geng GoPro 6 bulan tunggu baru sampai surat tu. Amazing betul walaupun hadiah GoPro tak dapat lagi sampai sekarang. Sob sob.



Setiap pek sampul surat korang akan mendapat 6 keping sticker dengan 3 size : large, medium & small untuk tampal kat monopod GoPro atau mana-mana jelah. Yang penting original bukan main beli kat kedai biasa. Oh lupa, ia PERCUMA!. haha



Okay, BBL refresh balik tutorial nak dapatkan sticker GoPro ni.

Tutorial Nak Request Original Sticker GoPro

1. Buka link ini - https://gopro.orderingstore.com/
2. Isi semua detail maklumat korang 
3. Tekan button 'Submit Your Order'

Paling win BBL terima 2 sampul surat sekali gus. Terkejut jugak sebab ingatkan GoPro Studio akan detect BBL request 2 kali, yelah alamat sama tapi email berlainan. Bila sticker ini dah selamat sampai ke alamat rumah, korang boleh request sekali lagi tapi 3 bulan akan datang. Maksudnya, BBL dah request pada bulan Jun so September atau Oktober ini BBL boleh request lagi nak free sticker. Hahaha.. benda free siapa nak tolak?



BBL ~ Nak tampal kat mana ye
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici