Cara Redeem MovieMoney TGV Movie Club

10:31 PM


Assalamualaikum & hello there,

Apa itu MovieMoney?

MovieMoney adalah satu bentuk pulangan nilai ganjaran  kepada anda apabila membuat pembelian tiket, makan atau minum di mana-mana Pawagam TGV. Korang akan mendapat MovieMoney hingga 10% daripada jumlah pembelian dalam resit. Setiap RM 10.00 belanja dapat balik RM 1.00.

Contohnya

Belanja RM 10.00 = MovieMoney 1.00 akan dikumpul

Belanja  RM20.50  = MovieMoney 2.05 akan dikumpul

Cara nak kumpul MovieMoney

Senang sahaja, setiap kali nak beli tiket atau beli popcorn jangan lupa tunjukkan kad keahlian anda apabila membuat pembelian daripada Pawagam TGV. Untuk pembelian dalam talian, korang perlu log masuk dengan log MovieClub anda untuk mengumpul MovieMoney.

Perhatian, korang tidak akan mendapat MovieMoney daripada yuran keahlian, yuran pembaharuan (renew kad), yuran pemprosesan dalam talian (booking fees), & yuran penggantian kad serta lain-lain atau pihak ketiga promosi seperti baucar Groupon.

Cara Nak Redeem MovieMoney TGV Movie Club

Macam BBL terang kat atas tadi, jika jumlah terkumpul MovieMoney korang adalah 20.00 so kiranya dalam kad TGV Movie Club ada RM 20.00 & awak boleh guna point tersebut untuk membeli tiket wayang atau sebarang minuman & popcorn. 

Sekarang ini BBL ada 21.23 MovieMoney, apa boleh buat dengan point tu?


BBL ada pilihan sama ada nak beli tiket wayang atau beli saja set combo Mockingjay Part 2 yang berharga RM 19.90. Baki point tersebut akan bertambah seterusnya selepas korang membeli tiket movie atau sebarang makannan di Candy Bar.


Sama jugak untuk pilihan penebusan MovieMoney membeli tiket wayang. Cuma bagitahu staff kaunter pembelian tiket yang korang nak redeem menggunakan MovieMoney. Tapi make sure jumlah point adalah sama jumlah harga tiket kerana jika kurang memang tak boleh nak redeem. Contoh harga tiket RM 17.00 & sekurangnya MovieMoney korang adalah 17.00 atau lebih. 

Semoga korang boleh redeem MovieMoney sebelum tarikh expired. Kan tak memasal menyesal tak sudah. Oh jangan lupa check out entri ini jugak - Dah Sign Up TGV MovieClub

BBL ~ tengok wayang jom!
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

16 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Paling best kalau dapat gift macam free movie or advance tiket. Hehehehe

    ReplyDelete
  2. alaaaa...takde daftar lagii laaa...nak jugak tumbler gitu! smart gilaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. daftar je kalu free nanti.. tumbler tu boleh beli kat canday bar TGV cinemas

      Delete
  3. best best tapi bukan ahli lagi..kena jadi ahli dulu la nih..huhu

    ReplyDelete
  4. Jd member pun x lagi apatah lg nk redeem. Hehe

    ReplyDelete
  5. Nak redeem kene p kaunter je ke? on9 xleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole je beli tiket on9 guna moviemoney. Ada option redeem moviemoney kat payment process

      Delete
    2. Betul ke boleh redeem movie money online...sekarang setahu saya tak boleh dah..hanya boleh redeem bila beli ticket walk in

      Delete
    3. Hari tu ada kejap maybe dah tak available sekarang

      Delete
    4. Hari tu ada kejap maybe dah tak available sekarang

      Delete
    5. so skrgs ade lg tak or blh lg ke redeem movie money secara online dlm web tgv

      Delete
  6. Kalau lupa nak bg member kad masa beli tiket cane bro? Huhuhu

    ReplyDelete
  7. Kalau dah pakai maybank boleh claim point tak??

    ReplyDelete