#Movie Review : Double 0 Seven Spectre Mendebarkan

10:54 PM


Assalamualaikum & hello there,

Minggu ini nampaknya ramai macam berminat nak tonton filem James Bond terbaru Spectre yang mula ditayangkan pada 5 November. Hari tu dah tengok trailer cuma  tak berapa timbul minat tapi si kawan tetap ajak teman dia tengok Spectre. Jika minggu lepas berlangsung The Royal World Premier Screening di Royal Albert Hall dengan tetamu istimewa Prince William, Kate Middleton & Prince Harry bersama menonton buah tangan pengarah Sam Mendes. Macam gempak je sampai kerabat diraja datang tengok James Bond. So check out #MovieReview minggu ini & make choice sama ada korang mesti tengok atau tunggu download dari internet je.


Tariller Spectre James Bond 007



Sinopsis  Spectre James Bond 007

Movie berdurasi 148 minit bermula apabila James Bond menerima mesej tentang kejadian pengeboman didalam stadium sekitar bandar Mexico. Apabila pulang ke HeadQuater, M mengantung tugas Bond buat sementara waktu akibat kejadian keganasan antarabangsa di Mexico. Paling terkejut C menjadi rakan setugas M yang baru & James Bond kini dalam pemerhatian C. Seorang pekerja seliaan C iaitu Q ditugaskan menyuntik sejenis vaksin pintar yang berupaya mengesan setiap pergerakkan Bond walau berada diceruk dilindung atas Bumi. 


Tetapi James Bond tetap berkeras mahu meneruskan misi mesej rahsia ke Rome. Dia meminta pertolongan Q untuk membantunya dari terus dipantau oleh perisik C. Setiba di kota Rome untuk majlis perkebumian Lucia Sciarra - janda baik & isteri kepada penjenayah terkenal. Nasib baik James bijak memujuk Lucia lalu terbongkar rahsia kewujudan organisasi jahat bergelar Spectre. Suami Lucia jugak salah seorang ketua Spectre - logo 7 kaki sotong kurita pada cincin merujuk 7 rakan kongsi. 


Dengan cincin tersebut James Bond menghadiri mesyuarat tergempar kumpulan Spectre tentang kekosongan kerusi baru. Satu misteri timbul apabila Oberhauser mengetahui bahawa Bond turut berada dalam dewan tersebut. Di situ Hinx mula memburu James kerana tidak mahu rahsia ahli kumpulan Spectre terbongkar. 



Mujurlah ada pembantu setia, Moneyponew menolong mencari maklumat senarai ahli Spectre. Di pergunungan salji telah membawa Bond kepada kunci siapa ahli Spectre iaitu Mr.White yang pernah berkhidmat dibawah kumpulan Spectre namun tidak mudah bagi James Bond menbongkar rahsia sulit tentang Spectre. Seterusnya Bond mesti mencari anak perempuan Mr.White kerana Madeleina Swann lebih mengetahui perihal Spectre. Dalam masa sama, Hinx menculik Swann selepas sesi psikologi Bond menyebabkan Swann terpaksa mengikut James Bond demi menyelamatkan diri terus menjadi buruan kumpulan Spectre. 



L'Americano sebenarnya satu tempat bukannya nama sesorang seperti disangka oleh Bond tapi satu hotel sekitar Morocco tempat ibu ayah Swann berbulan madu & mereka pasti kembali ke bilik tersebut setiap kali ulang tahun perkahwinan. Di bilik itu, James Bond menemui rahsia bahawa sebenarnya dialah orang bertanggungjawab penamatkan misi membunuh Oberhaunser. Dalam perjalanan menaiki keretaapi di kawasan gurun Brazil, Hinx sekali lagi cuba membunuh Bond & Swann tetapi akhirnya dia sendiri terbunuh. 


Rupanya Oberhaunser telah merancang membawa James Bond serta Swann ke pengkalan rahsia persembunyian Oberhaunser. Di situ Bond & Swann dibawa melawat pusat kawalan maklumat utama Spectre. Dengan terkejut Bond melihat live cam litar tertutup Head Quater Pusat Keselamatan Negara tentang penyerahan tugas oleh M kepada rakan baru, C. Tidak cukup dengan itu, Bond di seksa oleh Oberhaunser sebagai dendam lampau. Selama ini, Oberhaunser merupakan abang angkat kepad James Bond. Nasib baik jam tangan pemberian Q membantu Bond menyelamatkan diri terus diseksa lalu menyebabkan pusat kawan Oberhaunser meletup & musnah.


Cerita tidak berkakhir disitu kerana James Bond mempunyai misi untuk menghapuskan Spectre dari mengambil pusat Keselamatan Negara. Mujurlah Max menyedari bahawa C sebenarnya mempunyai niat jahat terhadap keselamatan negara & bertindak menyuruh Q mengondam sistem kebal milik Spectre. Tidak jauh dari tu, Oberhaunser menculik Swann untuk memerangkap James Bond. Berhadapan dengan Head Quater Pusat Keselamatan Negara terhadap bangunan usang bakal dirobohkan & ia menjadi lokasi maze runner James Bond menyelamatkan Swann dari terbunuh dalam runtuhan tersebut. 


Hujung cerita James Bond berjaya menghalang Oberhaunser melarikan diri dengan helikopter menyebabkan dia tersungkur di depan James Bond. Walaupun mempunyai peluang untuk menamatkan riwayat Oberhaunser tapi Bond tidak menembak sebaliknya menyerahkan Oberhaunser kepada pihak Keselamatan Negara.

- Habis cerita - 

Komen BBL

1. Movie sangat panjang

Hampir 2 jam lebih rasanya boleh mengantuk tidur kalu bosan. Semalam ada premier screening so someone cakap Spectre best habis & ada blogger komen tak syok langsung. Actually depends dengan korang sama ada suka atau tidak. Bagi BBL sendiri movie James Bond 2015 menarik walaupun kadang-kadang feel kenapalah lambat sangat nak habis. 


2. Lagu intro menusuk kalbu oleh Sam Smith

Jika Skyfall kita ada Adele, kali ini Sam Smith melunakkan ost James 2015 - Writing's On The Wall. Selepas Bond buat kacau di Mexico, anda akan dijamu lagu ost Spectre selama 4 minit sampai lagu habis. Meremang habis bulu roma dengar tone Sam sampai terfeeling kejap dengan lirik lagu.



3. Mainan Aston Martin DB10 & Jaguar C-X75

Tak tahu lah kot TGV memang turn on sound high level tapi sound super car Aston Martin DB10 sangat high end sampai geram je dengar waktu racing dengan Jaguar C-X75. Kalu korang nak tahu, cuma ada 10 biji model Aston Martin DB10 dikeluarkan & untuk filem Spectre adalah custom made khas. Gempak bukan?


4. Next klu...next klu...next lagi..

Movie Spectre kalu korang nak tahu agak rumit jalan cerita walaupun benda simple je. Penat jugak nak fikir kenapa mesti macam tu, tidak begini. Jangan risau kerana anda sendiri terasa berdebar bila menonton James Bond 2015. Berdebar.


5. Si kacak genius

Watak Q oleh Ben Whishaw agak menarik sangat walaupun sekadar orang sampingan dalam Spectre. Berlakon sebagai seorang pakar pengondam & genuis tetapi ada humor sikit dengan gaya percakapan. Paling penting dia comel! Kali ini Q agak berbeza compare Movie Skyfall dia kan gadjet boy.


Bintang Movie


Cadangan BBL : Actually 50-50 nak commandered korang pi tengok atau tidak. Jika anda 100% peminat setia perisik James Bond, Spectre mesti tengok punya. Manakala jika korang jenis saja-saja nak tengok mungkin agak berisiko rasa menyesal selepas tonton Spectre. 

BBL ~ hujung tahun cerita tak berapa best la
^( ̄ρ ̄)^

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

6 Budak Suka Minum Bandung Laici