Tahniah Dato Siti Sah Mengandung 2 Bulan

7:45 PM


Assalamualaikum & hello there,

Semalam kecoh laman sosial mengenai penyanyi no 1 Malaysia kini mengandung 2 bulan. Itu satu berita cukup gembira buat peminat Dato Siti Nurhaliza terutama fanz Sitizoners. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Dato Siti & Datuk K melalui twitter & instagram milik mereka berdua. 
Menurut sumber Utusan Malaysia, "Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilan kini dalam usia sekitar enam hingga lapan minggu".
Seluruh keluarga terdekat mengetahui berita kehamilan tersebut beberapa hari sebelum berlangsung majlis akad nikah anak tiri Siti, Asyraf Khalid yang berlangsung pada 1 November lalu.

Selain tu, Siti jugak tidak terbang ke Palembang, Indonesia bagi meraikan majlis resepsi pernikahan Asyraf & isterinya, Tya Ariffin yang berlangsung semalam 13 November 2015.Ini kerana doktor menasihati Dato Siti supaya tidak menaiki penerbangan pada awal kehamilan.


Apa pun tahniah kepada Dato Siti & Datuk K kerana akhirnya bakal menimang cahaya mata yang dijangka bersalin sekitar Jun atau Julai 2016. Jika korang masih ingat, perkahwinan Siti pada 21 Ogos 2006 di iktiraf sebagai wedding of year beberapa tahun lepas. 

BBL ~ yeay!
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

8 Budak Suka Minum Bandung Laici