Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Thursday, July 30, 2015

Yeay! Sticker GoPro Be Hero Dari LA Dah Sampai

Assalamualaikum & hello there,
Ingat tak lagi entri ini?

Dan hari ini, sticker ori GoPro dari GoPro Studio Los Angles dah sampai. Tak sampai sebulan pun. Ada geng GoPro 6 bulan tunggu baru sampai surat tu. Amazing betul walaupun hadiah GoPro tak dapat lagi sampai sekarang. Sob sob.



Setiap pek sampul surat korang akan mendapat 6 keping sticker dengan 3 size : large, medium & small untuk tampal kat monopod GoPro atau mana-mana jelah. Yang penting original bukan main beli kat kedai biasa. Oh lupa, ia PERCUMA!. haha



Okay, BBL refresh balik tutorial nak dapatkan sticker GoPro ni.

Tutorial Nak Request Original Sticker GoPro

1. Buka link ini - https://gopro.orderingstore.com/
2. Isi semua detail maklumat korang 
3. Tekan button 'Submit Your Order'

Paling win BBL terima 2 sampul surat sekali gus. Terkejut jugak sebab ingatkan GoPro Studio akan detect BBL request 2 kali, yelah alamat sama tapi email berlainan. Bila sticker ini dah selamat sampai ke alamat rumah, korang boleh request sekali lagi tapi 3 bulan akan datang. Maksudnya, BBL dah request pada bulan Jun so September atau Oktober ini BBL boleh request lagi nak free sticker. Hahaha.. benda free siapa nak tolak?



BBL ~ Nak tampal kat mana ye
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Wednesday, July 29, 2015

Jejaka Superhero Misteri & RM100

Assalamualaikum & hello there,

Minggu ni penuh news feed Facebook & timeline Instagram gambar jejaka superhero misteri. Siap ada berani selfie bagai dengan superhero, ada misi menyelamat orang kesusahan ke? Kawan BBL ada snap gambar lelaki misteri tu. Rupa dia macam ni.



Ha, kalu korang nak tahu..jejaka superhero misteri ini ialah EfforlessMan dari Lazada Malaysia. Paling best superhero ini nak bagi  vouncher shopping dalam Lazada. Wah bestnya.



Sekarang ini Lazada ada buat promosi The BIG Effortless Shopping Sale bermula 27 Julai hingga 31 Julai 2015 ini. Sure diskaun kaw-kaw punya. Terbaik la Lazada Malaysia rajin buat sale tiap bulan.


> Klik Banner untuk The BIG Effortless Sale <


Selain tu, Lazada Malaysia ada buat contest mudah cap kacang untuk korang senang-senang je boleh menang hadiah voucher. Nak menang tak? Actually ada 2 contest yang rugi sangat kalu tak join.


Contest Pertama : 

Hadiah RM100 Shopping Voucher untuk 2 pemenang setiap hari. 
  1. Selfie bersama EffortlessMan (hint:superhero akan berada di sekitar KL atau ketahui update di Facebook Page Lazada tentang lokasi EffortlessMan) rujuk link ini > Lokasi EffortlessMan
  2. Upload gambar tersebut di Facebook berserta hashtag #EffortlessManHunt & #LazadaMalaysia 
  3. Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti masing-­masing. Simple & senang!
Contoh gambar seflie atau groupfie macam ni.


Kalu korang bercadang nak hangout ke KL hari ini atau esok, jangan lupa cari superhero EffortlessMan ya. Bila nampak je terus kejar dia mintak nak selfie.


Contest Kedua : 

Hadiah RM100 shopping voucher untuk 3 pemenang setiap hari. 
  1. Tinggalkan komen di page ini : http://www.lazada.com.my/effortless­manhunt/ 
  2. Teka dimana tempat seterusnya EffortlessMan akan pergi. 
  3. Siapa dapat teka dengan betul atau paling hampir dengan lokasi sebenar, berpeluang untuk menang. 
Senang je kan. Untunglah korang boleh menang voucher shopping Lazada macam tu je. BBL pun nak bersiap untuk cari EfforlessMan  ni.



Maklumat terkini contest ini / promosi / code diskaun Lazada 
jangan segan LIKE link berikut

Facebook : https://www.facebook.com/LazadaMalaysia 

BBL ~ confirm laju delivery kalu  EfforlessMan hantar barang
~=[,,_,,]:3

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, July 27, 2015

Peluang Bekerja Di Ikea Cheras Kini Di Buka


Assalamualaikum & hello there,

Well semua dah tahu Ikea Cheras akan dibuka tidak lama lagi, yeay! Untunglah mak cik Ampang, uncle Setapak, cik adik manis Bandar Tasik Selatan & orang Cheras tak payah lagi kipas mati hadap tafik jam semata-mata melepaskan niat 'mengidam' makan meat-ball the lagend. Drive je dari rumah area Cheras dah boleh sampai store Ikea baru ini. Tak silap, keluasan Ikea Cheras lebih kurang sama Ikea Damansara. 

Ha, bagi korang yang tinggal area Cheras atau bandar sekitarnya bolehlah apply kerja Ikea. Ada lebih 300 peluang pekerjaan sama ada sepenuh masa atau sambilan seperti bahagian customer services, bahagian jualan, bahagian restoren (IKEA Food), logistic & bermacam lagi. 




Luangkan masa korang di IKEA CHERAS JOB FAIR


Tempat : Vivatel Hotel, 85, Jalan Loke Yew, KL

(peta lokasi)
Tarikh : 31 Julai, 1 & 2 Ogos 2015
Masa : 10 pagi - 5 petang

Nak tips untuk interview IKEA nanti, sila tonton video soalan bocor ini. 



Kini bangunan Ikea Cheras dalam fasa terakhir untuk disiapkan sebelum dimasukkan perabot ruang pameran & jualan untuk menerima tetamu baru sekitar Cheras nanti. Kemungkinan pekerja baru akan mendapat training di Ikea Damasara terlebih dahulu sebelum bekerja di store sendiri, Ikea Cheras. Macam tak biasa training month kan. 



Untuk maklumat lanjut mengenai IKEA Cheras Job Fair in sila layari

BBL ~ senang nak angkut barang bawak balik Terengganu
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online Drama Syurga Nur Episode 15 / 16 / 17 / 18


> Drama Syurga Nur EPISODE PENUH <


Tonton Online Drama  Syurga Nur Episode 18

30 Julai 2015

Baca juga ini Boleh percaya ke dengan berita ini

klik sini untuk tonton Episode 18

----------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Syurga Nur Episode 17

29 Julai 2015

Baca juga ini Tujuh Individu Ini Akui Bila Berjauhan, Rasa Sayang Pada Keluarga Semakin Menebal


Kredit to moviesinfobsyokv2.net
---------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Syurga Nur Episode 16

28 Julai 2015

Baca juga ini Jom cabar diri sendiri makan kentang ini, mampu tidak?



Kredit to moviesinfobsyokv2.net
-------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Syurga Nur Episode 15

27 Julai 2015

Baca juga ini  - Jom cabar diri sendiri makan kentang ini, mampu tidak?


Kredit to moviesinfobsyokv2.net

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Sunday, July 26, 2015

10 Peribahasa Moden Zaman Sekarag

Assalamualaikum & hello there,

Waktu zaman sekolah menengah, subjek paling BBL suka semestinya Bahasa Melayu sebab ada exercise karangan peribahasa. Kalu bab peribahasa memang win la sampai kalu gaduh siap guna peribahasa. Teruk betul kan. Atuk nenek kita dulu kala kalu bersembang mesti guna kiasan peribahasa tapi zaman sekarang rasanya peribahasa dah boleh berubah, maksud tetap sama. Chek out ya.

1. Bagaikan smartphone tiada data internet
maksudnya : Orang yaang punyai banyak ilmu tapi tidak dimanfaatkan ilmunya

2. Ibarat Whatsapp dan Facebook
maksudnya : Dua orang yang bersahabat baik

3. Bagaikan Twitter tiada followers
maksudnya : Melakukan kerja yang sia-sia

4. Bagaikan akaun Instagram tiada bergambar
maksudnya : Orang yang tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa

5. Bagaikan camera 360
maksudnya : Orang yang suka menipu orang lain

6. Ibarat look around menggunakan WeChat
maksudnya : Orang yang rajin bersilaturrahim

7. Seperti Whatsapp tapi tidak boleh download gambar
maksudnya  : Orang yang tidak mendapat maklumat sepenuhnya

8. Ibarat status Facebook tiada orang like
maksudnya  : Orang yang tidak dipedulikan oleh orang lain

9. Sudah ada Whatsapp, WeChat berguna jugak
maksudnya : Orang yang sering memanfaatkan sesuatu

10. Bagaikan diviral di dalam YouTube
maksudnya  : Sesuatu berita yang telah dihebohkan

So, kalu tengah bersembang tu eloklah kita guna peribahasa di atas. Mesti terpinga-pinga si kawan tu. Hahaha

*Peribahasa di atas hanya tujuan melawak sahaja. Dilarang digunakan untuk tujuan rasmi seperti karangan Bahasa Melayu kertas 2 SPM.

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Saturday, July 25, 2015

#MovieReview - Marvel Ant-Man



Assalamualaikum & hello there,

Dari hujung bulan Ramadhan nak tengok movie Ant-Man ni tapi sebab sibuk beli karpet, meja makan raya, langsir raya punya pasal terpaksa hold dulu. Last week pun full-house tiap-tiap malam hingga la hari ni baru kurang sikit orang. 

First time dengar Ant-Man keluaran Marvel ni. Oh maaf BBL tak follow sangat komik Marvel ni. Kalu setakat anak beranak Avengers lain kenal la. Tengok trailer YouTube pun agak so so la tapi lets chek out #MoviReview kali ini.

Trailler Marvel Ant-Man



Sinopsis Marvel Ant-Man

Kisah mengenai sainstis (Hank Pym) yang berjaya menghasilkan serum membolehkan tubuh manusia/benda mengecil seperti semut. Namun Darren Cross, anak didik Dr.Hank cuba meniru formula tu sejak 1989 namun tidak berjaya. Seteleh berpuluh ujian akhirnya Darren berjaya dengan formula mengecil & memperkenalkan sut YellowJacket. Dia semakin angkuh dengan kejayaan ekperimennya. Bimbang formula Ant-Man menjadi milik musuh, Dr.Pym melatih Scott Lang, seorang banduan insaf yang mahir mencuri untuk mengagalkan misi Darren. Mulanya Scott tidak mahu menjadi Ant-Man namun selepas 'termakan' kisah lampu Dr.Pym akhirnya dia setuju demi menebus kesalahan lama selain ingin bersama kembali dengan anak kandungnya. Dalam masa sama, Hope Van Pym, anak perempuan Dr.Pym sangat cemburu kerana tidak dipilih oleh ayahnya untuk menjadi Ant-Man tapi memilih orang luar, Scott untuk memakai sut Ant-Man dalam misi itu. 

Komen BBL

Super fantastik! Tak imagine pun hero boleh jadi sekecil semut siap boleh berkomunikasi. Walaupun kecil tapi boleh fight manusia hingga tumbang ya. Itu pun siap ada scene fight dengan hero Avengers (lupa nama) semata-mata nak curi cip untuk misi mengagalkan eksperimen YellowJacket. Movie ini agak simple cume starting je mungkin pening nak faham apa jalan cerita Ant-Man ni. Movie pun balance dengan aksi, fiksyen sains & lawak kawan-kawan Scott. Tetiba rasa nak jugak jadi kecik la. Oh btw ada scene istimewa akhir bila dah tamat. Kena tunggu kejap baru ada. Special for ladies ya.

Rating BBL 


BBL ~ me me me
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Wednesday, July 22, 2015

Tonton Online Telemovie Rindu Awak 200% Raya

kredit to infotaip.blogspot.com

Like Fan page M.A.I.D untuk perkembangan terkini 
mengenai drama M.A.I.D

Tonton Online Telemovie Rindu Awak 200% Raya

 22 Julai 2015 / 10.00 malam

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tuesday, July 21, 2015

Tonton Online Drama Syurga Nur Episode 11 / 12 / 13 / 14


> Drama Syurga Nur EPISODE PENUH <

Tonton Online Drama  Syurga Nur Episode 14

22 Julai 2015

Baca juga ini  - Bayangkan Jika Suatu Hari Nanti Ayam Langsung Tiada Pada Hari Raya. Apa Akan Jadi?

> Tonton di sini <  

 ------------------------------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Syurga Nur Episode 13

22 Julai 2015

Tolong klik sekali - Berapa 'panas' korang bila marah?

> Tonton di sini <
 ------------------------------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Syurga Nur Episode 12

21 Julai 2015

Baca juga ini  - TIPS RAYA: 7 Rahsia Berharga Untuk Beli Kereta VW Kegemaran Anda Tanpa Menelan Belanja Tinggi


kredit to suamisebelahrumah
 ------------------------------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Syurga Nur Episode 11

20 Julai 2015

Baca juga ini  - 10 Perkara Yang Kita Suka Sangat Setiap Kali Hari Raya Tiba


kredit to suamisebelahrumah
 ------------------------------------------------------------------------------------------

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Friday, July 17, 2015

Senarai Pemenang Giveaway Duit Raya Dari BBL

Assalamualaikum & hello there,


ta...ta...da..da..ta..

Secara rasminya Giveaway Duit Raya Dari BBL telah tamat!


Terima kasih kepada semua blogger yang join. Tak sangka giveaway kali ini mendapat penyertaan 118 entri. Terima kasih semua. Sekejap je dah nak raya kan, rasa macam baru minggu lepas kita berpuasa kan.
Jom kita check out siapa yang menang duit raya dari BBL kali ini. 

Duit Raya RM 5 untuk 5 pemenang

2. narumihuda.blogspot.com/ [SUDAH DITUNTUT]


4. amirahamer.blogspot.com/  [SUDAH DITUNTUT]


5. lyalee.blogspot.com/  [SUDAH DITUNTUT]


Duit Raya RM 10 untuk 3 pemenang


1. mama3farhanah.blogspot.com/ [SUDAH DITUNTUT]
3. theathra.blogspot.com/ [SUDAH DITUNTUT]


Dan tahniah untuk pemenang duit raya bernilai RM20


Duit Raya RM 20 untuk 1 pemenang



music-syasya95.blogspot.com/

Tahniah...tahniah semua..
Kepada pemenang, sila email detail ke budakbandunglaici@yahoo.com

1. Nama penuh :
2. No akaun bank :
3. Nama bank :

Sebolehnya bagi akaun Maybank Berhad ya. Kalau ada la, senang sikit BBL nak transfer duit. Bank lain pun boleh jugak. 

BBL ~ terima kasih semua
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online Drama MAID Pun Nak Raya Telemovie


Like Fan page M.A.I.D untuk perkembangan terkini 
mengenai drama M.A.I.D

Tonton Online Drama MAID Pun Nak Raya

 18 Julai 2015 / 10 pagi

Part 1


kredit to skrindi9

Part 2


kredit to  menumelayu

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, July 13, 2015

Update Header Raya 2015

Assalamualaikum & hello there,

Alhamdulilah kita dah minggu terakhir Ramadan & hujung minggu ni dah raya! Yeay angkat tangan semua. Nak meriahkan mood raya dalam blog ni, BBL dah update header khas untuk raya 2015. 


Tada... da... da..



Bertema biru laut dengan kolaj menu raya seperti biskut raya, ketupat, bauhulu & rendang pastinya lagi terasa cepatlah raya datang. Header cukup simple tapi berwarna warni kan. 

Apa pun bagi korang nak balik raya minggu ini BBL wish selamat balik kampung & berhati-hati walaupun duduk relax dalam flight. Mana tau ada tertinggalkan beg biskut raya ke, tak merasa biskut raya tunjuk-tunjuk. Hahaha

BBL ~ kosong-kosong ya
ヘ(◕。◕ヘ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online Drama Syurga Nur Episode 7 / 8 / 9 / 10


> Drama Syurga Nur EPISODE PENUH <



Tonton Online Drama  Syurga Nur Episode 10

16 Julai 2015

Baca juga ini Tau tak kenapa raya tahun ini lagi meriah compare tahun lepas?


kredit to KBergetar4u
 ------------------------------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Syurga Nur Episode 9

15 Julai 2015

Baca juga ini  - Tau tak kenapa raya tahun ini lagi meriah compare tahun lepas?


kredit to suamisebelahrumah
 ------------------------------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Syurga Nur Episode 8

14 Julai 2015

Baca juga ini  - 4 Sebab Kenapa Anda Kena Pecahkan Tabung Simpanan Anda


kredit  to suamisebelahrumah
-------------------------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Syurga Nur Episode 7

13 Julai 2015

Baca juga ini  - Jom dapatkan telefon baru untuk raya ini


kredit to suamisebelahrumah
----------------------------------------------------------------------------------------------------

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Friday, July 10, 2015

Cara Menganyam Ketupat Raya

Assalamualaikum & hello there,


Tak lama lagi nak raya, biasanya kalu kat kampung dah sibuk booking daun kelapa untuk anyam ketupat. Di Terengganu ada 2 jenis ketupat biasanya menjadi menu bersama rendang ayam atau daging, iaitu ketupat palas/ketupat pulut & ketupat nasi. Most favorite mestilah dua-duanya sekali. Fuh sedap makan dengan rendang ayam.

Since zaman sekarang dah almost rare nak jumpa ketupat nasi kecuali kat kampung, kat bandar biasa ketupat segera je (dalam plastik cap Adabi), jom kita belajar buat anyaman ketupat ni. Paling tidak ketupat tu boleh buat hiasan di pintu rumah. Actually ada banyak jenis ketupat seperti ketupat palas, ketupat jantung, ketupat tiga segi, ketupat bentuk ikan & bermacam lagi. Cukuplah belajar buat ketupat paling simple ni dulu.  


Masih tak faham? Tonton video simple tutorial menganyam ketupat ni.



Nampak senang je kan tapi bila dah buat sendiri terbelit tangan kiri kanan. Adoi macam mana nak tunjuk pro depan bakal mak mertua ni. Please jangan buat ujian menganyam ketupat sudah ye mak mertua.

BBL ~ tau makan je ketupat tu
(╯°□°)╯

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

DASHING Memilih 11 Pemenang Bertuah ke Manchester, UK!


Assalamualaikum & hello there,


“Pernah tak berangan-angan untuk beraksi bersama-sama 
dengan pemain Manchester City? 

Jika jawapannya YA, bersedialah untuk...

#DASHINGgoesMANCITY kini kembali untuk musim kedua
Rebut peluang untuk bermain seperti pemain bola sepak Manchester City di Manchester, UK!

Jenama produk penjagaan lelaki Malaysia yang bereputasi tinggi dan dipercayai “Dashing” dengan bangganya mengumumkan peraduan DASHINGgoesMANCITY musim kedua kini kembali. Lanjutan dari kejayaan musim pertama, peraduan musim kedua kini kembali dengan lebih hebat dari yang sebelumnya. Dashing akan memilih 11 orang pemenang bertuah untuk merasai pengalaman beraksi seperti pemain bola sepak Manchester City selama 3 hari.

Peraduan ini bermula Julai ini dan akan berterusan hingga Disember tahun ini. Ini merupakan kempen selama 6 bulan dan pengumunan pemenang akan dibuat dalam 2 fasa. Fasa pertama akan berlangsung dari 1 Julai hingga 30 September 2015. Pemilihan bagi 5 pemenang pusingan pertama akan dibuat awal Oktober. Fasa kedua pula akan berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2015 dan 6 pemenang  akan diumumkan pada awal Januari. Kesemua 11 pemenang akan menikmati percutian 6 hari 5 malam ke UK untuk merasai sendiri pengalaman hebat bola sepak pada Februari 2016.

 Cara untuk menang


Hadiahnya :

Ganjaran kepada peminat bola sepak Malaysia yang pastinya merupakan peluang sekali dalam seumur hidup iaitu peluang untuk menyertai kem latihan bola sepak selama 3 hari di Pusat Latihan MCFC dengan jurulatih rasmi MCFC

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda meraikan minat anda terhadap bola sepak dan serlahkan bintang bola sepak Manchester City dalam diri anda dengan Dashing, peneraju jenama wangian lelaki di Malaysia.

Tempoh peraduan: 1 Julai 2015 – 31 Disember 2015. 


Untuk maklumat lanjut peraduan DASHING, sila layari 

 Facebook Dashing.MY | atau hubungi talian bantuan di 03- 80238311


BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...