Jalan-Jalan Pulau Langkawi : Cabel Car Gunung Mat Cincang
10:09 PMAssalamualaikum & hello there,
Datang ke Pulau Langkawi memang tak sah kalu tak naik cabel car di Gunung Mat Cincang ni. Ini kali pertama BBL datang sini. Last datang Langkawi 10 tahun lepas. Seriuz lama benor tak datang. Banyak jugak perubahan walaupun ingat tak ingat je. Haha
Memandangkan BBL datang waktu musim cuti sekolah, pengunjung ramai sangat sampai que panjang sampai ke luar. Nasib baik datang group besar dalam 50 orang jadi kami dapat special priority nak access. So, jom kita naik kabel car.
Kaunter utama ke Langkawi Cabel Car
Jika korang bernasib baik, gendola tetiba berhenti tergantung. Boleh selfie kejap sambil tunggu bergerak balik ke atas. Cuma jangan mengelabah & cuak. Dah normal mesin tu stop kejap. Nasib BBL baik jugak sebab gendola cuma 'berhenti' kejap bila dah nak sampai kat platform utama. Kalau tergantung tengah-tengah gaung tu.. auh gayat la tengok bawah.
Dari dalam gendola, korang boleh tengok Gunung Mat Cincang & Telaga Habour Park. Jika datang waktu pagi atau selepas hujan, pemandangan lebih cantik dengan kabus sekeliling gunung. Confirm sejuk habis.
Dari dalam gendola, korang boleh tengok Gunung Mat Cincang & Telaga Habour Park. Jika datang waktu pagi atau selepas hujan, pemandangan lebih cantik dengan kabus sekeliling gunung. Confirm sejuk habis.
Nampak tak bentuk muka tengah baring?
Air terjun 7 Telaga
Kat atas stesen ada pelantar untuk korang selfie dengan panorama 360 Gunung Mat Cincang. Cuma panas sikit la. Sapu la sunblock banyak-banyak supaya tak sunburn nanti. Air laut sangat jernih tau, boleh nampak batu karang dalam air.
Tips :
1. Kabel car ni tak berhenti untuk ambil penumpang cuma korang kena bersedia di garisan platform untuk naik.
2. Banyakkan bersabar jika datang waktu cuti sekolah. Time ni banyak rombongan adik sekolah & lawatan keluarga mak cik kiah. Jika korang bercuti waktu musim cuti sekolah, datang seawal mungkin untuk elak beratur panjang.
3. Pengunjung berkerusi roda masih boleh menaiki gendola namun perlu ke kaunter khidmat pelanggan terlebih dahulu.
4. Minum air sebelum korang beli tiket kerana air dilarang sama sekali dibawa naik ke atas gunung. Tips BBL, simpan air mineral dalam beg galas. Jangan jadi macam BBL kena tinggalkan air di pintu masuk. Argh dahaga sangat bila kat atas sana.
Harga air atas gunung, terpaksa beli sebab dah dahaga sangat
Harga Tiket Cabel Car Langkawi :
Dewasa - RM 35.00
Kanak-kanak - RM 25.00
Untuk harga pakej, rujuk di sini - Harga Pakej
Skydome
Satu tarikan terbaru & untuk mengelakkan korang bosan beratur terlalu lama, sebuah Skydome telah dibina untuk para pengunjung merasai pengalam menonton video 360 darjah dalam panggung mini. Lebih kurang macam Planeterium KL jugak cuma versi kecil sedikit. Oh, korang akan wajib masuk dalam Skydome sebab bayarannya dah termasuk dalam harga kabel car.
Pintu masuk ke SkyDome
Skybrigde
Bila dah puas bergambar platform check point atas Gunung Mat Cincang, jangan lupa ke Skybridge. Dari atas jambatan korang boleh tengok sekitar pulau Langkawi hingglah kawasan pulau negara Thailand, itu kena pakai teropong ye. Paling menarik, jambatan bengkok ni dipegang oleh satu tiang besi sahaja. kekadang akan berasa jambatan bergoyang jika tiupan angin sedikit kuat. Alang-alang tu boleh bergambar atas platform kaca macam BBL.
Jambatan Skybridge Langkawi sepanjang 125m ini antara jambatan melengkung terpanjang di dunia & dibina dengan menggunakan bahan-bahan yang diangkut menggunakan helikopter. Amazing kan.
Clear glasses di laluan jambatan
Skytrail
Oh bunyi macam menarik je tapi sebenarnya untuk ke Skybridge korang terpaksa jalan kaki disebabkan laluan Inclinator under constructor. Insyallah bulan Julai nanti Inclintor bakal dibuka untuk laluan direct terus ke Skybridge.
Tips :
1. Jika korang datang bersama anak kecil, warga emas atau mereka yang cepat semput seeloknya tak payah pergi Skybridge.
2. Untuk ke jambatan tergantung tu, korang kena lalui laluan denai yang agak curang & merbahaya. Ini peluang baik untuk korang kaki jungle tracking. Memang satu pengalaman cukup seronok cuma berpeluh sikit la. Hehe
2. Untuk ke jambatan tergantung tu, korang kena lalui laluan denai yang agak curang & merbahaya. Ini peluang baik untuk korang kaki jungle tracking. Memang satu pengalaman cukup seronok cuma berpeluh sikit la. Hehe
Semput nak jungle tracking ni..
SkyBistro
Di stesen ini ada bistro dengan pemandangan Teluk Telaga & pulau sekitar Langkawi. Lagi cun boleh tengok sunset di sini. Harga pun agak reasonable bagi mereka poket tebal. Eh bukan selalu belanja diri sendiri breakfast, high tea atau lepak atas gunung ni. Oh hastag, #jangancakapabangtakpayung. Gendola terakhir akan turun pukul 8 malam tau.
Skypos
Selain Gunung Kinabalu, Pos Malaysia turut meletakkan peti surat merah untuk post poskad kepada kawan atau ahli keluarga tentang pengalaman korang dah sampai puncak Gunung Mat Cincang. Nak pos surat cinta pun boleh..
Lokasi
Di Oriental Village, 15 minit dari Lapangan Terbang Langkawi / 30 minit dari Pekan Kuah
Waktu operasi
Isnin – Khamis : 10 pg – 7 mlm
Rabu : 12 tgh – 7 mlm
Jumaat & Cuti : 9 pg – 7 mlm
* Masa operasi mungkin berubah jika terdapat kerja penyelenggaraan. Rujuk kalender disini
Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan berikut
Website :
Telefon :
T:[6]04-959 4225/1225
F:[6]04-959 1121/4121
Facebook :
www.facebook.com/lgkcablecar
Peta lokasi Langkawi Cabel Car
Baca juga entri tempat menarik Pulau Langkawi
Seronoknya shopping di Kompleks Haji Ismail Group Level 2
Tempah hotel anda di Langkawi dengan Agoda.com sekarang untuk penjimatan terhebat & hotel menarik sebelum terlambat
Peta lokasi Langkawi Cabel Car
Baca juga entri tempat menarik Pulau Langkawi
Seronoknya shopping di Kompleks Haji Ismail Group Level 2
Tempah hotel anda di Langkawi dengan Agoda.com sekarang untuk penjimatan terhebat & hotel menarik sebelum terlambat
BBL ~ oh saya sukakan Langkawi
(◡ ‿ ◡ )
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
11 Budak Suka Minum Bandung Laici
Baca entry ni buat rasa nak pergi langkawi lagi...InsyaAllah ada rezeki...
ReplyDeleteamin.. insyallah dapat pergi jalan-jalan ke langkawi tahun ini..
Deleteg lanngkawi naik cable car.. pergh gayat ooo mula2 tu.. hee
ReplyDeleteJom exchange bloglist..
Jom Baca Artikel Menarik ini
4 Sebab Kenapa Tidak Digalakkan Menggunakan ADS di Search Engine
waktu nak naik je gayat.. leps tu dah okay
DeleteDa plan nk g langkawi tapi blm ada rezeki lg..asyik kena tunda je..nasib x booking awal2..cntik pmandangan kt sana..mula2 syok je baca post awk ni BBL tapi bila sampai je kt ayat lawatan keluarga makcik kiah tu jd sentap plak mak..hahaha
ReplyDeleteamin...jangan risau nanti ada la rezeki nak jejak kaki ke pulau mahsuri
DeleteBeautiful Langkawi. Should visit this place soon!
ReplyDeletenak kirim coklat daim!
Deletelama sangat dah naik kereta kabel ni...mcm banyak tarikan baru pulak..huhuhu...bila last pi langkawi tahh~
ReplyDeletejom pergi langkawi..
Deletebesntyaaa . x pernah lagi jejak kaki pulau langkawi
ReplyDelete