6 Lokasi Sebenar Dalam Lagu Gerua OST Dilwale

10:37 PM


Assalamualaikum & hello there,

BBL baru je tonton buah tangan Rohit Shetty semalam. Itu pun sebab high recommended dari news feed Twitter tak habis-habis dengan fenomena Shah Rukh Khan & pasangan lagend Kajol. Nasib BBL agak baik kerana beli online dapat pilih seat paling tengah row belakang. Kalu tidak, mendongak lah kau tengok Kajol berjoget.

Tapi sebelum itu, turn on dulu lagu Gerua ost Dilwale ini. Alah korang mesti nak ambil feel melayan jiwa romantik Shah Rukh Khan. Yay or nay?



Sebenarnya lokasi latar belakang lagu ost Dilwale real, bukan CGI. Sekali imbas mungkin korang dah agak suasana background lagu Gerua hasil papan hijau dalam studio tetapi jangan terkejut jika ia dishooting di enam lokasi berbeza.

1. Black Sand, Reynisfjara Beach di Iceland


Kawasan pantai ini sangat terkenal dikalangan pelancong kerana tarikan utamanya mestilah pasir pantai warna hitam! Well kat Malaysia pun ada, nak feeling lagu Gerau sila ke Pantai Pasir Hitam di Langkawi.


2. Reynisfjara Beach, Iceland

Masih pantai sama, tempat batuan Kajol berdiri jugak terletak bersebelah Black Sand. Kesan hakisan ombak laut & angin berjuta tahun telah menyebabkan formasi batuan menakjubkan. 


Boleh kata tebing bukit ini seakan tiang besi yang menyokong bangunan sekarang. Terpacak sebaris-baris antara tebing bukit & pantai.


Even scene Shah Rukh Khan berpelukan Kajol  atas perahu jugak di Black Sand, Iceland. Sah kome berangan nak pakai gaun pengantin gedebak-debak terbang ala ekor ikan laga kan. Cuma perahu tu pinjam dari penduduk tempatan.


3. Pantai pasir hitam Sólheimasandur


Bangkai kapal terbang itu SRK & Kajol menari di (minit 1:45 dalam video) adalah di pantai berpasir hitam Sólheimasandur. Oh by the way pesawat tu adalah real bukan saja-saja letak situ kerana pesawat tersebut terhempas pada Nov 24, 1973. Ia adalah sebuah kapal terbang Tentera Laut Amerika Syarikat, C-47 Skytrain, juga dikenali sebagai "Dakota", juga berkhidmat dalam Tentera Udara India. Kapten pesawat telah membuat pendaratan cemas di pantai berpasir hitam Sólheimasandur ini. Syukurlah, anak-anak kapal terselamat dalam pendaratan. Bangkai kapal terbang ini masih teguh di lokasi kemalangan & menjadi tempat paling di impikan oleh pasangan pengantin untuk pre-wedding shooting. 

Ops, kaki Shah Rukh Khan diikat pada bumbung kapal terbang tersebut nak elak dari jatuh. Sama juga kaki Kajol dengan sari besar & berat tu.


4. Air Terjun Skógafoss, Iceland


Masih di Iceland. Tak sangka Iceland banyak tempat super beb cantik. Sekali lagi kaki Shah Rukh Khan serta Kajol diikat pada tanah untuk mengelak tergelincir dek percikan air. Air terjun ini terletak di Sungai Skógá selatan Iceland. Perasan tak lagu Justin Bierber - I'll Show You di shooting lokasi air terjun sama? 

Thor: The Dark World & Secret Life of Walter Mitty pernah melakukan pengambaran di sini. I wish boleh mandi kat air sungai tu walupun sejuk tahap beku. 

Seljalandsfoss waterfall in Iceland
Seljalandsfoss waterfall in Iceland

5. Tasik Banjaran Stokksnes, Iceland


Kawasan tasik cetek yang terletak berhampiran dengan bandar Höfn di timur Iceland. Kesan pembiasan matahari & air telah menyebabkan seluruh tasik bertukar menjadi cermin besar. Tu yang seronok Shah Rukh Khan berlari. Tak sah filem bollywood tak ada scene berlari-lari kan. Kebanyakan scene di sini menggunakan drone.



6. Lagoon Glasier Jökulsárlón, Iceland


Paling epik dalam sejarah hindustan apabila Kajol menari di atas ice berg! Sekali lagi terasa jatuh cinta sangat dengan lagu Gerau sampai terjoget bahu kanan. Lokasi masih lagi dalam Iceland dimana tasik ini menjadi buruan pengarah movie. Suhu di sini boleh mencapai 1 darjah celcius. Nak berenang kat sini? 

*lagi pun Justin Bieber dah berendam kat tasik ais berg ini. Tak percaya tengok video official I'll Show You.


Tak puas hati lagi. Sila tonton sendiri video pembikinan lagu Gerua ini di negara Iceland. Boleh tahan sejuk si Kajol ini.


Senang cerita lagu Gerua memaparkan lokasi super fantastik geografi negara Iceland. Ai terasa nak terbang ke Iceland je.

BBL ~ rasanya kena tonton sekali lagi
(◡ ‿ ◡ ✿)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

6 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. a'ah ada tgk the making of gerua td kat fb.. mak aih dasyat depa nih casting, siap menggigil² si kajol tu tgk dya.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Cantek giler tempat tempat shoot dorang..

    ReplyDelete