Keunikkan Only Mee Putrajaya

12:51 AM

Assalamualaikum & hello there,
Khas buat pencinta mee untuk apa jua menu makanan, BBL syorkan korang datang ke OnlyMee Putrajaya. Memang tak rugi datang makan kat sini. 


OnlyMee 100% Fresh Mee Every Day

Di restoren ini jangan risau kandungan mee korang bercampur dengan bahan kimia lain atau bahan pengawet kerana mee di sini hanyalah campuran tepung gandum, air suling & sedikit garam. In fact ada demostasi pembuatan mee oleh pekerja OnlyMee yang pakar.



Ada enam jenis mee berlainan dihasilkan oleh mesin ini iaitu Spaghetti Mee, Ramen Mee, Pan Mee, & Mee Sua. Manakala dua jenis mee adalah Laksa Mee & Mee Kuning yang telah sedia ada.



Antara menu mesti cuba bila datang ke sini ialah Penang Asam Laksa, Penang Prawn Mee, Ipoh Curry Laksa & Mee Rebus. Selain tu, terdapat menu mee antrabangsa seperti Ginseng Duck Mee, Japanese Sabo Udon, Itali Spaghetti Bolognese & Thai Green Curry Mee.



Selain tu, ada banyak menu lain yang sedap termasuk pau Durian, ABC, Chocolate Blend, Dim Sum, Steamboat & pelbagai makanan pilihan rakyat Malaysia. Tips untuk korang, jangan lupa mencuba 4 in 1 listing - 4 jenis mee dalam bekas kecil - Pawn Mee Penang, Kari Laksa Ipoh, Kari Hijau Thai & Asam Laksa Penang pada harga RM12 satu set.



Restoren OnlyMee ini terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya so sambil makan ditiup angin tasik tu. Lokasi OnlyMee dalam kawasan Marina Putrajaya dan berhampiran dengan Pullman Putrajaya. Sesuai sebagai vanue majlis keraian hari lahir, jamuan keluarga atau koprat. 



Peta Lokasi OnlyMee Putrajaya



Maklumat lanjut calling je

OnlyMee Putrajaya
No 1, Marina Putrajaya, Jalan P5/5, 
Precinct 5, 62000 Putarajaya

Telefon : 03-8881 1068


Entri ini dibawa khas oleh Eat.Travel.Write Putrajaya oleh GayaTravel magazine dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya.

BBL ~ yummy!
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici