Cara Mudah Hilangkan Jerawat [ FIGHT! ]

2:11 PM


Assalamualaikum & hello there,

Siapa tak terkejut bangun pagi tengok cermin dalam bilik air perasan ada jerawat atau cik jer tumbuh pada pipi atau bawah dagu? Bertambah stress bila cik jer besar je kat muka tu. Bagi kaum hawa mungkin boleh cover cik jer dengan sapu foundation banyak-banyak tapi orang lelaki macam mana? Tak kan nak tampal plaster?

Ada banyak jenis produk menghilangkan jerawat cuma mungkin merbahaya sebab bercampur dengan bahan kimia. Silap hari bulan makin banyak cik jer tumbuh. Kan naya. Kekadang BBL suka 'fight' cik jer dengan petua mudah di bawah:

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato.
Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis.
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.

3. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur.
Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya jerawat.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu.
Ambil segenggam pucuk jambu dan keronyokkan/lumatkan sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air suam.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras.
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Asam Jawa Dan Kunyit Hidup.
Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu rata ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. 

7. Hilangkan Jerawat Dengan Limau Nipis Dan Minyak Masak.
Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa.

8. Hilangkan Jerawat Dengan Daun Teh.
Didihkan daun teh tersebut. Setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang ditumbuhi jerawat.
9. Hilangkan Jerawat Dengan Air Kelapa.
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

10. Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Putih Telur, Tepung Jagung Dan Minyak Zaitun.
Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Tapi kan, korang kena ada sifat rajin nak buat home-made treatment petua di atas. BBL sendiri kadang-kadang malas nak prepare bahan-bahan walaupun semua ada di rumah. Kan best ada produk boleh setel cik jerawat dengan cepat. Jika korang ada masalah jerawat & nak jerawat sembuh dengan cepat kenapa tidak cuba REFINITY Acne Hydrogel?



REFINITY Acne Hydrogel 

REFINITY Acne Hydrogel diformulasi oleh Ahli Farmasi Malaysia dari herba asli terbaik iaitu Salix Alba Extract yang sangat efektif merawat jerawat dan parut jerawat. Berkesan!


Kenapa mesti mencuba REFINITY Acne Hydrogel ?

1. Pantas Bertindak - Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin berseri sepantas 24jam.

2. Mudah Digunakan - Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak

3. Sesuai Untuk Kulit Sensetif - Tidak seperti produk lain di pasaran, REFINITY Acne Hydrogel diasaskan dari herba asli dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit muka termasuk kulit sensetif

4. Pengiktifan - Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkensanannya. 

5. 98% Pengguna Berpuas HatiHampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.

- Ini mungkin soalan korang tertanya-tanya kan - 

REFINITY Acne Hydrogel sesuai untuk siapa?
Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita pada semua peringkat umur yang mempunyai masalah kulit sensitif, jerawat yang baru tumbuh, jerawat lama, jerawat batu, jerawat pasir dan bekas jerawat. REFINITY Acne Hydrogel juga boleh digunakan pada wanita mengandung atau menyusukan anak kerana bahan aktif yang terkandung hanyalah bahan semulajadi yang tidak memudaratkan. Ia juga membantu memudarkan kesan parut jerawat lama dengan menghasilkan sel-sel kulit baru yang sihat.

Berapa lama dapat tengok hasilnya?
Kesan awal seperti pengecutan jerawat dapat dilihat dalam masa 24 jam. Kesan ketara pula dapat dilihat seawall 24 jam sehingga 1 minggu bergantung kepada individu.

1 botol REFINITY Acne Hydrogel boleh tahan berapa lama?
Setiap botol mengandungi 15ml dan boleh digunakan sehingga 30 hari dengan penggunaan konsisten pagi dan malam.

Adakah  REFINITY Acne Hydrogel  selamat digunakan oleh ibu mengandung dan ibu sedang menyusukan bayi?
Ya, REFINITY Acne Hydrogel tidak membahayakan kandungan dan tidak menjejaskan pengeluaran serta kandungan susu ibu.

 Berapa harga sebotol REFINITY Acne Hydrogel ?
Harga sebotol REFINITY Acne Hydrogel cuma RM70.00 (HARGA ASAL RM90.00) sahaja. Berbaloi untuk menghilangkan jerawat 

Cara Penggunaan Acne Hydrogel 
Bersihkan muka dan keringkan. Kemudian, sapukan sedikit  REFINITY Acne Hydrogel pada kawasan jerawat. Gunakan setiap pagi dan malam atau sekerap yang diperlukan.





Sekarang ini giliran korang menghilangkan jerawat pada muka!

 BBL ~ ucapkan selamat tinggal jerawat
ଘ(੭*ˊᵕˋ)੭* ̀ˋ

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici