Lagu Potret Oleh Akim & The Majistret Juara AJL 30

8:18 PM

Assalamualaikum & hello there,

A photo posted by Afiq Hakim Ahmad / Akim Ahmad (@akimahmad) on

Tahniah Akim & The Majistret berjaya merangkul trofi Anugeral Juara Lagu 30  (AJL30) semalam di Stadium Melawati Shah Alam dengan lagu 'Potret' walupun tahun lepas gagal mara ke peringkat akhir Anugeral Juara Lagu ke 29.


Tahniah sekali lagi buat Akim & The Majistret kerana menjadi persembahan terbaik di pentas AJL30. Rasanya ini terbukti Akim & ahli kumpulan The Majistret sangat fokus membuktikan mereka mampu ke peringkat akhir AJL dengan membawa lagu keramat 'Potret'.


 

Lagu 'Assalamualaikum' nyanyian Faizal Tahir pula menjadi tempat ke dua. Lagu ciptaan  oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong & Audi Mok ini membawa pulang hadiah wang tunai RM 35 000 beserta trofi



Paling mengejutkan apabila lagu 'NamaMu' oleh kumpulan band Caliph Buskers diangkat sebagai tempat ke tiga membuktikan walupan kurang kelainan upaya tetapi meraka mampu menghasilkan persembahan vokal serta mampu membawa lagu ciptaan Adry Abdul Halim dengan hati iklhas & memukau juri AJL30. Jika tahun lepas mereka cuma menjadi 'penyanyi gantian' band Mojo dengan lagu 'Romancinta'. 




Tahun ini Dayang masih lagi memegang tahta 'Vokal Terbaik' menerusi lagu 'Tak Pernah Menyerah' yang memukau penonton dengan vokalnya. 



Apa-apa pun persembahan semua peserta AJL30 semalam amat terbaik sehingga menjadi trending di laman Twitter. Hastag #Stacy jugak menjadi popular selepas tamat pentas AJL30.



BBL ~ kita tengok streaming je
(っ˘̩╭╮˘̩)っ

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici