Tonton Movie Dilwale Sekali Lagi

7:48 AM

Assalamualaikum & hello there,

Minggu lepas BBL dah tengok filem hindi buah tangan terbaru dari pengarah Rohit Shetty. Tapi macam malas buat review Dilwale sebab dah sah semua penonton suka tengok Shah Rukh Khan menari dengan Kajol. Dari moment WeChat ramai yang pergi tengok Dilwale berulang kali. 

Hari ni BBL sepatutnya kerja tapi bos besar bagi cuti. Itu pun dah masuk kerja baru tahu sebenarnya BBL cuti. Adoi terus siap kerja sikit & memang niat dalam hati nak balik rumah. Tapi kan tetiba teringat nak tonton Dilwale sekali lagi. Terus booking online tiket movie Dilwale tanpa banyak soal. 


Buat kali ke dua tengok Dilwale masih boleh feel sedih kesan lakonan Shah Rukh Khan. Ada dua part yang terasa ada orang potong bawang je kat sebelah sampai keluar air mata.

1. Kasih sayang adik & abang

Veer sangat sayangkan abangnya, Kaali walaupun akhinya dia tahu bahawa Kaali bukanlah abang sebenar tetapi anak angkat ayahnya. Demi cinta kepada Ishita, dia tidak mahu berpisah dengan abangnya. Ini part paling sedih dalam Dilwale. Tengok dua kali pun masih nak menagis.


2. Kekasih lama

Memang betul, buah hati pertama memang susah nak lupa. Dah 15 tahun 4 bulan 10 hari Meera berpisah dengan Kaali atas sebab marah kerana Kaali membunuh ayah kandungnya sendiri. Belum sempat nak explain apa yang terjadi, Meera dah tembak Kaali. Sampai the history return back adik mereka berdua bercinta macam abang & kakak. Scene lagu Janam-Janam memang laju je air mata keluar. Sweet habis. Hindustan memang tak boleh dipisahkan dengan scene hujan. Romantik habis la.


Selain tu, lawak Mani lakonan Johnny Lever memang tak kering gusi la. Ada saja lawak selamba dia tu. Lagi satu kisah cinta dongeng Kamlil & Pogo itu pun kelakar. Sakit perut BBL tengok tadi.

Apa pun tak terlambat untuk korang tengok sekali lagi Dilwale ni. Oh rakyat Malaysia tak boleh dipisahkan dengan filem hindustan. Dulu zaman sekolah selalu tengok hindustan setiap hari Sabtu jam 2 petang di TV3. Tak mengaku ke? 

Baca juga:

BBL ~ lambat pulak keluar movie baru bulan ni
(◡ ‿ ◡ ✿)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici