Pengalaman Cit Chat Dengan WhatsApp Web

12:30 AM

Assalamualaikum & hello there,


Apa tu WhatsApp Web? 

Korang mesti pernah alami problem nak sembang WhatsApp tapi bateri low. Powerbank pulak bateri dah kong. Nak atau tidak, terpaksa chatting sambil charge fon dengan wayar panjang berjela kan. Kini tak perlu dah kerana dengan WhatsApp Web korang boleh chat ke dua-dua - smartphone & komputer. Mesej yang korang terima & hantar di synced antara telefon & komputer. So mesej yang korang taip pada komputer akan tetap ada pada WhatsApp dalam telefon.

Satu lagi, WhatsApp Web bukan maksudnya korang kena ada/ perlu buat akaun baru. Ia guna akaun sama je, tak kira WhatsApp dalam telefon atau WhatsApp Web. 

Cara Nak Guna WhatsApp Web?

Pertama: Akaun WhatApp mestilah aftif (connect dengan data/wifi) - tengah online la
Kedua : Internet mestilah stabil untuk telefon & komputer - kan putus connection pulak
Ketiga: Mesti menggunakan latest version Chrome, Firefox, Opera atau Safari sebagai browser pada komputer - setengah browser lama tak support WhatsApp Web

Jom Mulakan WhatsApp Web

1. Buka laman web.whatsapp.com pada komputer tu

2. Buka WhatsApp pada telefon korang
  • On Android: in the Chats screen > Menu > WhatsApp Web.
  • On Nokia S60 and Windows Phone: go to Menu > WhatsApp Web.
  • On iPhone: go to Settings > WhatsApp Web.
  • On BlackBerry: go to Chats > Menu > WhatsApp Web.
  • On BlackBerry 10: Swipe down from top of the screen > WhatsApp Web.
  • On Nokia S40: Swipe up from bottom of screen > WhatsApp Web.
3. Scan kod QR pada skrin komputer dengan telefon tu

Dah boleh chatting WhatsApp guna komputer. Jangan jadi seperti BBL taip dalam WhatsApp telefon banyak guna shortfon bila guna komputer taip full word. Dah terbiasa kan taip entri guna ayat bangku. 

Nota: Untuk elak charge internet berlebihan/ kouta data cepat habis, seeloknya korang connect dengan Wi-Fi bila guna WhatsApp Web. 

Guna WhatsApp Web Boleh Send Gambar, Videos &  Mesej Suara Tak?

Dengan WhatsApp Web anda masih boleh menghantar / menerima gambar, videos & mesej suara macam WhatsApp dalam telefon cuma gambar dari komputer sahaja bukan synced dalam telefon. 

Untuk Hantar Gambar atau Video

Untuk Hantar Gambar atau Video

  1. Klik Attachment ikon   pada bahagian atas chat.
  2. Pilih gambar sama ada nak ambil gambar baru atau hantar gambar atau video dari komputer anda:
    • Klik pada ikon Gallery   untuk pilih gambar atau video dari komputer. Anda boleh menghantar hingga 10 gambar atau video dalam satu masa.
    • Klik pada ikon Camera    untuk menggunakan webcam komputer bagi mengambil gambar. 
  3. Klik pada ikon Send    untuk menghantar gambar atau video yang dipilih tadi.
  4. Alternative, korang boleh drag & masukkan gambar atau video terus ke ruang menaip mesej. Senang sikit.
Note: Limit size 16MB untuk setiap video yang ingin dihantar.

Untuk Menghantar Voice Message

  1. Klik ikon Microphone   sebelah ruang taip mesej untuk mula merakam suara.
  2. Cakap menggunakan komputer microphone.
  3. Apabila selesai merakam suara, klik pada ikon Check    untuk menghantar to Voice Message.
Semasa merakam Voice Message, klik pada ikon Cancel    setiap kali mahu merakam suara baru.

Untuk Menyimpan (Save) Gambar atau Video Dalam Komputer Anda

  1. Klik pada gambar atau video yang nak simpan tu.
  2. Klik pada ikon Download   di bahagian atas sebelah kanan. 

Pengalaman BBL Guna WhatsApp Web

1. Sangat best sebab BBL boleh cas telefon sampai bateri penuh tanpa risau terputus cit chat WhatsApp. Tapi offcourse kena pastikan telefon connect dengan Wi-Fi. Normally BBL akan letak mood flight bila nak cas bateri supaya cepat bateri full.

2. Interface WhatsApp Web pun menarik & senang nak handle. Since gerakkan tangan guna mouse so lagi senang nak chat dengan ramai orang dalam satu masa. No hang okay!

3. Walaupun dalam versi web, masih lagi boleh dengar voice mesej, tengok video & gambar yang kawan send dalam WhatsApp tanpa perlu buka telefon. 


Jadi, korang dah biasa guna WhatsApp atau baru tahu kewujudan benda alah ni? 

BBL ~ semua online cepat
[^.^]/*

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. memang selalu guna whatsapp web nie dekat office pun marou oii.. nak dload images pun senang terus save dlm laptop.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah plak try..huhu..tq sharing.

    ReplyDelete