Hotel Review: Hotel Everly Putrajaya
10:17 PM
Assalamualaikum & hello there,
Hotel Everly telah menjadi vanue hotel rasmi bagi Eat.Travel.Write Putrajaya 2015. Ini kali pertama BBL menginap di Hotel Everly Putrajaya selama tiga hari dua malam.
Lokasi hotel ini di Presint 1 bersebelahan Alamanda Shopping Centre. Puas pusing Putrajaya boleh singgah beli barang di Alamanda, kemudian balik hotel terus tidur. Cuma 3 minit je berjalan dari lobi hotel ke Alamanda. Hotel Everly mempunyai 380 bilik tetamu, dewan boleh menempatkan 1,000 kerusi banquet. lapan bilik mesyuarat, coffee-house, cafe lounge, & termasuk kolam renang khas buat para tetamu. Yang best ada tasik di bahagian belakang hotel. Jadi mungkin korang akan mendapat bilik menghadap tasik atau Alamanda.
Tempoh hari BBL dapat bilik level 9 menghadap Alamanda Shopping Mall. Bilik agak luas & bilik air Hotel Everly pun selesa. Seronok dapat mandi puas-puas lepas seharian travel pusing Putrajaya.
Setiap bilik ada kemudahan seperti:
Interior Hotel Everly simple tapi memukau mata memandang. Kerusi menunggu pun banyak yang boleh korang duduk sambil melayari internet secara percuma. Ruang lobi yang luas dengan tetingkap yang tinggi membolehkan cahaya matahari masuk & menyinari hampir seluruh kaunter check in. Oh lupa nak bagitahu Hotel Everly antara green hotel di Malaysia.
Untuk tempahan bilik, korang boleh terus book-in di laman
Hotel Everly Putrajaya

Kamar Beradu BBL
Tempoh hari BBL dapat bilik level 9 menghadap Alamanda Shopping Mall. Bilik agak luas & bilik air Hotel Everly pun selesa. Seronok dapat mandi puas-puas lepas seharian travel pusing Putrajaya.
- Ruang bilik mandi -
- Almari baju termasuk sejadah, papan streaker -
- kamar beradu -
- Pemandangan tingkap luar -
Setiap bilik ada kemudahan seperti:
- Telefon dengan panggilan IDD
- Television LED (Astro channel)
- Peti sejuk mini
- Pengering Rambut
- Iron & iron board
- SejadahPaling penting anda dilarang merokok dalam bilik kerana setiap bilik ada smoke sense. Jika sense berbunyi, satu hotel akan warning fire drill.
Interior Hotel Everly simple tapi memukau mata memandang. Kerusi menunggu pun banyak yang boleh korang duduk sambil melayari internet secara percuma. Ruang lobi yang luas dengan tetingkap yang tinggi membolehkan cahaya matahari masuk & menyinari hampir seluruh kaunter check in. Oh lupa nak bagitahu Hotel Everly antara green hotel di Malaysia.
Cara Nak Ke Hotel Everly Putrajaya
Memandu Sendiri
- KLIA ke TEP : 35.8km lebih kurang 35 minit*
- TEP ke KLIA : 43.0km lebih kurangy 40 minit*
- KL ke TEP : 29.3km lebih kurang 30 minit*
- TEP ke KL : 31.5km lebih kurang 30 minit*
*Tertakluk kepada keadaan traffic.
Pengangkutan Awam
- Cara paling pantas ke Putrajaya ialah dengan menaiki ERL dari KL Sentral atau hentian - Bandar Tasik Selatan, Salak Tinggi atau KLIA / KLIA2. Tren ERL bergerak setiap setengah jam dari KL Sentral & mengambil masa cuma 17 minit. Setelah sampai di Putrajaya Sentral, naik bas NadiPutra no. 003 atau 302 ke Alamanda.
- Anda juga boleh menaiki teksi ke Alamanda dari bandaraya Kuala Lumpur yang mengambil perjalanan cuma 30 minit.
Peta Lokasi Hotel Everly Putrajaya
Untuk tempahan bilik, korang boleh terus book-in di laman
Maklumat lanjut calling je
Hotel Everly Putrajaya
No 1, Jalan Alamanda 2,
Precinct 1, 62000 Putarajaya
Telefon : 03-8892 2929
Entri ini dibawa khas oleh Eat.Travel.Write Putrajaya oleh GayaTravel magazine dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya.
BBL ~ apa khabar semua
✌(◕‿-)✌
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
0 Budak Suka Minum Bandung Laici