Ke Ikea Damansara Pulak

9:57 PM

Assalamualaikum & hello there,

Rasanya ini kali pertama BBL ke Ikea Damasara selepas asyik ke Ikea Cheras je dari hujung tahun sampai bulan Januari lalu. Feel back to home bila ke Ikea Damansara bersebelahan The Curve Mutiara Damansara. 

Cari parking dah tak susah sekarang jika bukan peak hour atau weekend. Siap boleh nak berlari-lari menari lagu Gerua ost Dilwali dari hujung parking hingga main entrance pick up barang. Semalam BBL sampai dalam pukul 12.15 tengahari pun senang hati cari parking level P2. 

Pergi Ikea Damansara pun sebab nak jumpa kawan zaman study diploma. Kami terus ke Restoren Ikea di level dua. Kemudian datang feeling eh kenapa kecik je space (maklumlah dah terbiasa ruang makan Ikea Cheras kan besar). Que beratur nak beli food pun tak sakit hati sebab dua-dua side cafe buka. Menu biasa mesti pick-up ialah meatball, pasta dengan meatball, chicken wings, mushroom soup, kek badam & mash potato.

Sejak Ikea Cheras buka penghujung tahun lepas dah kurang sesak sikit Ikea Damansara kecuali waktu lunch, dinner atau weekend sebab yang rajin datang pun hanya orang Damansara je. 

Satu yang BBL terkejut waktu nak pesan order mestilah tercari-cari cup biru untuk soft drink. Tahu tak cup biru untuk soft drink & cup hijau untuk hot drink - coffee/tea tapi sekarang Ikea Damansara dah tukar kepada mug kecil untuk hot drink dan gelas ala wine glass untuk soft drink. So peringatan khas buat korang jika nak makan di Ikea Damansara sila jangan cari paper cup lagi lepas ni.


A photo posted by @marou_apple_hijau on

Dah tiada lagi paper cup biru kecuali di Ikea Cheras. Ikea dah GoGreen agaknya kan.


Sekarang ni Ikea Damansara sedang mengadakan promosi khas Tahun Baru Cina 2016 maka banyaklah produk warna merah dari kain cadar, pinggan mangkuk hinggalah kerusi meja semua warna merah. List penuh produk edisi terhad sempena Tahun Baru Cina di sini - http://www.ikea.com/ms/en_MY/campaigns


BBL ~ raya cina nanti pergi Ikea nak
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. dekat IKEA Cheras pon rasanya dah tak ada dah cup nih.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah sampai lg ikea cheras wpun agak dekat dgn rumah

    Sy first time dtg sini. Slm perkenalan :)

    ReplyDelete