#MOVIEREVIEW : God Of Egypt - Rebut Kuasa

9:04 PM


Assalamualaikum & hello there,

#MovieReview minggu ini kita mulakan dengan movie paling BBL tunggu sejak tahun lepas iaitu God of Egypt yang mula ditayangkan pada hari ini. Kisah zaman purba firaun agak menarik since BBL memang minat sejarah terutama tamadun sekitar Sungai Nil. Tengok trailler pun dah macam wow bangunan empayar God of Egypt. Fesyen era Mesir ada kelainan & unsur pemakaian Rome. Dah jom check out kenapa mesti tonton hujung minggu ini.

Trailer God Of Egypt 



Sinopsis God Of Egypt 

Movie berdurasi 130 minit bermula pengenalan siapa pemilik tahta empayar Sungai Nil iaitu Tuhan Matahari, Ra - ada dua orang lelaki bernama Set dan (dah lupa). 
Raja (yang BBL lupa nama ni) menjadi raja paling di sayangi oleh rakyat jelata & dewa-dewa di lembah Sungai Nil manakala adiknya, Set menjaga lembah tandus padang pasir. 

Di hari pemasyuran Horus, Dewa Langit sebagai raja baru empayar Sungai Nill tetiba Set datang secara mengejut. Mulanya ayah Horus menyambut dengan hati gembira namun Set mempunyai agenda tersendiri mahu membunuh saudaranya supaya dapat memjadi raja baru mentadbir dunia.


Akibat pertarungan itu. ayah Horus telah mati di bunuh oleh adiknya sendiri. Namum Horus bangkit mahu membalas dendam dengan berlawan sepenuh hati. Tetapi Set lebih kuat dan tidak mudah dikalahkan oleh Horus yang masih muda. Akhirnya, Horus kalah dan Set telah mencabut kedua matanya lalu menyimpan dalam kubu harta diraja.
Maka Horus kini buta penghilatan dan dikurung dalam makam ayahnya.

Dalam masa sama, rakyat jelata bernama Bek dan Zaya sangat saling mencintai satu sama lain dan amat menyanjungi raja serta kesemua dewa mereka. Satu kelebihan Bek ada ialah pandai mencuri dengan cilik tanpa disedari pemiliknya. Selepas Set mengambil tahta sebagai raja empayar Sungai Nil, rakyat hidup dalam kesusahan dan dipaksa menjadi hamba abadi untuk membina peramid termasuk menara pencakar langit semata-mata untuk memenuhi nafsu Set yang mahu mentadbir dunia.


Kini Zaya bekerja sebagai pembantu Ushu - arkitek diraja bertanggungjawab mereka pelan setiap bangunan empayar Sungai Nil. Zaya telah memberi pelan peti rahsia harta kerajaan kepada Bek supaya dapat mencuri mata Horus sekaligus dapat menamatkan zaman hamba abadi Set. Seperti biasa Bek dapat mencuri mata tersebut dan semasa usaha melarikan diri ke makam diraja, Zaya telah dipanah oleh Ushu lalu mati akibat kecederaan teruk.

Sebagai balasan mengembalikan mata kepada dewa langit, Bek mahu Horus menyembuhkan Zaya namun Horus sendiri tidak mampu mengembalikan roh telah mati. Oh ya, hanya sebelah mata sahaja dicuri oleh Bek dan sebiji mata lagi masih tidak dijumpai. Oleh sebab itu, Horus bersetuju menyelamatkan Zaya selepas dia mendapat kedua belah mata.

Di situ bermula perjalanan menentang Set demi merampas kembali tahta raja Sungai Nil.
Banyak cabaran mereka hadapi termasuk diburu oleh tentera Set. Penghujung cerita Horus berjaya menumpaskan Set dan mengambil semula tahta sebagai raja empayar Sungai Nil. Paling best, Zaya dan Bek dihidupkan semula oleh Tuhan Matahari.

- Tamat -

Komen BBL

1. Mana konspirasi illuminati?

Tercari juga dimana konspirasi since illuminati banyak unsur egypt dalam simbolik kepercayaan illuminati. Tapi movie ini menceritakan kisah perebutan kuasa antara dua orang adik beradik - seorang baik & seorang agak jahat. Mungkin background tamadun Mesir digunakan sepenuhnya oleh Summit untuk menwujudkan illuminati.


2. Sejarah tamadun Sungai Nil

Pengembaraan timelapse ke tamadun Mesir memang mengujakan sebab keindahan Sungai Nil sangat cantik. Subur dengan flora hijau selain kemajuan seni bina bangunan empayar diraja pemerintah. Boleh bayangkan betapa hebatnya kejuruteraan orang Mesir hingga dapat membina piramid dengan gahnya. Sangat cantik view kota metroplitan Sungai Nil.


3. Unsur pemujaan dewa-dewa

Raja Mesir mempunyai dewa tersendiri mewakili setiap bahagian raja seperti Dewa Langit (anaknya), Dewa Cinta, Dewa Kebijaksaan dan beberapa lagi dewa (oh BBL lupa lagi). Setiap dewa ni yang membantu raja mentadbir negara Mesir. Fesyen dewa pun sangat cantik terutama custom Dewa Cinta. Wallah cantik


4. Movie kisah cinta sejati

Setuju atau tidak, mesti ada terselit babak cinta cintu dalam movie God of Egypt ini antara Zaya dan Bek. Tidak terkecuali Horus dan Harthor (dewa cinta). Cinta Bek kepada Zaya sangat besar hingga dia sanggup melakukan apa saja untuk menghidupkan kembali Zaya ke alam dunia selepas dipanah oleh Urshu. Ending story pun happy kerana mereka berdua hidup sebagai pembantu diraja oleh raja Horus. 


5. Cerita biasa-biasa je

Overall movie ini hanya mengisahkan tentang perebuatan kuasa oleh pihak jahat dan berlaku proses nak menyelamatkan kembali kingdom dari di musnahkan kuasa jahat oleh raja yang dibantu oleh seorang pemuda. 


Bintang BBL


(⊃◜⌓◝⊂)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. lelawa gambar awak post ;)
    by the way. header awak tu memang awesome :)

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL