#MovieReview : Deadpool Terlajak Ganas 7 Bintang

5:45 AM


Assalamualaikum & hello there,

#MovieReview kembali lagi untuk bulan ini. Bersemangat nak update cerita di raya cina ke dua ni. BBL dah tertunggu nak tonton movie sejak Deadpool tersenarai dalam list movie bakal di tayangkan tahun 2016. Nak tahu upcoming movie sepanjang tahun ini boleh rujuk entri kat sini ya.       Tengok trailer pun dah terasa jalan cerita mesti best. Deadpool ini pun salah satu superhero dibawah empayar Marvel. Tak pernah tahu Marvel ada banyak superhero best. Movie Marvel paling BBL suka mestilah AntMan. Terbaik dari ladang superhero Marvel. Dah jom process #MovieReview Deadpool.


*PERINGATAN : Movie ini tidak sesuai kepada penonton bawah 18 tahun

Trailer Deadpool



Sinopsis Deadpool 

Movie berdurasi 108 minit sangat menarik di awal babak cerita dengan pengenalan watak-watak pelakon Deadpool. Wade Wilson merupakan seorang bekas Special Forces yang kemudian menjadi penjahat mengambil & upah melakukan jenayah untuk menyara kehidupan. Cerita ini mungkin agak pening tapi santai kerana Dealpool akan 'bercerita' semua kegiatan jenayahnya. Sebab, kenapa, bagaimana & tindakan sepanjang kareir sebagai deadpool.

Plot bermula apabila Deadpool dalam misi mencari Francis (Ed Skrein - hero Transporter Refuel) untuk menyembuhkan diri kepada asal. Flashback sikit - Wilson ada seorang kekasih bernama Vanessa. Mereka ni sangat sweet couple & bercadang untuk berkahwin namun semua hampir musnah apabila Wilson disahkan menghidap kanser tahap kritikal. Kiranya impian Wilson untuk hidup bersama Vanessa tidak lama namum kekasihnya tidak putus asa mengesyorkan rawatan pemulihan dari China hingga ke India.


Dalam situasi itu, datang seorang ajen - The Recruiter menawarkan bantuan pemulihan penyakit kanser supaya Wilson mampu hidup lebih lama lagi namum dia menolaknya.
Setelah Deadpool berfikir panjang akhirnya dia menghubungi The Recruiter dengan harapan dapat sihat sedia kala tapi semua itu tidak seperti diharapkan kerana kebenaran terbongkar. Ajax - seorang mutan yang mempunyai kekuatan luar biasa & tidak merasa sakit jika dicederakan.  Ajax jugak salah seorang ahli Program Senjata X yang bertanggungjawab terhadap experiment mutan kepada Wilson. 

Di wad tahanan Program Senjata X, Wilson di rekrut melalui pelbagai cara termasuk disuntik vaksin mutan, direndam dalam ais, di seksa fizikal hingga pitam untuk memberi tahap tekanan minda paling teruk. Akibat sikap mulut yang becok, Ajax mula menyiksa Wilson dengan kejam hinggakan kulitnya bertukar menjadi hodoh seolah-olah terbakar. Berang dengan tindakan Ajax itu, Wilson naked mahu bebaskan diri & melepaskan perasaan geram kepada Ajax. Selepas adegan bergaduh dengan Francis, Wilson mendapati dirinya tidak cedera walaupun bangunan Program Senjata X musnah dalam kebakaran malah boleh berjalan seperti biasa.

Sekembali ke bar milik rakannya, Weasel sangat terkejut dengan perubahan rupa paras pada Wilson sambil menyuruhnya bekerja sebagai pelakon hantu ngeri kerana wajah hodohnya. Kemudian datang idea membalas dendam terhadap Francis dengan penampilan superhero dalam usaha menjejaki Francis melalui konco-konconya. 
Dan kisah itu kembali ke awal cerita dimana, Wilson menceritakan sebab kenapa dia melakukan misi pembunuhan di atas jalan raya tersebut.

Secara ironiknya, Colosus (lelaki perak) & Negasonic Teenage Warhead mengesan kegiatan Deadpool lalu ke tempat kejadian untuk tujuan memujuk Deadpool kembali ke markas mereka. Dalam masa sama, Francis sangat terkejut dengan kemunculan Wilson sebagai Deadpool yang mahu membalas dendam. Lantaran itu, Francis menculik Vanessa untuk dijadikan tebusan. Bengang dengan tindakan Francis, Deadpool berkerjasama dengan Colosus & Negasonic Teenage Warhead demi mengalahkan Francis.


Setelah bertempur berhabisan, akhirnya Deadpool berjaya mengalahkan Francis & menyelamatkan Vanessa. What, cerita superhero sweet ending kot bila Vanessa menerima Wilson seadaan setelah dia kini berubah menjadi mutan.

- Tamat -

Komen BBL

1. Seriusly kelakar & banyak mulut

Deadpool rasanya satu-satunya hero paling suka buat lawak dengan aksinya selain mulut becok. Habis semua drama & movie dia kaitkan sampai kadang-kadang tak masuk akal langsung. Siapa yang suka layan iFlix atau Netflix mungkin boleh faham dialek lawak Deadpool.


2. Jangan terpengaruh

Memandangkan movie Deadpool sangat 18x dari segi bahasa, harap korang jangan terpengaruh sangat. Chill je tengok sampai habis. Lagi-lagi sejak Wilson jadi Deadpool, makin nakal mulut dia tu. Sabar jelah dia duduk serumah dengan mak cik tua yang buta. Untung mak cik tu buta tak boleh tengok wajah sebenar Deadpool kan.


3. Aksi gempak slow motion

Banyak aksi dalam Deadpool dirakam bentuk slow motion sampai jantung dup dap nak tunggu apa terjadi seterusnya. Lagi satu banyak aksi fight kena potong sebab BBL rasa kenapa scene tidak ditayang sedangkan ada dalam trailer. Fuh tak puas tengok gelagat Deadpool ni.


4. Movie kisah cinta sejati

Setuju atau tidak, hero tak perlu jadi hero untuk mencari cinta sejati atau memikat hati seorang perempuan. Cukup dengan sifat kasih sayang Wilson terhadap Vanessa. Lebih kurang movie untuk valentine la. Salute habis kalu ada perempuan sanggup terima boyfriend dah macam Thing Fantastic 4.


5. Jangan keluar panggung setelah cerita tamat

Okay, ni part dah bocor. Tau kan sekuel Marvel mesti ada sambung cerita atau next trailer movie sambungan akan datang tapi bab Deadpool ini ada sesuatu istimewa. Korang kena tunggu sampai habis lagu cast utama tu. Memang berbaloi sampaikan tertembak atas hidung penonton.



Bintang BBL



Sebenarnya bukan 5 bintang tau, BBL bagi 7 bintang bersinar-sinar. Wajib tonton hujung minggu ini. Tetapi sekarang TGV Cinemas dah start show Deadpool sejak 8 Febuari lagi. Jangan buang masa, booking tiket Deadpool. Oh tadi pun fullhouse tau. Tak puas 108 minit movie Deadpool. Kena tonton lagi sekali ni. 


BBL ~ Nak tengok lagi sekali
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici