Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Tuesday, February 16, 2016

Pengalaman Shopping Dalam 11street.my


Assalamualaikum & hello there,

BBL bukan jenis suka beli online tapi kalu dah sekali beli barang dalam satu portal mesti nak beli lagi lepas tu. Baru-baru ni BBL ada beli action kamera dalam 11street.my lepas dapat duit BR1M tu. Survey dalam Lazada.my untuk harga Xiaomi Yi Cam agak mahal walupun pakej bundle. Kemudian try window shopping untuk compare harga. Terperasan ada satu bundle Xiaomi Yi Cam agak murah, kiranya berbaloi jugak kalu beli.

At the end of story, BBL pun beli pada harga RM350. Bayaran paling mahal untuk pembelian online setakat ini. Mau tak risau kena tipu dengan seller, kan terbang duit BR1M RM350 macam tu je. Betul kan.

Selepas dua hari menunggu akhirnya packaging BBL selamat sampai ke rumah. Tada dah boleh snap gambar dengan Xiaomi Yi Cam.


Apa tu 11street.my

11street merupakan open marketplace dikendalikan oleh Celcom Planet Sdn. Bhd. -. Usaha sama antara Celcom Axiata Bhd dan SK Planet Ltd. Di Korea, 11street sangat famous seperti mana LAZADA Malaysia. Antara sebab BBL mempercayai 11street.my walaupun baru bertapak sebagai portal online.

Payment 11street.my

Buat masa sekarang tiada Cash On Delivery disediakan. Agak leceh la bagi korang sukakan COD. Cuma bagi BBL lebih prefer banking online bank seperti Maybank, CIMB Bank, BSN, RHB, EON Bank, Hong Leong Bank. Pembayaran melalui kredit kad juga diterima. 

Shipping proses

11street.my hanya sebagai orang tengah, kita akan beli barang dari seller, bayar kepada 11street.my & kemudian seller akan post barang tersebut. Bila kita dah terima barang tu & berpuas hati barulah 11street.my akan bayar kepada seller. Lebih kurang 11street.my agak melindungi buyer dari ditipu oleh seller dari segi packaging produk atau apa kerosakkan barang. Disamping kita boleh memulangkan kembali barang tersebut. 

Mostly buyer hantar barang guna Pos Laju jadi agak senang nak tracking barang tu.

*Contoh proses tracking barang dari Kuching ke Terengganu. Pembelian kedua BBL di 11sreet.my


Combine dengan BCARD

Jika korang ada BCARD elok jugak beli barang dalam 11street.my sebab boleh tambah point setiap pembelian tu. At least bertambah selain kumpul point minum Starbucks kan. 


Semua ada!

Hampir semua barang boleh dibeli dalam 11street.my hinggakan korang boleh saja nak beli Meggi sos tomato. Banyak barang dapur ada seperti milo, pampers, tepung susu, minyak masak, olive oil hingalah produk makanan dari Korea Selatan pun ada. Klik je mana suka.


Banyak kopun diskaun

Ada dua trick BBL guna nak shopping online. Pertama, beli barang pada harga diskaun. Kedua, tambah lagi kopun diskaun. 

Contohnya 

Trolly baby harga normal price RM250- Diskaun promosi RM50
- Kopun diskaun 30% (RM75)
- Kopun free delivery 

Total perlu bayar RM125


Apa pun BBL suka buat berbandingan antara Lazada.my dan 11street.my untuk harga terbaik. Kekadang harga dalam Lazada lebih murah. Lagi seronok kalu ada kopun diskaun banyak. Makin banyak duit boleh jimat untuk barang sama tapi harga berbeza kan.

BBL ~ lambat parcel sampai
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

11 comments:

  1. Jarang sangat shopping online di portal famous gini. Selalu deals dengan orang perseorangan je. Tapi iklan 11streets menarik jugak. Persaingan sihat dengan Lazada :)

    ReplyDelete
  2. dear i nk tanye mcm mne plak kalau bank in through cash deposit ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lps bukak akaun 11street, baru boleh buat pembelian. Lps kita pilih barang, klik kat 'buy now'. Pastu ada column payment method. Guna kad debit/credit boleh, guna online banking boleh, guna cash deposit machine pun boleh (ini yg biasa jadi pilihan saya sb CDM Cimb dekat tempat keje selalu lengang d awal pagi). Tapi buat masa ni bayaran via CDM cuma guna bank CIMB. Lps klik kat column via CDM tu, 11street akan bagi temporarily account number berserta amaount yg perlu d bayar. Dalam masa yg sama 11street akan hantar sms ke fon yg kita register wkt bukak akaun 11street tu.

      Delete
  3. mmg xde penipuan kan 11street ni..rsau brg x smpaila..😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap xde penipuan la.brg sy pn x smpai lg smpai skrg.msih lg preparing for shipping. Risau jugak ni

      Delete
    2. Kira Okey la preparing 4 shipping. Saya ni dah berminggu masih kat step 2 (payment complete). Ntah bila nak sampai ntah barang saya. Padahal tgk seller detail kat ipoh aje pun.. ipoh-shah alam tu kalau jalan kaki pun sepatutnya dah sampai. Huhuhu..

      Delete
  4. Yup.. saya punya tent camping pun tak sampai2 lagi. Cadang Chinese new year itu hari nk pakai khemah sb layan camping. Dua minggu sebelum tu dah buat payment via cash deposit. Tapi sampai hari ni belum sampai khemah tu. Sblum ni beli seluar compression, water shoes hingga la ke papan carrom kat 11street x pernah lagi lambat macam ni walaupun shipped dari oversea.

    ReplyDelete
  5. Kat mna nk tgok proses brg kita tu eh?mcm kt lazada kn kita blh thok step by step penghantaran brg kita..kt 11street ni nk tgok kt mna?sory bnyk tnya..bru first time guna bnda alah ni..hihi

    ReplyDelete
  6. ni nak tanyak . sapa pernah order cancel oleh seller sbb habis stok . refund duit tu balik memang 14 kena tunggu ke . ataupun paling lewatnya 14 hari . kalau 14 hari baru masuk bank memang diorang berkayuh sampan lah ni punyalah lama nak refund duit . lazada 2 hari setle dh . kalau betul duit refund 11street 14 hari memang sah 11street banyak songehh . pegang duit org lama2 buat ape

    ReplyDelete
  7. ni nak tanyak . sapa pernah order cancel oleh seller sbb habis stok . refund duit tu balik memang 14 kena tunggu ke . ataupun paling lewatnya 14 hari . kalau 14 hari baru masuk bank memang diorang berkayuh sampan lah ni punyalah lama nak refund duit . lazada 2 hari setle dh . kalau betul duit refund 11street 14 hari memang sah 11street banyak songehh . pegang duit org lama2 buat ape

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...