Sesi Breakfast Bersama Adi Putra & Mira Filzah

4:10 PM

Assalamualaikum & hello there,

Pagi ini DenaiHati telah menjemput BBL ke majlis sarapan pagi bersama hero & heroin slot Akasia TV3, drama Cinta Si Wedding Planner iaitu Adi Putra bersama Mira Filzah. Sejujurnya BBL tak follow drama ini sangat sebab tengok pun main skip-skip walaupun tiap hari update setiap episode ni kan. Boleh rujuk ini tonton online ini. Oh kalu nak tahu episode akhir Cinta Si Wedding Planner meraih 4.5 juta penonton tau. Hebat


Bagai orang mengantok disorokkan bantal lembut IKEA memang tak la BBL nak lepaskan peluang berjumpa selebriti kan. Program ini bertempat di Bangi Golf Resort Clubhouse turut diundang peminat fanclub Adi Putra - Adp1hotlovers termasuk blogger lain. 

Seawal jam 7 pagi BBL dah bersiap untuk ke event tersebut bersama seorang blogger - kak Jue www.mamajue.com/   . Bila dah sampai rupanya semua ready duk menunggu kedatangan Adi Putra & Mira Filzah. Rasanya ini kali pertama orang buat event pepagi buta bersamartis tempatan kan. Sekitar jam 8.00 pagi barulah semua tetamu bertepuk tangan meraikan kedatangan VIP pagi itu.


Tak sangka Mira Filzah atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah bt Badiozaman sungguh comel & ayu dengan fesyen hijabnya. Paling mencuri tumpuan mestilah keserasian dalam drama masih terbawa-bawa hingga program berlangsung. Tak event tanpa makan kan. Sambil para tetamu menikmati sarapan pagi, kami berborak mengenai perkembangan terbaru mereka berduka. 

Satu faktmenarik tentang Mira Filzah ialah diamat menyukamakan manis manakalAdi Putra meminatmasakan pedas. Agakontra hubungan mereka berdua kan. Dalam majlis tersebut pihak DenaiHati telah memberi satu kejutan dengan cabutan bertuah semua  hadirin. Alhamdullh rezeki BBL menang shawl dari Mira Filza. Menerusi laman Instagram @mirafilzah_ dia juga aktif menjual basic shawl termasuk minyak MORA Argan Oil. 



Dalam masa sama pihak DenaiHati jugak bekerjasama dengan Adi Putra mempromosikan pakej umrah bersama Haji Adi Putra (dah pergi haji tau) bermula pada bulan April ini hingga bulan Julai 2016. Siapa nak tunaikan umrah bersama Adi Putra boleh DM cepat-cepat ye. 


Paling tidak disangka satu kejutan buat Adi Putra apabila fans Adp1HotLovers membuat surprise kek hari lahir Adi Putra ke 3.... haha rahsia. sepatutnya minggu depan tapi di awalkan pada program breakfast bersama Adi Putra & Mira Filzah. Seronok pun ada. 


At end of day mestilah sesi bergambar dengan Adi Putra kan. Nasib baik tuan badan cool je melayan karenah peminatnya. 


BBL ~ terima kasih DenaiHati
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wahh..bestnya dapat g event macam ni..bila la saya nak dapat invite g event macam ni ek..hehehe

    ReplyDelete
  2. Amboi..bertuah dia dapat shawal..Bagi kat siapa tu..:D

    ReplyDelete